Skip to main content

10 Tip Melancong ke Pulau Jeju, Korea Selatan



Bila bercerita tentang Pulau Jeju, ramai yang terbayangkan keindahan alam semulajadinya yang cantik. No wonder, Pulau Jeju yang juga dikenali sebagai Jejudo ni mendapat 3 pengikhtirafan antarabangsa dari UNESCO World Heritage. Rakyat Malaysia juga dah ramai yang jadikan Pulau Jeju sebagai next travel destination mereka. Jadi Ainy ambil peluang ni untuk kongsikan beberapa tip melancong ke Pulau Jeju, Korea Selatan buat anda yang ada planning ke sana. Okay jom kita mula!

1) Cuaca & Musim yang Sesuai untuk Melawat



Di Pulau Jeju, Korea terdapat 4 musim yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian untuk dilawati. Jadi sebelum anda plan untuk ke sana, make sure ambil tahu dulu tentang musim dan waktu yang sesuai.

  • Musim sejuk di antara bulan Disember hingga bulan Februari.
  • Musim bunga di antara bulan Mac hingga bulan Mei.
  • Musim panas di antara bulan Jun hingga bulan Ogos.
  • Musim luruh di antara bulan September hingga bulan November.


Baca juga: "Itinerary" 4 Hari 3 Malam di Pulau Jeju, Korea Selatan


2) Pertukaran Mata Wang


Dari dulu Ainy sendiri susah nak hadam berkenaan dengan currency ni. Selalu je pening bila melibatkan pertukaran mata wang. Haha! Jadi untuk memudahkan anda faham, anggaplah WON1000 = RM4 (+-). Haa lepastu senang dah nak bajet berapa banyak nak kena tukar sebelum travel kan?

Ainy sarankan anda tukar duit siap-siap di Malaysia sebab lebih murah. Kalau anda tukar di Pulau Jeju, rate akan jadi lebih tinggi. Kenapa nak bayar lebih kalau dapat rate murah kan? LOL!

3) Pakaian yang Bersesuaian



Bila masuk bab pakaian ni, semuanya bergantung kepada itinerary yang anda dah plan. Pilih pakaian yang bersesuaian mengikut tempat-tempat yang anda akan lawati. Tapi pada Ainy lah kan, kalau pergi ke Pulau Jeju better bawa pakaian yang santai. Kasut pulak elakkan pakai kasut bertumit tinggi sebab kebanyakan tempat-tempat menarik di sana memerlukan anda untuk hiking dan berjalan jauh.

4) Internet


Ini yang paling penting pada Ainy sebab tanpa internet, percutian akan jadi rumit. Sebab semua benda pun memerlukan internet contohnya macam nak search tempat-tempat menarik, nak guna Google Maps untuk ke satu-satu destinasi dan lain-lain. Jadi sebelum ke Pulau Jeju (atau kemana-mana negara luar) penting sangat cari tahu info berkenaan internet. Ada 3 options yang anda boleh pilih antaranya;

Sewa Pocket Wifi


Sekarang ni ada banyak dah syarikat sewaan pocket wifi yang anda boleh pilih dan salah satu syarikat pocket wifi yang selalu menemani Ainy travel adalah RoamingMan MY. Untuk ke Pulau Jeju ni, kadar sewaan cuma RM12 / sehari dengan bekalan internet sebanyak 5gb (upsized). Boleh hotspot dengan devices. Jadi jimat sangat! More info untuk sewaan pocket wifi ni boleh pergi terus ke laman web RoamingMan MY okay!

International Roaming


Yang ni anda boleh buat international roaming menggunakan simkad yang sedia ada. Lain telco lain kadar roamingnya. Jadi better dapatkan info dengan telco masing-masing untuk cara roaming dan kadar bayaran. Jangan terus roaming sendiri tau. Apa pun mintak advise dari telco masing-masing dulu ya sebab kalau anda tersalah roaming, silap-silap kena bayar bil sehingga beribu ringgit. Ini Ainy cakap berdasarkan pengalaman orang-orang terdekat Ainy tau.

Beli Simkad di Pulau Jeju


Ini option yang Ainy rasa tak praktikal untuk kita yang travel jauh. Melainkan kalau anda ada extra handphone untuk masukkan simkad baru. Tapi this is the last option lah untuk Ainy pilih kalau lagi 2 options tak boleh digunakan. So yeah better anda pilih another 2 options yang Ainy share kat atas. Lebih mudah dan jimat! Lagipun kalau beli simkad di Pulau Jeju, lepas balik Malaysia dah tak boleh guna lagi dah. Sayanglah kan?

5) Penerbangan



Ada banyak sebenarnya option penerbangan untuk ke Pulau Jeju dari pelbagai jenis airlines. Samada nak direct atau nak transit dulu mana-mana negara pun ada! Tapi the best option yang Ainy rasa sesuai untuk kita sebagai rakyat Malaysia ni adalah dengan menggunakan penerbangan AirAsia X sebab AirAsia X ada;

  • Direct flight dari Kuala Lumpur.
  • Penerbangan sebanyak 4 kali setiap minggu.
  • Berjalan pada hari Isnin, Selasa, Khamis dan Sabtu.
  • Harga pun berpatutan seperti tagline AirAsia "Everyone can fly".


6) Pengangkutan Semasa di Pulau Jeju


Di Pulau Jeju ni tak seperti di Seoul tau. Pulau Jeju 3 kali ganda lebih besar saiznya dari Seoul jadi pengangkutan di sana agak terhad. Samada anda nak pilih untuk naik public transport atau memandu sendiri, dua-dua pilihan ni ada pros & cons.

Public Transport


Kalau anda pilih untuk naik public transport, kenderaan jenis bas memang ada disediakan di kebanyakan tourist spots. Tapi memandangkan tourist spots di sini jauh jadi perjalanan anda akan jadi lebih panjang dari satu tempat ke satu tempat. Kalau anda ke Pulau Jeju hanya untuk 3 hari, memang sangat tak praktikal kalau anda memilih untuk naik public transport. Nanti banyak masa atas jalan je tau!

Memandu Sendiri



Ainy sarankan kalau anda ke sana, better sewa kereta dan drive sendiri. Ainy sendiri ke sana sebelum ni pun memilih untuk drive sendiri sebab lebih senang. Nak berhenti mana-mana spot menarik pun boleh pada bila-bila masa yang kita suka. Ainy sewa kereta dengan satu-satunya syarikat kereta sewa yang dimiliki oleh rakyat Malaysia iaitu Kereta Sewa Jeju! Tak perlu fikir nak kena bawak kad kredit sebab semua pembayaran dah buat siap-siap di Malaysia thru online banking. Haa senang kerja!

Tapiii kalau nak drive sendiri, anda kena buat permit memandu kereta antarabangsa tau. Untuk info cara-cara apply permit ni, anda boleh baca artikel Ainy kat sini ya - Cara Mohon Permit Memandu Kereta Antarabangsa!

7) Visa


Untuk ke semua tempat di Korea Selatan tak memerlukan visa. Jadi don't worry guys! Anda boleh travel ke Pulau Jeju tanpa perlu apply visa. Yay jimat duit!

8) International Travel Adaptor


Ini antara yang paling penting yang anda perlu tahu yang Korea Selatan (termasuklah Pulau Jeju) mempunyai soket berbeza dari Malaysia. Jadi please bawa bersama international travel adaptor okay! Lepastu bawa jugak extention wyre untuk memudahkan anda charge lebih dari satu handphone / powerbank dalam satu-satu masa. Yih mestilah nak kena bawak banyak! Mana nak charge handphone, powerbank, pocket wifi, bateri kamera, lepastu gopro lagi. Fuhh! 

9) Kedai Makan Halal / Muslim



Memandangkan sekarang ni Pulau Jeju merupakan tarikan baru yang terkenal di kalangan rakyat Malaysia, jadi dah ada banyak kedai makan halal yang dibuka di sana. Tapi untuk kepastian samada kedai makan itu halal ataupun tidak, anda boleh guna 2 cara ini;

Cari di Laman Web Zabihah.com



Kawan Ainy yang perkenalkan web ni pada Ainy masa Ainy mula-mula nak belajar travel dulu. Walaupun masih belum banyak senarai kedai makan yang dikemaskini dalam web ni tapi pada Ainy sedikit sebanyak ia membantu jugak. Masukkan saja lokasi percutian anda, nanti akan keluar senarai kedai makan di lokasi yang anda masukkan. Tak silap Ainy, untuk lokasi di Pulau Jeju cuma ada 1 senarai kedai makan saja buat masa sekarang. Ainy harap lepasni zabihah.com akan kemaskini web mereka dengan lebih banyak senarai kedai makan lagi ya.

Carian di Google



Selain tu, anda boleh jugak buat carian di Google menggunakan keyword "Kedai Makan Halal di Pulau Jeju". Nanti mesti keluar banyak senarai kedai makan halal untuk anda pilih! Antara kedai makan yang Ainy tahu yang diyakini halal di sana adalah Bagdad Halal Jeju.

10) Tempat Solat


Tempat solat di Pulau Jeju memang agak limited. Sebab tu pentingnya rancang perjalanan dengan baik. Kalau tak selesa nak solat di luar, susun itinerary supaya anda dapat solat jamak takhir di hotel. Tapi kalau mengikut kepada pengalaman Ainy sendiri semasa di sana, Ainy solat di tepi-tepi jalan dan kawasan taman untuk waktu Zohor atau Asar. Kebiasaannya solat Maghrib dan Isyak, Ainy akan buat di hotel selepas pulang dari berjalan. 

Jadi penting sebenarnya bawa bersama keperluan untuk solat seperti botol air, mini sejadah dan telekung semasa anda memulakan perjalanan. Jadi bila masuk waktu solat, at least keperluan solat dah ada!


Okay ini saja tip yang Ainy dapat kongsikan buat masa sekarang dan semua tip ini Ainy kumpul berdasarkan pengalaman Ainy sendiri. Kalau anda ada sebarang pertanyaan, boleh komen di ruangan komen atau emelkan pada Ainy di ainyyzain@gmail.com. InshaAllah Ainy akan cuba balas mana yang Ainy tahu ya. Sekiranya anda ada tambahan tip yang berguna untuk dikongsikan, boleh jugak share di ruangan komen. Okay hope this helps and thank you for reading guys!

Comments

  1. nk tahu jugak flight dan destinasi apa yang boleh transit sblm smpai Jeju.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Percutian ke Pulau Kapas, Terengganu yang Penuh Dengan Aktiviti Menarik

Baru-baru ni Ainy dan kawan-kawan berpeluang bercuti ke Pulau Kapas. Kalau anda nak tahu, Ainy ni jenis suka dengan apa saja jenis pulau dan pantai. Suka sangat! Tapi yang tak suka bila balik dari pulau atau pantai ni mesti kulit sunburn teruk. Grrhhh! Tapi tak pernah serik pun sebab tu bila kawan-kawan ajak ke Pulau Kapas ni, Ainy tak menolak malah excited!

9 Rutin Penjagaan Kulit Muka

Jarang Ainy nak share berkenaan kecantikan ni sebab Ainy sendiri pun masih belajar. Bila Ainy share ni tak bermakna kulit muka Ainy cantik, flawless kebabom macam instafamous tu tau tapi alhamdulillah getting better dari sebelum ni. Jadi nah Ainy nak kongsikan 9 rutin penjagaan kulit muka yang biasa Ainy amalkan di rumah untuk anda. Biar kita sama-sama sihat dan cantik ya.

Borneo Natural Sukau Bilit Resort, Sabah antara Lokasi Percutian yang Sesuai Buat Pencinta Alam

Baru-baru ni Ainy berpeluang bercuti ke Sabah dan Ainy dan kawan-kawan pilih untuk ke Sukau, Sabah. Untuk anda yang tak tahu, percutian Ainy ke Sukau, Sabah agak berbeza dari percutian Ainy yang biasa sebab kali ni Ainy lebih pada bercuti untuk connect dengan nature. Dah macam kira percutian; back to nature dah tau. Untuk percutian ni, Ainy dan kawan-kawan pilih untuk menginap di Borneo Natural Sukau Bilit Resort, Sabah. Bila Google nama resort ni, anda akan jumpa gambar resort dia yang cantik dan unik. Sebab tulah Ainy dan kawan-kawan pilih resort ni dari resort-resort yang lain. Okay jom baca kisah Ainy kat bawah ni sepanjang kat sana okay.