Untuk cuti hari raya haritu, Ainy balik kampung 2 hari awal sebelum masuknya Syawal. Jadi sempatlah juga Ainy ambil peluang 2 hari tu untuk bersahur dan berbuka puasa dengan keluarga di kampung. Seronok hari-hari makan masakan yang dimasak sendiri lepastu makan pulak beramai-ramai 1 keluarga - makin beronok-ronoklah jadinya. Memandangkan kita masih dalam mood hari raya, Ainy nak kongsikan rutin wajib Ainy bila tiba Hari Raya Aidilfitri. Ini apa yang Ainy sendiri buatlah kan dan Ainy yakin ramai juga daripada anda semua yang mempunyai rutin yang sama dengan Ainy so here we go.
1) Kemas rumah di malam raya
Part paling best sekali bila sesi mengemas ni adalah part nak susun-susun kuih raya dalam balang. Biasanya Ainy yang akan ambil bahagian dalam bab susun-susun kuih ni sebab bolehlah sambil menyusun sambil makan sekali. Haha! Orang kata buat lepas teringin. Kan dah raya!
2) Masak menu raya di malam raya
Ainy saja masak awal sebab nanti masing-masing boleh tidur awal. Kalau ikut rekod tahun-tahun sebelumnya, mana yang ambil bahagian masak memasak tu akan tidur jam 3-4 pagi. Setiap tahun tau macamtu! Jadi tahun ni Ainy nak Ainy sendiri dan Ma rehat dengan cukup sebab hari raya pertama Ainy dan Ma memang duduk rumah layan tetamu yang datang. Masa tu Ainy dan Ma nak rehat pun tak sempat dah tau sebab ramai orang datang. Nasib baik dah tidur cukup malam raya tu.
3) Makan beramai-ramai sebelum solat sunat hari raya
Jadi bila hari raya ni pun Ma masih jadi Ma yang sama seperti hari-hari lainnya. Tapi Ainy suka sebab masa makan beramai-ramai nilah macam-macam topik yang keluar. Sempatlah jugak borak pasal plan nak pergi beraya rumah siapa hari raya pertama, kedua dan seterusnya.
4) Solat sunat hari raya
Tahun ni Ainy tak berpeluang untuk solat sunat hari raya di masjid sebab "Allah bagi cuti". Jadi Ainy seorang sajalah yang kena tinggal di rumah pagi raya tu masa semua keluarga yang lain pergi masjid. Masa tulah Ainy ambil peluang nak bersiap, nak prepare makanan atas meja untuk tetamu dan lain-lain.
Tapi kalau tahun-tahun yang Ainy boleh solat, inshaAllah memang akan usahakan diri pergi solat sunat hari raya di masjid. Itu moment paling best tau bila dengar bunyi takbir dan khutbah raya. Lepastu dapat jumpa jiran-jiran di masjid yang dah lama tak jumpa. Bestlaaa! Ainy harap next year Ainy berpeluang untuk solat sunat hari raya di masjid. Doakan ya!
5) Salam bermaaf-maafan di pagi raya
By the way untuk salam mintak maaf ni tak perlu tunggu hari raya pun sebenarnya tapi feel dia masa salam di pagi raya tu lain sangat dari yang lain. Ainy yakin ramai yang berperasaan yang sama kan? Tapi apa pun, berbalik kepada niat kita jugak tau. Jangan salam sebab ikut-ikut orang tapi salam bermaaf-maafan tu biarlah ikhlas dari hati yang paling dalam. Lepastu bila dah maafkan, jangan sebut-sebut lagi dah okay?
6) Konvoi berhari raya di rumah saudara-mara (Kelantan dan Terengganu)
7) Luangkan masa sehari berhari raya dengan kawan-kawan
Dua-dua pun penting sebenarnya tapi Ainy cuba utamakan yang penting dari yang penting. Jadi keluarga mesti jatuh nombor 1 dululah baru kawan-kawan. Bila dah selesai part keluarga, nak keluar dengan kawan-kawan pun rasa tenang je. Tak adalah Ma Ainy duk mencari je Ainy nanti. Haha!
8) Buat atau penuhi jemputan open house raya
Perasan tak yang hari raya ni jaranglah orang hidangkan 1 lauk saja. Biasanya sampai berjenis-jenis lauk yang
tersedia. Semuanya tu untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang. Tapi bila dah
sibuk kat dapur masak, masa bersama keluarga dan tetamu terbuang macamtu saja. Jadi
pada Ainy lah kan di hari raya ni sebaiknya kita fokus pada luangkan masa
dengan keluarga, bab-bab makan ni bila ada rezeki lebih sebaiknya kita tempah saja dengan syarikat katering. Senang kerja! Tong-tong lah sikit sorang dengan adik beradik tu, dah dapat ambil servis katering dah. Ni Ainy nak sarankan 1 syarikat katering yang ada buat
perkhidmatan katering untuk jamuan hari raya - Citra Nusantara Catering.
- 3 pilihan pakej katering jamuan hari raya
- Pakej makanan delivery untuk menu hari raya
Haa kalau anda tak nak pakej katering
jamuan hari raya yang termasuk dengan keperluan dan peralatan katering tu,
Citra Nusantara Catering juga ada sediakan pakej makanan delivery untuk menu
hari raya sahaja. Yang ni anda boleh discuss dengan pihak Citra Nusantara
Catering nak diorang masakkan menu apa, lepastu pihak Citra Nusantara Catering
akan delivery makanan tu ke tempat anda. Senang kerja kan! Tak perlu dah nak
pening-pening bangun awal pagi untuk masak banyak-banyak lauk untuk tetamu.
Sekarang ni semua dah senang, tinggal tempah saja. Oh ya dan standby duit! Haha.
- Minimum order dari 50 orang saja
Pada Ainy yang menariknya
pakej katering dari Citra Nusantara Catering ni sebab kita boleh buat tempahan
untuk minimum 50 orang. Untuk 50 orang pun diorang boleh masakkan apatah lagi
untuk beribu-ribu orang. Jadi mana yang bajet kecil tu, bolehlah tempah untuk 50 orang makan saja. Tapi mana yang ada bajet tinggi, tempahlah terus untuk kuantiti yang banyak sebab tak rugi. Lagi banyak kuantiti tempahan tu lagi murah tau.
- Kawasan delivery sekitar Selangor dan Kuala
Lumpur
Buat masa sekarang ni Citra
Nusantara Catering cover kawasan delivery sekitar Selangor dan Kuala Lumpur
saja. Jadi sesiapa yang berdekatan yang perlukan khidmat katering untuk
jamuan hari raya nanti, boleh hubungi diorang okay. Buat tempahan awal-awal sebab risau slot penuh. Haaa maklumat nanti Ainy
kongsikan kat bawah nanti okay.
CITRA NUSANTARA SDN BHD
(juga dikenali sebagai Citra Nusantara Catering)
No. 36 & 38, Jalan Musytari AQ U5/AQ,
Subang Pelangi, Seksyen U5,
40150 Shah Alam, Selangor
Hotline: +6012-998 8650
Selamat Hari Raya Aidilfitri yea! mmg betul belaka point2 tu semua hehe. good to know dh ada bnyk pilihan skrg ni kan unt catering open house raya, sng pon sng cmtu hehe.
ReplyDeleteni musim orang sakan buat open house boleh la guna pihak katering je, tak payah susah hati kena masak. tuan rumah boleh layan tetamu je sambil bagi duit raya. aduh rindu nak makan sate & kuah kacang macam hari raya pertama. anyone buat open house sila roger BBL ye
ReplyDeletemcm sama je rutin raya kita. haha cuma tahun ni saya macam sambut raya dalam suasana sederhana sebab baru kehilangan atuk pada awal tahun ni. sekarang mmg saya dapat byk jemputan untuk rumah terbuka. terima kasih share ya :)
ReplyDeleteSelamat Hari Raya ... Bagus sharing ni, informative dan boleh jadi rujukan mereka yang nak buat open house. Pesanan sebelum raya dan semasa hari raya pun sangat bermanfaat
ReplyDeleteLebih kurang sama rutin raya. Lagi meriah bila buat dwngan keluarga yang ramai kan. Memang rasa bertambah seronok dan heaven sungguh. Part open hluse tu kalau mampu masak sendiri kalau tak memang bagus buat tempahan katering kan
ReplyDeleteSetiap Raya memang best kalau spend masa dengan family. Lagi lah excited kalau tengok makanan Raya Hehe
ReplyDeleteHarga catering tu boleh tahan juga banyak bahan dan murah memang berbaloi kalau order ok lah nak cuba juga lah hehehe... Bila nak buat open house nya nak pergi ni wakakakkaa...
ReplyDeleteBest sangat dapat berkumpul dengan family dan kawan-kawan raikan Hari Raya. Best jugak menu dekat Nusantara Catering ni ea, ada delivery tu yang best. Murah pulak tu. Selamat Hari Raya Ainyy!
ReplyDeleteIts ok. Raya kan sebulan Ainy. Hehe. Mudah juga ada katering masa Raya. Buatnya juadah habis boleh order. Nak memasak banyak-banyak memang tak larat wei. Btw, Selamat Hari Raya Ainy.
ReplyDeletekami pun dulu selalu tidur lewat sebab tak siap memasak. hehe..sekarang anak-anak yang ambik alih jadi lain la sikit.. bagus jugak kalau ada katering macam ni Ainy.. boleh jimat masa memasak kan.. tapi mujurlah area KL je..
ReplyDeleteThanks for sharing you Raya routine, it's actually quite similar to what we do during Chinese New Year except the fasting part.
ReplyDeleteLiez since ada anak mmg xdpt nak pergi solat sunat raya. Anak2 kecik belum bahve lagi, yg besar boleh je g solat dgn atok opah diaorg.. mmg bila raya macam2 kerja kena buat, mengemas, memasak bertukang la mcm2 tapi itu baru la rayaaaaa
ReplyDeleteKita dah start rasa rindu nak beraya dengan family kat kampung ni wak. Kemeriahan yg hanya boleh dirasa ketika raya je sebab time tu je semua ahli keluarga dapat balik. Rindu dahhh
ReplyDeleteMeriah ya your raya. My raya is dull by 90% in comparison to your celebration 😂 anyways selamat hari raya!
ReplyDeleteI believe a lot will find their routines similar to yours. Ha :D Still your routine looks fun and happening. Selamat Hari Raya tu you and your whole family. :)
ReplyDeleteSelamat Hari Raya! All the routine looks like very fun! I haven't enjoy Raya celebration and never been to any Raya open house too =P
ReplyDeleteselamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin. terliur tengok menu-menu tu. salam dari rantauan, yang kempunan juadah raya huhuhu
ReplyDeletekereen kak artikelnya, mampir2 ke blog saya juga yaa
ReplyDelete