Siapa kat sini peminat sambal hitam? Haaa kali ni Ainy nak kongsikan dengan anda berkenaan dengan salah satu jenama produk sambal hitam yang jadi favourite Ainy iaitu Min'z Sambal Hitam Pahang. Ainy dulu tak reti pun nak makan sambal hitam ni tau tapi bila cuba sekali makan produk keluaran Min'z Sambal Hitam Pahang ni rasa best pulak. Sedap tau! Lepastu sekarang dah jadi menu favourite Ainy kat rumah dan bila travel.
Apa Produk di Bawah Min'z Sambal Hitam Pahang?
![]() |
Inilah pengasas Min'z Sambal Hitam Pahang; Kak Min. |
1) Sambal hitam Pahang ikan bilis kering
2) Sambal hitam Pahang ikan bilis basah
Sambal hitam Pahang ni pula versi original dari resepi turun temurun keluarga Kak Min di Raub, Pahang. Kiranya menggunakan resepi original seperti masakan ibu di rumah. Sesiapa yang dari Pahang mesti tahu berkenaan ni dan untuk lepaskan rindu dengan masakan ibu anda, boleh cuba sambal hitam Pahang ikan bilis basah ni. Tak mengecewakan!
3) Sambal hitam Pahang ikan talang
Apa Keistimewaan Min'z Sambal Hitam Pahang?
1) Produk yang sedia dimakan
Produk di bawah Min'z Sambal Hitam Pahang ni adalah produk sedia dimakan. Ainy cuma perlu buka penutup botol dan sedia dihidangkan. Buat yang jenis bekerja dan kerap travel macam Ainy ni sangatlah menjimatkan masa. Apatah lagi buat golongan ibu kat luar sana yang bekerja yang tiada masa untuk memasak. Haaa produk di bawah Min'z Sambal Hitam Pahang ni boleh jadi salah satu menu express untuk makan.
2) Produk yang tahan lama
Selain sedia dimakan, produk di bawah Min'z Sambal Hitam Pahang jugak semua jenis yang tahan lama. Ainy beli dah berbulan-bulan pun masih boleh tahan lagi sehingga sekarang. Jadi untuk yang malas nak order satu-satu tu, boleh order terus banyak-banyak dan buat stok kat rumah. InshaAllah tahan lama dan rasa masih sama macamana yang anda baru beli.
3) Boleh dijadikan perencah masakan
![]() |
Sphagetti aglio olio yang diletakkan sambal hitam Pahang ikan talang. Pergh sedap! |
4) Boleh dimakan dengan pelbagai jenis makanan
Haa selain makan dengan nasi panas, produk Min'z Sambal Hitam Pahang pun boleh dimakan dengan pelbagai jenis masakan macam roti bakar, bubur ayam dan lain-lain. Kiranya boleh jadi macam penambah selera tiap kali makan. Dapat makan panas-panas ni memang sedaplaaa.
Min'z Sambal Hitam Pahang Boleh DiBeli di Potboy Groceries
![]() |
Ainy dan kawan-kawan di majlis food testing Min'z Sambal Hitam Pahang anjuran Potboy Groceries. |
Selain tu, anda juga boleh dapatkan Min'z Sambal Hitam Pahang di maklumat kat bawah ni okay;
Min'z Sambal Hitam Pahang
Makin mendapat sambutan sambal hitam ini..
ReplyDelete