Memandangkan dah masuk 1 Ramadhan, Ainy nak ambil peluang ni untuk kongsikan salah 1 Buffet Ramadhan 2018 di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur. Hotel ni tak terkecuali tau menghidangkan pelbagai jenis menu Buffet Ramadhan sepanjang bulan Ramadhan ni. Tak silap Ainy Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur ada menyediakan lebih 100 menu untuk buffet Ramadhan. 100 okay bukan 10 menu! Haha. Maksudnya kat situ tersangatlah banyak dan anda boleh pilih dan ulang-ulang makan sampai tutup cafe. Haha.
Pelbagai Jenis Masakan Melayu
Ainy nak mulakan dengan masakan Melayu dulu sebab kat Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur ni masakan Melayu antara yang paling banyak. Boleh dikatakan meja panjang tu penuh dengan menu masakan Melayu je. Ainy dah lah favourite dengan apa saja masakan Melayu. Tengok semua menu dia sedap-sedap.
Ada udang, ikan, ayam, daging lembu, daging kambing yang dimasak dengan cara masakan Melayu macam masak lemak, sambal, rendang, dan banyak lagi. Antara yang Ainy paling suka sekali rendang daging dia. Perghh! Teringat-ingat tau masa duk menaip ni dengan dagingnya yang lembut tu.
Bukan tu je tau, ada ayam masak kurma, pelbagai jenis sayur yang digoreng dan juga daging masala. Ini yang Ainy kongsikan atas-atas ni antara menu berat yang terdapat di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur tau. Menu berat / main menu pun dah banyak macamni kan! Semua pun nampak menyelerakan.
Untuk yang originally tekak melayu, mesti suka sangat dengan pelbagai jenis ulam / salad yang ada kat hotel ni. Banyak tau! Tinggal pilih saja nak yang mana.
Selain tu, Ainy juga nak sarankan anda cuba pelbagai jenis sup yang ada kat Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur ni. Makan pula dengan pelbagai jenis roti yang disediakan. Dah lah sup dia pekat dan sedap!
Kalau anda yang jenis tak makan nasi, boleh cuba roti canai diorang. Yang ni pun sedap! Roti canai tu dihidangkan pula dengan kuah dal, kuah kari dan siap ada susu lagi untuk yang suka makan roti canai cicah susu. Roti canai ni diorang masak panas-panas kat situ juga tau. Jadi tak adalah istilah anda dapat roti canai sejuk dan lain-lain.
Pelbagai Jenis Masakan Jepun
Buat anda yang suka sangat makan sushi, kat Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur ni juga ada sediakan pelbagai jenis sushi. Bukan 1 pilihan saja tau tapi banyakkkk! Haha. Makanlah sampai puas orang kata.
Yang menu atas ni, Ainy tak pasti apa namanya tapi sedap dan rasa macam masam-masam pedas sikit. Tak silap Ainy, ini pun masakan Jepun kot. Kalau Ainy salah tolong betulkan Ainy ya.
Pelbagai Jenis Dessert
Kat Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur ni untuk bahagian dessert penuh dengan pelbagai jenis dessert. Ainy yang datang pun macam rambang mata nak pilih yang mana sebab semua pun sedap-sedap.
Ada pelbagai jenis kek juga! Ini Ainy sempat snap untuk 3 jenis saja tau padahal ada banyak lagi sebenarnya. Siapa yang sukakan kek tu duduklah sini sampai tutup cafe ni ha. Makan puas-puas.
Selain tu, diorang juga ada kuih tradisional iaitu kuih talam. Ada dalam lebih 5 jenis kuih talam kat sini dengan pelbagai perasa dan warna. Menarik!
Buah juga antara jadi salah 1 dessert yang disediakan di sini. Dah lah siap letak berlonggok buah kat atas meja macamtu je. Sesiapa yang nak tu boleh ambil je mana yang anda nak - yang berlonggok atau yang dah potong siap pun ada.
Kalau anda nak dessert ala-ala barat / moden sikit pun ada disediakan seperti churros dan puding roti. Haish pendek kata banyaklah sebenarnya dessert yang diorang sediakan. Cuma kena tanya diri je, larat ke tak nak habiskan semua ni. Macam Ainy pula, Ainy suka rasa sikit-sikit jadi dapatlah rasa kesemua yang teringin tu.
Pelbagai Jenis Minuman
Selain minuman biasa, kat Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur juga ada cendol dan ABC. Yang cendol dan ABC ni kita boleh buat sendiri dan letak bahan-bahan mengikut kesukaan kita. Bestla sebab dah lepas seharian berpuasa, dapat pula basahkan tekak dengan minuman-minuman sejuk ni. Lega rasa!
Harga Buffet Ramadhan 2018 di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur
Amacam tergugat tak iman di Ramadhan pertama ni bila tengok menu Buffet Ramadhan yang Ainy share ni? Alaaa maaflah sebab siang hari dah share gambar makanan macamni. Bagi anda yang tercari-cari Buffet Ramadan untuk berbuka, boleh cuba Buffet Ramadhan di Hote; Sunway Putra, Kuala Lumpur ni. Selain ada menu yang banyak, lokasi hotel pun sangat strategik sebab ada stesen LRT betul-betul berhadapan dengan hotel.
RM128 / dewasa
RM64 / kanak-kanak dan warga emas (kanak-kanak bawah 6 tahun percuma)
Harga berkumpulan
RM108 / seorang (minimum 30 orang)
Untuk pertanyaan lanjut berkenaan tempahan, boleh hubungi diorang terus okay di;
HOTEL SUNWAY PUTRA, KUALA LUMPUR
Hotline: 03-4040 9888
Email: spkl.ch@sunwayhotels.com
alahaiii tergugatnya imannn. ralatnya tak dapat datang haritu. kalau tak boleh merasa. dorang cakap menu dekat hotel ni sedap-sedap belaka!
ReplyDeleteOh Kt sini ada menu jepun.. Yg suka menu jepun utk berbuka puasa bole dtg sini kn... Lauk pauk melayu pn yummy. .kambing bakar tu slalu ada di mana2 buffet ramadhan . Selamat berpuasa
ReplyDeleteDah lama akak tak pi berbuka kat Sunway Putra tu..akak suka semua masakan dia kat situ especially desserts dia..lauk pauk melayu diorang pun sedpa sangat..pernah pergi masa media preview 2 tahun lepas..rasa nak terjah lagi la..menarik sangat kat situ
ReplyDeleteKlau bab mkn siapa pun xkan tolak..tgk foods dkt sunwau putra ni pun dah terliur.ada churros lg tu.. hmmm mmg terbaik la
ReplyDeletekalau bulan puasa daging kambing tu mmg seakan a must kat dalam menu tp kambing tu memang buat terliur dan menggugat iman..alahaiii mampu telan air liur jer..hehe
ReplyDeleteMacam-macam dessert dia ada eh. Nampak gaya Rawlins kena datang juga nie - mau kekenyangan melampau kelak. Hahaha.
ReplyDeleteWow..harga dia boleh tahan.. Hehehe.. Kita suka hotel yg sediakan buffet masakan melayu.. Kalau takde rse xlengkap je.. Hehe.. Siap ada makanan Jepun tu... Dgn dessert2 yg nampak menyelerakan..pasti pembuka selera masa buka puasa nnti kan.
ReplyDeleteTelan ailio tengok gambar makanan kat post ni..nampak sedap. Yes, waktu berbuka ni, masakan melayu mmg lagi menarik perhatian..takleh takde nasi
ReplyDeleteWahh banyaknya pilihan buffet kali ini. OMG Macaron! Sure Ika rembat semua haha. Sebab datang buffet ramadhan,ika fokus kepada bahagian dessert terlebih dahulu.
ReplyDeleteMana mana bufet mesti ada masakan melayu jadi pilihan utama. Yela nama pun bufet ramadhan kan.mesti orang cari masakan melayu.yang sushi tu nampak menarik tapi saya tak pandai makan
ReplyDeleteWow ada sushi. Memang banyak menu makanan untuk Buffet ni. Boleh rambang mata eiza nak pilih mana satu ni. Thanks for the sharing.
ReplyDeleteTak pernah lagi makan kat Hotel Sunway Putra ni, nampak sedap-sedap makanan dia dan banyak betul pilihan, sure tak boleh nak rasa semua kan..:D. Dessert dia mengancam sungguh, kalau sis..makanan lain tak dapat pun tak apa..janji boleh rasa semua dessert dia..hehehe
ReplyDeleteAntara hotel fav kami sekeluarga jika nak menginap di sekitar Kuala Lumpur.... Kalau mai sini, kami aim kari kepala ikan... Tapi xnampak pula gambarnya T-T
ReplyDeleteHotel Sunway Putra ni tak pernah mengecewakan. Makanan dia tu buat org kelabu mata. Kalau rupa gini dah banyaknya tempat first onie akan p part dessert dulu,wahahhahaha...
ReplyDeleteWah menariknya semua kat Hotel Sunway Putra ni. Suka bahagian sushi tu sebba jarang ramadan buffet ada sushi stall. Lapar terus tengok gambar2 ni. Dugaan di bulan Puasa ni.
ReplyDeleteMutton Masala and Chicken Kurma...heavenly. And a selection of Japanese too? You don't get to see much Japanese infused with Ramadan Buffet. Interesting mix
ReplyDeleteI've tried and tested the buffet at Sunway Putera before their food is really good, looking forward to buka puasa there this Ramadan.
ReplyDeleteKalau bukan bulan Ramadhan memang selalu makan kat hotel ni. Makanan dia memang sedap-sedap, lepas tu tempat dia eksklusif.
ReplyDelete