Skip to main content

Cadangan Makan: Pelbagai Jenis Masakan Ayam Kampung di Restoran Ayam Kampung Velodrome, D'Pulze Cyberjaya

CADANGAN MAKAN: PELBAGAI JENIS MASAKAN AYAM KAMPUNG DI RESTORAN AYAM KAMPUNG VELODROME PREMIUM, D'PULZE CYBERJAYA | Bila sebut saja ayam kampung, mesti ramai mula fikirkan ayam kampung yang keras, tua dan lain-lain. Sebenarnya Ainy pun berfikiran yang sama dan sebab itulah Ainy jarangggg sangat makan masakan yang berasaskan ayam kampung. Haha sadis betul.

Makan tengahari di Restoran Ayam Kampung Velodrome, D'Pulze Cyberjaya
Sehinggalah baru-baru ni Ainy rasai sendiri pelbagai jenis masakan ayam kampung di Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium di D'Pulze Cyberjaya. Terdapat pelbagai jenis masakan ayam kampung dan mereka telah beroperasi sejak tahun 1980 lagi. Punyalah lama dan boleh dikatakan mereka ini sangat pakar dalam menyajikan ayam kampung yang lembut dan berkualiti.

Ini antara gambar Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium di D'Pulze Cyberjaya.

Ini pula gambar dari luar Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium di D'Pulze Cyberjaya.
Antara menu utama dan yang menjadi pilihan Ainy bila ke Ayam Kampung Velodrome Premium adalah set nasi ayam kampung biasa, set nasi ayam kampung butter dan satay ayam kampung.

Set nasi ayam kampung butter.
Set nasi ayam kampung butter ni memang sedap! Ainy nak cadangkan anda order yang ini bila ke sana okay sebab butternya sangat lah pekat. Kena dengan kuah dan ulam yang disajikan bersama.

Set nasi ayam kampung biasa.

Satay ayam kampung.
Jarang sekali kita dengar satay ayam kampung kan? Ainy pun pada asalnya ingatkan satay yang Ainy makan tu adalah satay ayam biasa rupanya satay ayam kampung. Patutlah rasanya agak manis sedikit dari ayam biasa tapi isinya sangatlah lembut. Pandai betul chef mereka masak.

Selain itu, Restoran Ayam Kampung Velodrome juga turut menyajikan masakan ala kampung dan barat. Jadi kepada sesiapa yang tidak gemar pada menu berasaskan ayam kampung, bolehlah order menu-menu yang lain. Di bawah ini antara beberapa menu yang Ainy order haritu. Boleh tahan banyak jugalah.

Pelbagai jenis ikan bakar.

Ini pula ikan keli bakar. Sedappp!

Siput sedut masak lemak dan masak lemak pucuk paku.
Untuk makluman anda, Restoran Ayam Kampung Velodrome ni sebelum ini terkenal di kawasan Cheras. Tak silap Ainy, mereka mempunyai dua cawangan di kawasan Cheras sahaja. Cawangan di D'Pulze  Cyberjaya ini antara cawangan ketiga mereka. Ainy dimaklumkan pula yang mereka merancang untuk membuka lebih banyak cawangan selepas ini seperti di KLIA2 dan Paradigm Mall, Johor Bahru. Wahhh! Buat warga Johor selepas ini bila Paradigm Mall dibuka, jangan lupa ramai-ramai serbu Restoran Ayam Kampung Velodrome di sana okay.

Untuk info lanjut berkenaan maklumat restoran, boleh rujuk di bawah.

Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium

Alamat:
Lot EX-GW-01,
D'Pulze Shopping Centre,
63000 Cyberjaya.

Waktu beroperasi:

Telefon:
010-300 3077

Comments

  1. Wow! thanks dik share. Akak peminat juga restoren ayam kampung ni tau. Heheh...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

9 Rutin Penjagaan Kulit Muka

Jarang Ainy nak share berkenaan kecantikan ni sebab Ainy sendiri pun masih belajar. Bila Ainy share ni tak bermakna kulit muka Ainy cantik, flawless kebabom macam instafamous tu tau tapi alhamdulillah getting better dari sebelum ni. Jadi nah Ainy nak kongsikan 9 rutin penjagaan kulit muka yang biasa Ainy amalkan di rumah untuk anda. Biar kita sama-sama sihat dan cantik ya.

Percutian ke Pulau Kapas, Terengganu yang Penuh Dengan Aktiviti Menarik

Baru-baru ni Ainy dan kawan-kawan berpeluang bercuti ke Pulau Kapas. Kalau anda nak tahu, Ainy ni jenis suka dengan apa saja jenis pulau dan pantai. Suka sangat! Tapi yang tak suka bila balik dari pulau atau pantai ni mesti kulit sunburn teruk. Grrhhh! Tapi tak pernah serik pun sebab tu bila kawan-kawan ajak ke Pulau Kapas ni, Ainy tak menolak malah excited!

Pengalaman Buat Rawatan Muka di Estetika Medispa (Rawatan Pertama)

PENGALAMAN BUAT RAWATAN MUKA DI ESTETIKA MEDISPA (RAWATAN PERTAMA) | Assalamualaikum dan selamat pagi semua. InsyaAllah hari ini Ainy nak berkongsi pengalaman Ainy sendiri buat rawatan muka di Estetika Medispa. Best ke tak best? Berkesan ke tak, semua itu Ainy akan kongsikan di bawah nanti okay. InsyaAllah.