Assalamualaikum semua. Siapa kat sini yang ada masalah nak cari tempat menginap untuk buat gathering family? By the way Ainy selalu ada masalah ni sebab bila buat family gathering ni, jumlah pesertanya ramai. Jadi satu masalah pula nak cari konsep hotel apartment atau homestay yang boleh muat group yang ramai. Baru-baru ni Ainy dan rakan-rakan blogger buat short trip ke Melaka. Dari asalnya hanya beberapa orang, kami dapat kumpulkan dalam 14 orang semuanya dengan bantuan Emas Putih (blog: www.kisahemasputih.com). Bila dah ramai macamni, mulalah pening nak cari penginapan kan. Kalau nak ambil hotel, boleh muat paling ramai pun 4 orang. Lepastu belum tentu dapat bilik sebelah-sebelah. Jadi Uzu decide untuk book homestay yang besar, yang boleh muat 14 orang dan lebih iaitu Idaman Villa, Melaka. Ainy pun tak sangka juga rupanya ada homestay yang boleh tampung ramai orang macamni. Rupanya Idaman Villa ni, sejenis homestay yang berkonsep rumah teres tiga (3) tingkat. Patutlah bole