Skip to main content

Berkebaya bersama Fasha Sandha


Pada hari Sabtu yang lepas Ainy berkesempatan untuk pergi ke Rumah Kebaya, Bangar bagi memenuhi jemputan untuk sesi beramah mesra dengan duta Syus Couture iaitu Fasha Sandha. Program yang dianjurkan ini dihadiri oleh para media, blogger dan peminat Fasha Sandha sendiri.


Rumah Kebaya?
Bagi yang tertanya-tanya, rumah kebaya ini apa? Actually Rumah Kebaya yang terletak di Bangsar ini adalah rumah yang mengumpulkan 3 jenama butik terkenal iaitu Syus Couture, Benang Hijau dan Qie Rahman. Rumah Kebaya ini dijadikan tempat sehenti untuk orang ramai membeli belah pakaian wanita, tudung dan juga pakaian lelaki. Terdapat pelbagai koleksi yang menarik ada dijual di sini.


Apa yang menarik di Rumah Kebaya ni?
Antara yang menjadi tarikan Ainy dan juga pengunjung di Rumah Kebaya adalah kebaya Fasha Sandha daripada Syus Couture. Material yang digunakan sangat selesa. Sesuai digayakan di majlis formal atau santai.


Ainy suka untuk sarankan semua untuk ke sini sebab boleh rambang mata dibuatnya. Maklumat lanjut tentang Rumah Kebaya dan Syus Couture seperti di bawah:

Syus Couture
Rumah Kebaya
No. 47, Jalan Maarof, Bangsar
(bersebelahan dengan Volkswagen)
Waktu beroperasi: 12:00 PM - 20:30 PM
Facebook: facebook.com/syuscouture
Instagram: instagram.com/syuscouture

Comments

  1. Menarik Dan Bermanfaat Sekali Sobat Bagi Saya.
    Terima Kasih Berkat Artikel Anda Saya Mendapatkan Banyak Informasi Serta Pengatahuan Lebih Jauh.
    Jangan Lupa Kunjungi Blog/Artikel Saya Ya Sobat " Berbagi Itu Indah " !!!!!!

    Just Share My Visit Blog Thanks (^_^)

    1.( >>> Please Jangan Di Klik <<< )
    2. Agen Game Online

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Percutian ke Pulau Kapas, Terengganu yang Penuh Dengan Aktiviti Menarik

Baru-baru ni Ainy dan kawan-kawan berpeluang bercuti ke Pulau Kapas. Kalau anda nak tahu, Ainy ni jenis suka dengan apa saja jenis pulau dan pantai. Suka sangat! Tapi yang tak suka bila balik dari pulau atau pantai ni mesti kulit sunburn teruk. Grrhhh! Tapi tak pernah serik pun sebab tu bila kawan-kawan ajak ke Pulau Kapas ni, Ainy tak menolak malah excited!

9 Rutin Penjagaan Kulit Muka

Jarang Ainy nak share berkenaan kecantikan ni sebab Ainy sendiri pun masih belajar. Bila Ainy share ni tak bermakna kulit muka Ainy cantik, flawless kebabom macam instafamous tu tau tapi alhamdulillah getting better dari sebelum ni. Jadi nah Ainy nak kongsikan 9 rutin penjagaan kulit muka yang biasa Ainy amalkan di rumah untuk anda. Biar kita sama-sama sihat dan cantik ya.

Borneo Natural Sukau Bilit Resort, Sabah antara Lokasi Percutian yang Sesuai Buat Pencinta Alam

Baru-baru ni Ainy berpeluang bercuti ke Sabah dan Ainy dan kawan-kawan pilih untuk ke Sukau, Sabah. Untuk anda yang tak tahu, percutian Ainy ke Sukau, Sabah agak berbeza dari percutian Ainy yang biasa sebab kali ni Ainy lebih pada bercuti untuk connect dengan nature. Dah macam kira percutian; back to nature dah tau. Untuk percutian ni, Ainy dan kawan-kawan pilih untuk menginap di Borneo Natural Sukau Bilit Resort, Sabah. Bila Google nama resort ni, anda akan jumpa gambar resort dia yang cantik dan unik. Sebab tulah Ainy dan kawan-kawan pilih resort ni dari resort-resort yang lain. Okay jom baca kisah Ainy kat bawah ni sepanjang kat sana okay.