Skip to main content

Semua orang melakukan kesilapan

 

Setiap hari kita tidak lari dari melakukan kesilapan. Kalau bukan kita yang melakukan kesilapan, mungkin orang lain yang melakukan kesilapan terhadap kita, atau mungkin juga orang lain yang melakukan kesilapan terhadap orang-orang terdekat kita. Pendek kata, semua orang tidak lari dari melakukan kesilapan. Ini menunjukkan bahawa manusia yang dilahirkan tidak sempurna, terkadang lalai dan alpa dalam perlakuan.

Walaupun hakikatnya kita tahu tiada manusia yang sempurna, kita masih tidak dapat menerima kesilapan yang dilakukan oleh orang lain. Apabila orang lain melakukan kesilapan terhadap kita atau orang terdekat kita, kita cepat memberikan persepsi buruk terhadap orang tersebut. Seolah-olah kita dan keluarga kita tidak pernah melakukan kesilapan ketika terlalai. Sedangkan jika kita melakukan kesilapan, bukankah kita juga mengharapkan kemaafan di atas kesilapan kita?
Terkadang kita marah apabila seseorang tidak dapat laksanakan janjinya kepada kita sedangkan kita sendiri pernah terleka untuk tunaikan sebuah janji. Kita mengata orang lain bersolat laju sedangkan kita sendiri kerap lewat dalam bersolat. (Ini hanya beberapa contoh kesilapan yang kerap berlaku dalam kehidupan kita)

Apabila ada orang lain melakukan kesilapan terhadap kita, kita menyalahkan dan menuding kesemua jari kepadanya. Sikap yang selalu menyalahkan orang lain ini yang membutakan hati kita dari mengingati tentang kesilapan diri. Orang seperti ini hanya pandai memandang ke dalam diri orang lain dan tidak pandai memandang ke dalam diri sendiri. Apabila buta dalam menilai diri, maka diri dirasakan baik dan suci sedangkan orang lain jahat dan 'kotor' pada pandangannya.

Sedangkan sekiranya kita cuba bermuhasabah diri, mungkin Allah datangkan orang yang berbuat silap sebagai tanda tarbiyah Allah kepada kita. Sesungguhnya setiap baik dan buruk yang berlaku dalam hidup kita, pasti ada sesuatu yang Allah mahu ajarkan kepada kita. Kerana yang menentukan setiap yang berlaku (baik atau buruk) bukan kita, tetapi Dia.

Comments

Popular posts from this blog

9 Rutin Penjagaan Kulit Muka

Jarang Ainy nak share berkenaan kecantikan ni sebab Ainy sendiri pun masih belajar. Bila Ainy share ni tak bermakna kulit muka Ainy cantik, flawless kebabom macam instafamous tu tau tapi alhamdulillah getting better dari sebelum ni. Jadi nah Ainy nak kongsikan 9 rutin penjagaan kulit muka yang biasa Ainy amalkan di rumah untuk anda. Biar kita sama-sama sihat dan cantik ya.

Percutian ke Pulau Kapas, Terengganu yang Penuh Dengan Aktiviti Menarik

Baru-baru ni Ainy dan kawan-kawan berpeluang bercuti ke Pulau Kapas. Kalau anda nak tahu, Ainy ni jenis suka dengan apa saja jenis pulau dan pantai. Suka sangat! Tapi yang tak suka bila balik dari pulau atau pantai ni mesti kulit sunburn teruk. Grrhhh! Tapi tak pernah serik pun sebab tu bila kawan-kawan ajak ke Pulau Kapas ni, Ainy tak menolak malah excited!

Pengalaman Buat Rawatan Muka di Estetika Medispa (Rawatan Pertama)

PENGALAMAN BUAT RAWATAN MUKA DI ESTETIKA MEDISPA (RAWATAN PERTAMA) | Assalamualaikum dan selamat pagi semua. InsyaAllah hari ini Ainy nak berkongsi pengalaman Ainy sendiri buat rawatan muka di Estetika Medispa. Best ke tak best? Berkesan ke tak, semua itu Ainy akan kongsikan di bawah nanti okay. InsyaAllah.