Bila bercakap tentang whitehead dan blackhead , ramai yang mula mengeluh kerana kurang selesa dengan adanya masalah yang satu ini pada wajah mereka. Baik lelaki mahupun perempuan, pasti mempunyai masalah ini apabila wajah terlalu kerap terdedah pada udara luar. Di sini saya terangkan sedikit apa itu whitehead dan blackhead . Whitehead adalah bintik-bintik kecil berwarna putih yang terjadi dari pembentukan sebum atau minyak di pori-pori kulit. Manakala blackhead pula adalah bintik-bintik kecil berwarna hitam yang terjadi akibat kumpulan whitehead yang tidak dibersihkan.