Skip to main content

Posts

10 Tip Melancong ke Pulau Jeju, Korea Selatan

Bila bercerita tentang Pulau Jeju, ramai yang terbayangkan keindahan alam semulajadinya yang cantik. No wonder, Pulau Jeju yang juga dikenali sebagai Jejudo ni mendapat 3 pengikhtirafan antarabangsa dari UNESCO World Heritage. Rakyat Malaysia juga dah ramai yang jadikan Pulau Jeju sebagai next travel destination mereka. Jadi Ainy ambil peluang ni untuk kongsikan beberapa tip melancong ke Pulau Jeju, Korea Selatan buat anda yang ada planning ke sana. Okay jom kita mula!
Recent posts

"Itinerary" 3 Hari 2 Malam di Setiu, Terengganu

Assalamualaikum semua. Untuk kali ni Ainy nak kongsikan kepada anda semua berkenaan percutian Ainy di Setiu, Terengganu. Bagi anda yang tak tahu, Ainy sendiri sebenarnya membesar di Setiu tapi secara jujurnya Ainy tak pernah berpeluang untuk explore Setiu dan Terengganu secara keseluruhannya sebab habis saja belajar Ainy merantau ke Johor Bahru. Jadi bila Ainy terima jemputan dari Tourism Terengganu untuk mempromosikan Setiu, Ainy excited sangat dan tanpa fikir panjang terus bersetuju. Pada Ainy, inilah masanya untuk Ainy mengenali daerah Ainy membesar ni dengan lebih mendalam. Jadi entry kali ni Ainy nak kongsikan kepada anda tentang tempat-tempat menarik di Setiu, Terengganu yang anda boleh lawati. Ainy ceritakan dari sudut pengalaman Ainy sendiri selama 3 hari 2 malam di Setiu, Terengganu. Haa senang sikit anda nak plan for your next trip ke sini kan? Okay jom mula!

9 Rutin Penjagaan Kulit Muka

Jarang Ainy nak share berkenaan kecantikan ni sebab Ainy sendiri pun masih belajar. Bila Ainy share ni tak bermakna kulit muka Ainy cantik, flawless kebabom macam instafamous tu tau tapi alhamdulillah getting better dari sebelum ni. Jadi nah Ainy nak kongsikan 9 rutin penjagaan kulit muka yang biasa Ainy amalkan di rumah untuk anda. Biar kita sama-sama sihat dan cantik ya.

"Itinerary" 4 Hari 3 Malam di Pulau Jeju, Korea Selatan

Walaupun trip ke Pulau Jeju ni dah berlalu lebih 10 bulan tapi kenangan Ainy sepanjang meneroka ke sini masih segar dalam ingatan. Ini adalah pertama kali Ainy menjejakkan kaki ke Korea Selatan dan Pulau Jeju atau juga dikenali sebagai Jejudo ni jadi pilihan Ainy sebab Ainy suka tempatnya yang mempunyai alam semulajadi yang cantik. Ainy memang reccomend sesiapa yang sukakan nature untuk ke sini. Di bawah nanti Ainy kongsikan itinerari Ainy selama 4 hari 3 malam di Pulau Jeju. Moga bermanfaat!

"Itinerary" 5 Hari 4 Malam di Yogyakarta, Indonesia

Assalamualaikum semua. Okay kali ni Ainy nak ceritakan tentang percutian Ainy ke Yogyakarta, Indonesia atau lebih dikenali sebagai Jogja. Untuk trip kali ni, Ainy pergi di bawah program Media FAM Trip for Southeast Asia anjuran Ministry Tourism of Indonesia. Program ni dianjurkan untuk memberi exposure kepada orang ramai berkenaan dengan tempat-tempat menarik yang terdapat di Yogyakarta. Okayla Ainy tak nak membebel panjang-panjang untuk intro ni jadi jom kita mula.

Masalah Bawah Mata Berkurang Dalam Tempoh 60 Saat Hanya Dengan Sapuan Pertama

Assalamualaikum semua. Lamanya rasa Ainy tak update apa-apa kat blog ni. Kebetuan hari ni ada masa sikit jadi Ainy nak kongsikan dengan awak semua 1 produk yang best yang Ainy tengah pakai sekarang. Maklumlah Ainy pun dah nak masuk 30 tahun dah tahun ni jadi dah tiba masanya untuk Ainy jaga mana yang perlu dijaga. Tapi yang paling ketara Ainy nampak sekarang adalah eyebag dan kedutan bawah mata. Macam ada garis-garis halus bawah mata tiap kali Ainy senyum. Serius rasa tak selesa!

8 Rutin Wajib Tiap Kali Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum. Ainy nak ucapkan selamat hari raya kepada semua. Yah Ainy tahu Ainy dah terlambat seminggu lebih dah wish selamat hari raya tapi better late than never kan? So macamana dengan Ramadhan dan permulaan Syawal, okay ke? Ainy sama juga seperti tahun-tahun sebelumnya, berpuasa sorang-sorang di perantauan. Sobs! Walau jauh dari keluarga, Ainy harap kita semua dapat manfaatkan Ramadhan dengan baik di mana saja kita berada okay. Ramadhan kan setahun saja sekali jadi inilah peluangnya nak rebut seberapa banyak pahala dan moga Allah terima amalan kita semua. Amin.