Perjalanan Dari Johor Bahru, Johor ke Setiu, Terengganu
Memandangkan Ainy daripada Johor Bahru, Johor jadi Ainy mengambil pengangkutan darat iaitu bas untuk ke Setiu, Terengganu. Ainy ambil bas direct ke UNISZA yang mana jaraknya dari rumah Ainy lebih kurang dalam 30 minit. Sebenarnya di Setiu sendiri ada perhentian bas yang diberi nama "Hentian Bas Permaisuri" tapi terpulang kepada anda sendiri hentian mana yang anda rasa lebih convenience. Okay?
Menginap di Terrapuri Heritage Village yang Berkonsepkan Tradisional Lama
Selain tu, nama Terrapuri ni sendiri sebenarnya bermaksud istana lama dan senibina di dalam Terrapuri Heritage Village ni semuanya berdasarkan istana lama pada zaman Langkasuka. Kalau anda nak tahu, Terrapuri Heritage Village ni antara resort yang masih mengekalkan konsep tradisional lama. Susah tau sekarang kita nak jumpa resort yang berkonsepkan seperti ini malah budaya dan khazanah lama juga dikekalkan pada tiap sudut ruang yang terdapat di dalamnya. Terlalu banyak kisah dan cerita disebalik penubuhan Terrapuri Heritage Village ni tau dan waktu Ainy sampai ke sini untuk check-in, Ainy diberikan taklimat berkenaan sejarah penubuhannya yang pada Ainy sangat unik dan menarik.
Hari Pertama: Bersiar di Sekitar Pantai yang Terdapat di Setiu, Terengganu
Selepas Ainy dan kawan-kawan check-in dan makan tengahari, Ainy dibawa bersiar dan melawat pantai-pantai yang terdapat di Setiu, Terengganu.
Melihat Kecantikan Pantai Penarek & Rhu Sepuluh
Ainy rasa ramai yang dah sedia maklum yang Setiu sendiri mempunyai pantai-pantainya yang menarik dan cukup cantik. Antara pantai yang menjadi tumpuan ramai di Setiu adalah Pantai Penarek dan Pantai Rhu Sepuluh. Selain pantainya yang cantik, di sini juga terkenal dengan deretan kedai makan yang menjual pelbagai jenis seafood celup tepung. Terlalu banyak sebenarnya kedai makan yang menjual pelbagai jenis makanan laut celup tepung di sepanjang jalan dari Pantai Rhu Sepuluh ke Pantai Penarek. Biasanya sesiapa yang lalu jalan pantai ni untuk ke Kuala Terengganu atau ke Kelantan mesti tak akan lepaskan peluang singgah makan di sini. Selain dapat melihat pantainya yang cantik dan bersih, boleh santai makan-makan di tepi pantai. Menarik kan?
Pembuatan Bot Tradisional, Kampung Telaga Papan
Melawat Rumah Botol, Kampung Penarek
Dari tahun 2005 sehingga sekarang, Tokki telah mengumpul lebih 7000 botol yang mempunyai ukiran dan bentuk yang berbeza. Banyak kan? Ainy sendiri masuk ke Rumah Botol ni pun kagum dengan koleksi botol yang Tokki ada.
Melawat Lokasi Penggambaran Filem Polis Evo di Kampung Mangkuk
Berdekatan dengan Rumah Botol ni, terdapat lokasi penggambaran filem Polis Evo yang dilakonkan oleh Zizan Razak. Dah alang-alang dekat je kan jadi Ainy dan kawan-kawan sempat singgah ke lokasi penggambaran filem ni. Siapa yang tengok mesti familiar dengan rumah ni. Rumah ni betul-betul menghadap pantai tau jadi kawasannya memang sangat mendamaikan. Mungkin inilah sebabnya Polis Evo memilih Kampung Mangkuk sebagai lokasi penggambaran filemnya.
Hari Kedua: Setiu Wetlands
Untuk hari kedua ni, Ainy berpakaian agak santai sebab banyak aktiviti outdoor antaranya;
Menyelusuri Sungai Penarek dari Laguna Setiu
Sepanjang menyelusuri Sungai Penarek ni Ainy dapat melihat sendiri ekosistem paya bakau di sini. Antara tempat yang Ainy singgah adalah Pulau Telaga Tujuh yang mana kat sini Ainy dikenalkan dengan Pokok Sarang Semut. Pokok ni dikatakan hanya menumpang di pokok nyireh sahaja dan namanya diberi sarang semut sebab pokok ni antara pokok yang sentiasa didatangi semut. Kemungkinan besar Pokok Sarang Semut ni hidup disebabkan oleh najis semut atau yang melibatkan semut. Menarik kan? Tanpa semut kemungkinan Pokok Sarang Semut ni akan mati.
Kalau di Pulau Telaga Tujuh, Ainy dikenalkan dengan Pokok Sarang Semut tapi di Pulau Layak pulak Ainy dikenalkan dengan Pokok Berus Mata Buaya. Pokok ni antara spesis pokok terancam dan hampir pupus tapi alhamdulillah berjaya survive dengan baik di Setiu Wetlands. Susah dah nak jumpa pokok ni di mana-mana tau.
Di Pulau Layak ni jugak Ainy berpeluang mencuba sendiri cara menangkap lokan. Haa lokan ni cuma boleh dijumpai di tanah bencah atau lembab dan cara nak menangkapnya pun mudah saja - kuis-kuis eh jumpa. Haha! Kat tanah bencah macamni memang banyak sangat lokan. Haa kalau nak makan, tak payah susah-susah nak beli dah. Tangkap saja sendiri!
Di Pulau Layak ni jugak Ainy berpeluang mencuba sendiri cara menangkap lokan. Haa lokan ni cuma boleh dijumpai di tanah bencah atau lembab dan cara nak menangkapnya pun mudah saja - kuis-kuis eh jumpa. Haha! Kat tanah bencah macamni memang banyak sangat lokan. Haa kalau nak makan, tak payah susah-susah nak beli dah. Tangkap saja sendiri!
Selepas tu Ainy ke Sangkar Ikan untuk mengambil pengalaman menangkap ikan. Selain tu, Ainy juga berpeluang makan oyster (tiram) yang fresh dari sungai. Bayangkanlah oyster tu diambil terus dari sungai dan dimakan dengan dua cara; makan macamtu saja atau makan dengan letakkan perahan asam limau. Tapi memandangkan ini pengalaman pertama Ainy nak makan oyster fresh ni kan jadi Ainy pilih untuk makan dengan perahan asam limau. Sedap rupanya oyster ni. Dulu rasa skeptikal sangat nak makan sebab duk bayangkan pelik-pelik dan rasanya pun mesti pelik-pelik. Tapi mainan perasaaan saja semua tu Ainy! Dah try sekali terus rasa nak try lagi. Sedap!
Balik dari Sangkar Ikan, Ainy dibawa pergi kawasan beting pasir untuk menangkap kepah. Haaa masa ni Ainy tak turun sebab Ainy pakai seluar yang tidak sesuai untuk masuk ke dalam sungai. Rugi betul rasa tapi takpelah lain kali inshaAllah boleh cuba lagi kan.
Mempelajari Flora & Fauna di Boardwalk Setiu
Bergambar di Setiu Weltlands Savannah (BRIS Forest), Kampung Pengkalan Gelap
Setiu Wetlands Savannah ni sebenarnya terletak di Kampung Pengkalan Gelap dan berada betul-betul di sebelah kanan jalan menuju ke Kuala Terengganu bagi laluan Jalan Pantai. Untuk lebih jelas lagi, Setiu Wetlands Savannah terletak berdekatan dengan Bazar Hasil Laut & Kraftangan, Kampung Pengkalan Gelap. Haa kalau anda lalu di sini, bolehlah singgah untuk bergambar. Ainy juga dimaklumkan yang tempat ni dah jadi tempat wedding photoshoot tau.
Membeli-belah di Bazar Hasil Laut & Kraftangan, Kampung Pengkalan Gelap
Singgah Bergambar di Jeti Nelayan Kampung Fikri
Hari Ketiga: Setiu Wetlands & Makan "Celup Tepung"
Untuk hari ketiga ni, Ainy dan kawan-kawan dijemput menyertai program bertajuk Sayangi Setiu Wetlands bersempena Sambutan Hari Tanah Bencah Sedunia 2020.
Sertai Program Sayangi Setiu Wetlands di Boardwalk Setiu
- Penanaman anak pokok bakau bersama pelajar sekolah
- Gotong royong bersama orang awam
- Perlepasan anak tuntung
- School talks
- Pertandingan mewarna dan banyak lagi.
Makan Celup Tepung di Mr. Celup Tepung Station
Selain ada udang celup tepung, kat Mr. Celup Tepung Station ni jugak ada jual ikan celup tepung, sotong celup tepung, keropok lekor dan pelbagai jenis masakan panas. Sambil makan, sambil layan view dan udara segar di tepi pantai ni. Haaa memang best!
Okay itu saja cerita Ainy selama 3 hari 2 malam di Setiu, Terengganu. Sebenarnya selain yang Ainy kongsikan di atas, ada banyakkkk lagi tempat-tempat menarik di Setiu, Terengganu yang anda boleh explore. Apa yang Ainy kongsikan ini cuma sebahagiannya sahaja. Ainy harap perkongsian Ainy ni bermanfaat buat anda yang sedang atau mahu merancang percutian di dalam Malaysia. Jadikan Setiu, Terengganu juga salah satu lokasi percutian anda yang sukakan nature dan suasana yang mendamaikan. Terima kasih kerana sudi membaca! Jumpa lagi di perkongsian seterusnya.
Assalamualaikum Sis Ainyyzain, jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.
ReplyDeleteHadiah RM200 (Seorang Pemenang)
1 x RM200
Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)
2 x RM100
Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)
14 x RM50
Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.
Very Helpful information for the general public
ReplyDeletewordpress
ufa88kh.blogspot
youtube
casino online real money
You managed to hit the nail upon the top and defined out the whole thing without having side
ReplyDeleteeffect , people could take a signal. Will probably be back to
get more. Thanks
english stories