Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2020

"Itinerary" 3 Hari 2 Malam di Setiu, Terengganu

Assalamualaikum semua. Untuk kali ni Ainy nak kongsikan kepada anda semua berkenaan percutian Ainy di Setiu, Terengganu. Bagi anda yang tak tahu, Ainy sendiri sebenarnya membesar di Setiu tapi secara jujurnya Ainy tak pernah berpeluang untuk explore Setiu dan Terengganu secara keseluruhannya sebab habis saja belajar Ainy merantau ke Johor Bahru. Jadi bila Ainy terima jemputan dari Tourism Terengganu untuk mempromosikan Setiu, Ainy excited sangat dan tanpa fikir panjang terus bersetuju. Pada Ainy, inilah masanya untuk Ainy mengenali daerah Ainy membesar ni dengan lebih mendalam. Jadi entry kali ni Ainy nak kongsikan kepada anda tentang tempat-tempat menarik di Setiu, Terengganu yang anda boleh lawati. Ainy ceritakan dari sudut pengalaman Ainy sendiri selama 3 hari 2 malam di Setiu, Terengganu. Haa senang sikit anda nak plan for your next trip ke sini kan? Okay jom mula!