Skip to main content

"Itinerary" 4 Hari 3 Malam di Pulau Jeju, Korea Selatan


Walaupun trip ke Pulau Jeju ni dah berlalu lebih 10 bulan tapi kenangan Ainy sepanjang meneroka ke sini masih segar dalam ingatan. Ini adalah pertama kali Ainy menjejakkan kaki ke Korea Selatan dan Pulau Jeju atau juga dikenali sebagai Jejudo ni jadi pilihan Ainy sebab Ainy suka tempatnya yang mempunyai alam semulajadi yang cantik. Ainy memang reccomend sesiapa yang sukakan nature untuk ke sini. Di bawah nanti Ainy kongsikan itinerari Ainy selama 4 hari 3 malam di Pulau Jeju. Moga bermanfaat!

Penerbangan Dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Jeju, Korea


Kalau dulu lah kan, untuk ke Pulau Jeju kita semua perlu transit di Seoul tapi sekarang tidak lagi sebab AirAsia  X dah bukak route terus ke Pulau Jeju dari Kuala Lumpur, Malaysia. Lagi senang dan cepat sampai. Jimat pun jimat tau sebab kita tak perlu lagi nak ambil flight domestic ke Pulau Jeju dari Seoul. Haa jimat duit poket!


Penerbangan ke Pulau Jeju ni ambil masa lebih kurang 6 jam perjalanan. Boleh bayangkan tak 6 jam duduk dalam flight? Memang kerja tidur jelah Ainy dalam flight masa tu. Biasanya untuk penerbangan yang lama macamni Ainy akan ambil seat di zon "senyap" sebab nak tidur dengan tenang. Kebetulan di zon Ainy masa tu tak ramai orang jadi lagi lenalah Ainy tidur. Haha! Ainy ambil flight pagi dan dijangka sampai ke Pulau Jeju pukul3 petang (waktu tempatan Jeju) dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan Ainy sampai ke Pulau Jeju seperti yang dijadualkan.

Actually benda pertama yang semua traveller akan fikirkan bila touchdown di mana-mana negara percutian adalah wifi. Haha! Serius wifi ni jadi benda pertama dan terpenting perlu ada bila travel. Ainy memang dah standby bawak poket wifi siap-siap dari Kuala Lumpur dan poket wifi pilihan Ainy adalah dari Roaming Man. Tak silap Ainy untuk sewa poket wifi dari Roaming Man untuk ke negara Korea Selatan ni cuma RM12/hari. Kalau pergi 4 hari baru RM48 kan? Jimat!

Hari Pertama: Pulau Jeju, Korea Selatan



Sampai saja di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju, Ainy bersiap-siap untuk pergi ambil kereta sewa. Kereta sewa ni Ainy memang dah book dah dari Kuala Lumpur jadi sampai saja di Pulau Jeju, Ainy cuma ikut direction yang diberikan untuk ke tempat ambil kereta.

Tips! Untuk yang memandu sendiri di luar negara, disarankan untuk mohon permit memandu kereta luar negara dulu di Malaysia. Boleh rujuk SINI untuk cara-cara mohon permit tu okay!

Hari Kedua: Seongsan Ilchulbong - Manjanggul Cave - Jeju Folk Village


Untuk hari kedua, memandangkan Ainy keluar awal untuk mulakan tour jadi Ainy sarapan makanan yang Ainy bawak dari Malaysia. Ainy bawak roti, maggie, coklat dari Malaysia untuk bekal bila-bila lapar. Haha! Orang yang jenis cepat lapar macam Ainy memang kena standby ini semua untuk waktu-waktu emergency.

Daki Seongsan Ilchulbong untuk Lihat Pulau Jeju Dari Jarak yang Tinggi



Jarak dari hotel Ainy untuk ke Seongsan Ilchulbong ni lebih kurang dalam 1 jam lebih. Jauh! Sebab tu Ainy keluar awal jadi sampai sana tak adalah lambat sangat kan? Seongsan Ilchulbong ni sebenarnya digelar sebagai sunrise peak jadi kalau pergi lagi awal lagi bagus sebenarnya sebab boleh tengok sunrise dari puncak.


Untuk anda yang tak tahu, Seongsan Ilchulbong ni terjadi dari letusan gunung berapi yang berlaku beberapa ribu tahun dulu dan telah diiktiraf sebagai warisan budaya UNESCO. Haa kalau dah diiktiraf sebagai warisan budaya UNESCO memanglah jadi tempat tarikan yang wajib anda pergi.


Sampai saja di sini, Ainy mulakan pendakian untuk ke puncak. Tapi Ainy daki santai-santai saja sambil layan view kiri kanan yang cantik. Tapi track pendakian di sini lebih mudah sebenarnya dari trip Ainy ke Bromo dan Ijen sebelum ni sebab kat sini Ainy cuma panjat tangga yang disediakan. Tangga pun elok je tersusun cantik jadi lebih mudah nak mendaki. Tapi untuk yang tak biasa hiking macam Ainy memang terasa mencabar jugaklah. Tak silap Ainy untuk naik dan turun dari Seongsan Ilchulbong peak ni ambil masa dalam 1 jam lebih. Takpe santai-santai saja sambil layan view! Bila sampai di puncak, confirm hilang segala penat tadi sebab view dari atas jauh lebih cantik sebab Ainy disajikan dengan keseluruhan Pulau Jeju tau.

Tips! Kalau anda ada plan nak hiking, Ainy sarankan pakai kasut dan pakaian yang bersesuaian. Obviously kasut atau selipar yang bertumit memang tak digalakkan sebab risau nanti belum sampai atas, anda dah berkaki ayam. Haha! Standby jugak air mineral sepanjang pendakian okay!

Teroka Kesan Lava Letusan Gunung Berapi di Manjanggul Cave



Manjanggul Cave ni antara salah satu gua lava paling menarik di dunia yang terbentuk sejak 2.5 juta tahun dulu. Lama kan? Masa tu nenek moyang kita pun belum lahir lagi. Lorong di dalam Manjanggul Cave ni terbentuk dari lava letusan gunung berapi dan lorong ni sebenarnya panjang sangat. Tapi lorong Manjanggul Cave ni cuma dibuka dalam 1km saja dari luar kepada pelawat. Kenapa? Yang tu Ainy tak pasti lol!


Untuk masuk ke Manjanggul Cave ni, Ainy cuma dibekalkan cahaya melalui lampu-lampu di dinding gua. Gelap jugaklah sebab bergantung pada lampu di dinding je. Jadi Ainy guna torchlight dari handphone untuk tengok kesan lava pada dinding-dinding gua dengan lebih jelas.

Tips! Ainy sarankan untuk anda yang nak masuk ke Manjanggul Cave ni untuk standby baju sejuk sebab suhu di dalam gua ni rendah dan sejuk. Lepastu pakai kasut yang bersesuaian sebab laluan lorong dalam gua ni tak rata tau. Risau jatuh nanti!

Rasai Suasana Perkampungan Tradisional Korea di Jeju Folk Village



Buat sesiapa yang pernah tengok drama Korea bertajuk Jewel in The Palace mesti familiar dengan suasana perkampungan di Jeju Folk Village ni. Di sinilah sebenarnya tempat penggambaran drama Jewel in The Palace dan sekarang dah jadi sebagai tempat lawatan pengunjung. Tak silap Ainy, kat sini ada 117 bangunan yang dibangunkan untuk menggambarkan 5 tema suasana perkampungan di Jeju pada tahun 1890.


Dari pintu gerbang untuk masuk ke Jeju Folk Village ni, anda akan didengarkan dengan lagu tradisional Jeju. Memang betul-betul buat Ainy rasa seperti berada di tahun 1890. Dengan senibina bangunannya, fasiliti yang disediakan, peralatan yang digunakan dibina exactly bagaimana perkampungan tradisional dulu. Memang feel lain macamlah bila masuk sini. Kalau anda dah tengok drama Jewel in The Palace lagilah dapat feel dan tengok sendiri tempat-tempat penggambaran drama tu.


Tips! Haa buat anda yang masuk ke Jeju Folk Village ni, Ainy sarankan untuk refer peta yang disediakan. Kalau tak ikut peta, kemungkinan anda akan skip beberapa tempat dalam ni yang mana tiap satu tempat tu ada keunikannya yang tersendiri. Nanti rugila tak dapat explore semua kan?

Hari Ketiga: Jusangjeolli Cliff - Jeongbang Waterfall - Dongmun Market


Untuk hari ketiga ni, Ainy ambil peluang yang ada untuk tadabbur alam dan tempat-tempat yang menarik di Pulau Jeju. Seperti biasa Ainy sarapan di bilik hotel je dengan makanan yang Ainy bawak dari Malaysia. Selepas dah kenyang barulah dapat jalan-jalan dengan tenang kan?

Lihat Matari Terbit di Jusangjeolli Cliff



Menurut apa yang Ainy baca, Jusangjeolli Cliff ni terbentuk dari lava ketika Gunung Hallasan masih aktif lagi. Kiranya dah lama dah la. Lepastu cecair lava yang keluar dari Gunung Hallasan yang meletus ni mengalir ke dalam laut. Tapi sebaik saja lava ni menyentuh air laut yang sejuk, ia menjadi beku dan mengeras. Jadi terhasillah cliff yang berbentuk seperti heksagon yang unik ini. Haa itulah cerita disebalik macamana Jusangjeolli Cliff ni terhasil.


Tapi the best part yang Ainy paling suka sebab view waktu pagi di sini memang cantik. Ainy dapat tengok laut yang membiru dan matahari yang memancar terang. Kat sini ada disediakan seperti jambatan untuk ambil gambar dengan batu-batu yang berbentuk heksagon dengan jarak yang lebih dekat. Dari sini jugak Ainy dapat tengok Pulau Jeju yang cantik dari sisi yang lain.

Tips! Ainy cadangkan anda datang waktu pagi sebab waktu pagi kebiasaannya tak ramai orang. Ainy terpacak kat sini sebelum kaunter bukak lagi jadi bila kaunter bukak saja, Ainy orang pertama yang masuk dan berpeluang bergambar dengan sepuasnya tanpa gangguan lol!

Melihat Keindahan Jeongbang Waterfall



Jeongbang Waterfall yang terletak di Seongwipo City ni antara air terjun pertama di Asia yang terus terjun mengalir ke laut. Boleh bayangkan tak macamana?

Ada 2 cara untuk melihat Jeongbang Waterfall ini samada anda berdiri di ruang pemerhatian yang disediakan ataupun boleh jugak turun tangga ke bawah untuk melihat sendiri dengan jarak yang lebih dekat. Tapi hati-hati sebab untuk sampai dan berdiri betul-betul di depan air terjun, Ainy kena lalui jalan yang berbatu.


Tips! Untuk anda yang nak tengok Jeongbang Waterfall dengan jarak yang dekat, make sure pakai kasut yang bersesuaian okay! Dan please bawak barang yang berharga dan kamera untuk bergambar saja. Barang-barang lain tinggalkan je dulu dalam kereta supaya memudahkan perjalanan anda untuk lalui kawasan yang berbatu-batu. Mana nak jaga diri, nak jaga barang-barang lain lagi kan? Ainy hampir tertinggal barang kat sana masa ni tau sebab terlalu banyak barang di kiri-kanan yang nak kena jaga.

Shopping di Dongmun Market



Dongmun Market ni adalah pasar terbesar dan tertua di Pulau Jeju. Ada banyak gate untuk masuk ke Dongmun Market ni, Ainy pun kadang tersesat disebabkan tempatnya yang sangat besar dan luas. Kat sini dia combine sekali tau antara street market, night market, traditional market dan seafood market. Kiranya nak cari apa, ha semua ada kat sini. Nak cari seafood yang segar dan kedai makan seafood yang sedap pun ada! Nak cari barang makanan kering pun ada! Nak cari cenderahati dan makanan tradisional Jeju pun ada! Pendek kata semuanya ada tau tapi kalau duit tak ada, apalah gunanya lol!


Tips! Untuk beli-belah kat sini, sama jugak macam beli-belah di Malaysia; kena pandai tawar-menawar dan compare harga. Kadang kedai sini jual harga lain, kedai sana pulak jual harga lain. Jadi kena pandai compare harga tau! Ainy sarankan pusing dulu 1 round sambil buat survey. Nanti yang 2nd round baru beli.

Hari Keempat: Dongmun Market - Selamat Tinggal Pulau Jeju, Korea Selatan


Untuk hari terakhir ni, awal pagi lagi Ainy dah standby untuk check-out. Jadi lepasni boleh sambung shopping lagi mana yang belum sempat beli. Kebetulan flight Ainy balik ke Kuala Lumpur dalam pukul1 petang jadi memang kena keluar awal supaya tak terlambat untuk ke airport.

Jadual Ainy semasa di Pulau Jeju tidaklah terlalu padat sebenarnya. Ada banyak lagi tempat-tempat menarik di sana yang Ainy tak sempat nak explore. Maybe Ainy kena spend masa lebih sikit untuk explore banyak tempat (next time!). By the way terima kasih kerana sudi membaca.

Comments

  1. Alaaa jelesnya bila baca entri ni! Teringin sangat ke Jeju, Korea so hopefully one day tercapailah hajat ke sini. Nanti boleh buat entri akak ni as rujukan masa kat sana kan. Hihi. Btw lawalah gambar-gambar!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Percutian ke Pulau Kapas, Terengganu yang Penuh Dengan Aktiviti Menarik

Baru-baru ni Ainy dan kawan-kawan berpeluang bercuti ke Pulau Kapas. Kalau anda nak tahu, Ainy ni jenis suka dengan apa saja jenis pulau dan pantai. Suka sangat! Tapi yang tak suka bila balik dari pulau atau pantai ni mesti kulit sunburn teruk. Grrhhh! Tapi tak pernah serik pun sebab tu bila kawan-kawan ajak ke Pulau Kapas ni, Ainy tak menolak malah excited!

Borneo Natural Sukau Bilit Resort, Sabah antara Lokasi Percutian yang Sesuai Buat Pencinta Alam

Baru-baru ni Ainy berpeluang bercuti ke Sabah dan Ainy dan kawan-kawan pilih untuk ke Sukau, Sabah. Untuk anda yang tak tahu, percutian Ainy ke Sukau, Sabah agak berbeza dari percutian Ainy yang biasa sebab kali ni Ainy lebih pada bercuti untuk connect dengan nature. Dah macam kira percutian; back to nature dah tau. Untuk percutian ni, Ainy dan kawan-kawan pilih untuk menginap di Borneo Natural Sukau Bilit Resort, Sabah. Bila Google nama resort ni, anda akan jumpa gambar resort dia yang cantik dan unik. Sebab tulah Ainy dan kawan-kawan pilih resort ni dari resort-resort yang lain. Okay jom baca kisah Ainy kat bawah ni sepanjang kat sana okay.

Aspiro Tawar Perkhidmatan Perniagaan Global Pertama di Malaysia

Baru-baru ni Ainy menyertai pelancaran "Aspiro Global Business Services Centre" dan apa yang menariknya tentang Aspiro ni rupanya diorang adalah Pusat Perkhidmatan Perniagaan Global Pertama di Malaysia. Aspiro yang berstatus MSC ini memilih Malaysia untuk dijadikan sebagai headquaters menawarkan khidmat terbaik dalam pengurusan sumber manusia, teknologi maklumat, akaun dan kewangan kepada lebih 80,000 pengguna yang mempunyai perniagaan di Indonesia dan China.