Penerbangan Dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Yogyakarta, Indonesia
Untuk trip kali ni, Ainy menggunakan penerbangan tambang murah AirAsia. Tak silap Ainy untuk ke Yogyakarta, Indonesia dari Kuala Lumpur, Malaysia, AirAsia ada buka 2 route untuk 1 hari iaitu pagi dan petang. Tapi Ainy pilih pulak ambil flight petang jadi sempatlah Ainy makan tengahari dulu di Kuala Lumpur. Jimat!
Hari Pertama: Yogyakarta, Indonesia
Untuk perjalanan dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Yogyakarta, Indonesia cuma ambil masa lebih kurang dalam 2 jam 30 minit perjalanan. Ainy dan kawan-kawan ambil flight AirAsia direct ke Lapangan Terbang Antarabangsa Yogyakarta. Setiap hari AirAsia ada menyediakan 2 jadual penerbangan ke Yogyakarta, jadi anda boleh pilih samada nak ambil flight pagi atau petang. Ainy pula pilih flight petang.
Makan Malam Romantis di Rama Sinta Garden Resto
Sampai saja di lapangan terbang Yogyakarta, Ainy dan kawan-kawan disambut mesra oleh wakil dari Ministry of Tourism Indonesia. Selepas menunggu beberapa rakan media, blogger dari Indonesia dan Thailand, kami bertolak pergi makan malam di Rama Sinta Garden Resto. Apa yang menariknya dengan restoran ni sebab ianya berlatar belakangkan Candi Prambanan. Makan sambil layan view Candi Prambanan waktu malam memang best. Tempat ni sebenarnya sesuai untuk sesiapa yang nak buat majlis makan malam romantis bersama tersayang. Makanan pun sedap-sedap tau!
Hari Kedua: Prambanan - Teroka Gunung Kidul
Memandangkan semalam aktiviti kami agak santai jadi harini kami disediakan dengan aktiviti yang sangat padat. Bayangkan untuk 1 hari kami lakukan 3 aktiviti yang mencabar. Fuh!
Explore Kuih Hindu Tercantik di Asia Tenggara, Candi Prambanan
Tak silap Ainy lah kan jarak dari hotel ke Candi Prambanan ni dalam 20 minit saja. Bila sampai perghh besar jugak rupanya Candi Prambanan ni, patutlah jadi kuil Hindu terbesar di Indonesia. Ainy ambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit hanya untuk teroka dan bergambar di sini. Ukiran pada tiap dinding kuil ini pun unik tau!
Harga tiket masuk: IDR 520,000 termasuk pakej masuk ke Candi Borobudur
Tubing di Goa Pindul
Sebelum tubing, Ainy kena salin baju dulu di tempat yang disediakan. Lepastu Ainy kena naik lori beramai-ramai menuju ke tepi gua dan setiap seorang diarahkan untuk ambil tube masing-masing. Bayangkanlah kami galas tube besar tu sorang satu sambil turun tangga ke tepi Goa Pindul.
Aktiviti ni walaupun nampak macam ekstrem kena tubing menyelurusi Goa Pindul tapi sebenarnya antara aktiviti paling best! Kami cuma perlu duduk di atas tube tu dalam keadaan berbaring dan akan ada yang lead dari depan, tengah dan belakang untuk memastikan kami terjaga dengan baik. Sepanjang tubing tu, akan ada yang menceritakan sejarah Goa Pindul. Goa Pindul ni memang gelap tau. Bila sampai di hujung dan sebelum keluar dari pintu keluar Goa Pindul, kami dibenarkan turun dari tube untuk bergambar, mandi-manda dan buat terjun-tiruk. Haa yang ni Ainy tak buatlaaa, Ainy tengok je dari atas.
Harga tiket masuk: IDR 150,000 termasuk sewa jaket keselamatan dan tube.
Naik Gondola Kayu di Pantai Timang
Tapi sampai saja di Pantai Timang, hilang segala sakit pinggang dan kepala sebab view di Pantai Timang subhanallah cantik sangat. Di seberang laut tu ada 1 batu besar yang seakan pulau kecil tau dan untuk pergi ke pulau tu, Ainy kena naik gondola kayu berwarna kuning ni. Masa awal-awal nak naik tu terasa jugaklah seramnya sebab angin dan ombak kat sini kuat jadi masa naik gondola tu memang akan terkena percikan air ombak. Ha standbylaa bawak baju ya kot-kotlaaa basah lencun ke baju tu.
Harga tiket masuk:-
Sewa Jeep: IDR 350,000 untuk 4 orang termasuk pemandu
Gondola Kayu: IDR 200,000 seorang
Jambatan Gantung: IDR 150,000 seorang
Makan Malam di Maglung Bukit Bintang
Dalam perjalanan pulang dari Pantai Timang, kami singgah makan malam di restoran tempatan di Maglung Bukit Bintang. Masa kami sampai ni hujan lebat jadi tak banyak gambar dapat snap kat sini tapi makanan semuanya sedap-sedap. Ainy dan makanan mana boleh berpisah! Haha. Selepas dah kenyang, kami balik semula ke hotel untuk bersihkan diri dan berehat. Alhamdulillah selesai lawatan untuk hari kedua. Walaupun penat tapi menyeronokkan!
Hari Ketiga: Lawatan Home Industry - Istana Sultan
Untuk hari ketiga ni, Ainy check-out siap-siap hotel pagi sebelum memulakan tour sebab selepas ni kitorang akan check-in ke hotel yang lain pulak. Jadi selepas sarapan, pack barang dan check-out.
Belajar Buat Pasu di Dalam Bengkel Kasongan Keramik
Belajar Ukir Batik di Dalam Bengkel Pembuatan Batik
Melawat Kraton Sultan Yogya
Tiket masuk: IDR 100,000 seorang
Waktu melawat: 8.30 pagi - 12.30 tengahari (Ahad - Khamis) & 8.30 pagi- 11.00 pagi (Jumaat - Sabtu)
Melawat Istana Air Taman Sari
Tiket masuk: IDR 15,000 seorang
Membeli-belah di Jalan Malioboro
Makan Malam di Pelem Golek Restaurant
Selepas dah penat berjalan, Ainy dibawa makan malam di Pelem Golek Restaurant. View dari restoran ni pun lawa tau dan makanan pun sedap-sedap. Selepas dah makan malam, Ainy bertolak ke Bandar Mangelang untuk check-in hotel di Plataran Heritage Borobudur. Sampai saja di hotel, terus tidur tau sebab terlampau penat.
Hari Keempat: Borobudur - Gereja Ayam - Merapi Lava Tour
Untuk hari keempat ni, Ainy bangun seawal pukul 4 pagi. Masa ni cuaca masih gelap dan ramai orang masih diulik mimpi. Haha! Tapi kami gigih bangun awal sebab nak pergi tengok sunrise di Candi Borobudur.
Tengok Matahari Terbit di Candi Borobudur
Semasa pergi ke Candi Borobudur ni, Ainy dibekalkan dengan torchlight sebab waktu kitorang sampai suasana di Candi Borobudur masih gelap. Ainy memang cadangkan sesiapa yang ke Yogyakarta untuk pergi ke sini. Walaupun tiket masuknya agak mahal tapi berbaloi sebab Candi Borobudur ni antara kuil Hindu terbesar di dunia tau. Jadi boleh bayangkan tak macamana besarnya Candi Borobudur ni?
Masa Ainy sampai sini, Ainy tak dapat tengok sunrise sebab kabus tebal sangat. Jadi peluang yang ada tu Ainy ambil gambar banyak-banyak. Tapi kalau cuaca baik, sebenarnya dari atas Candi Borobudur ni lawa sangat dan boleh nampak awan yang sangat cantik.
Tiket masuk:-
Candi Borobudur: IDR 450,000 seorang termasuk pakej masuk Candi Prambanan
Pakej Sunrise: IDR 450,000 seorang termasuk snek pagi dan lampu suluh.
Melawat Gereja Ayam
Di dalam Gereja Ayam ni ada kedai makan jual pelbagai jenis makanan bergoreng. Sempatlah Ainy dan kawan-kawan minum dan makan santai kat dalam ni.
Tiket masuk: IDR 30,000 seorang termasuk snek.
Naik Jeep Pusing Kawasan Gunung Merapi
Lepastu Ainy pergi melawat Batu Alien berdekatan dengan Gunung Merapi. Batu Alien ni dikatakan keluar dari perut Gunung Merapi semasa kejadian letusan tau. Rupa batu ni yang seakan alien yang menyebabkan ianya digelar sebagai Batu Alien oleh penduduk sana.
Sepanjang tour Gunung Merapi ni, kami naik jeep beramai-ramai tau. Sebelum balik, kitorang dibawa naik jeep offroad menyelusuri sungai. Best giler! Bayangkanlah pemandu jeep tu bawak jeep dengan kelajuan yang maksima sambil menyelusuri air sungai. Nasib baik kami dibekalkan dengan baju hujan jadi tak adalah basah sangat. Serius ini adalah moment yang paling best untuk Ainy. Lepastu kitorang mintak diorang buat pusingan kedua sebab seronok. Haha.
Tiket masuk: IDR 450,000 untuk sebuah jeep.
Makan Malam Terakhir di Yogyakarta / Majlis Perpisahan
Untuk makan malam terakhir ni jadi suasana yang paling sedih. Iyalah malam ni adalah malam terakhir kami makan malam bersama dan ada sesi perkongsian pendapat dan luahan dari semua peserta. Bayangkan selama 4 hari kami jalan sama-sama lepastu dah nak berpisah dah. Moga Allah jaga mereka semua walau dimana mereka berada. Amin.
Hari Kelima: Selamat Tinggal Yogyakarta, Indonesia
Hari terakhir ni kami banyak buat aktiviti free & easy sebab flight balik Kuala Lumpur pada pukul 11.45 pagi (waktu tempatan Indonesia). Sedihnya dah nak tinggalkan kawan-kawan baru dari Thailand & Indonesia. InshaAllah moga berjumpa lagi.
Terima kasih Ministry of Tourism Indonesia untuk jemputan dan jaga Ainy dengan baik sepanjang trip. Moga perkongsian Ainy berkenaan dengan Itinerari 5 Hari 4 Malam di Yogyakarta, Indonesia ni memberi manfaat kepada sesiapa yang bercadang untuk ke sana.
Comments
Post a Comment