Masalah Bawah Mata Berkurang Dalam Tempoh 60 Saat Hanya Dengan Sapuan Pertama

by - 4:31 PM


Assalamualaikum semua. Lamanya rasa Ainy tak update apa-apa kat blog ni. Kebetuan hari ni ada masa sikit jadi Ainy nak kongsikan dengan awak semua 1 produk yang best yang Ainy tengah pakai sekarang. Maklumlah Ainy pun dah nak masuk 30 tahun dah tahun ni jadi dah tiba masanya untuk Ainy jaga mana yang perlu dijaga. Tapi yang paling ketara Ainy nampak sekarang adalah eyebag dan kedutan bawah mata. Macam ada garis-garis halus bawah mata tiap kali Ainy senyum. Serius rasa tak selesa!

Perasan tak dalam banyak-banyak penjagaan diri, pada Ainy penjagaan keliling dan bawah mata antara yang paling payah sekali. Siapa setuju? Sebab kawasan ini antara kawasan yang sensitif dan paling cepat berlaku penuaan. Bila Ainy di usia 30 tahun nilah baru Ainy terfikir untuk jaga bahagian bawah mata ni. Sebelum ni tak ambil tahu sangat pun.



Baru-baru ni masa Ainy buat monthly treatment kat Estetika Medispa, Ainy tanya dengan beautician kat situ produk apa yang sesuai untuk hilangkan eyebag dan kedut bawah mata. Dia cadangkan Ainy pakai 1 produk ni tau dan produk tu rupanya ada dijual di tempat diorang - Wrinkless Estetika. Sekarang ni dah lebih seminggu Ainy amalkan sapu Wrinkless Estetika ni di bawah mata dan jujurnya Ainy suka dengan hasilnya walaupun belum sepenuhnya baik tapi kedutan bawah Ainy ni nampak berkurang dari sebelumnya. Eyebag pun nampak berkurang jugak tau. Happynyaaa!

Punca masalah bawah mata?

Okay sebelum Ainy cerita lanjut berkenaan dengan produk Wrinkless Estetika ni, Ainy nak bagitahu dulu punca-punca terjadinya eyebag dan masalah lain di bahagian bawah mata. Haa yang ni ramai orang terlepas pandang termasuklah Ainy. Bila kita tahu punca jadi lepasni kita akan lebih berhati-hati betul tak?

  1. Kurang tidur. Ha yang ni Ainy akui yang Ainy punya waktu tidur tak menentu. Kadang awal, kadang lambat. Kadang tu cuma sempat tidur 3-4 jam saja sehari. Kurang tidur ni sebenarnya buatkan mata kita jadi lemah dan lesu maka terjadilah masalah bawah mata seperti kedutan dan eyebag.
  2. Kerap menangis. Rupanya dari keadaan emosi yang tak stabil juga boleh menyebabkan berlakunya masalah bawah mata. Yerlah bila emosi tak stabil, kita akan berada dalam keadaan murung dan bersedih. Jadi dengan kerap menangis ni sebenarnya bagi kesan tak baik pada bawah mata kita.
  3. Keturunan. Yang ni untuk sesiapa yang ada keturun yang matanya seakan cengkung dan tak bermaya. Sebenarnya ini normal tau untuk mereka sebab itu adalah dari turun-temurun.
  4. Alahan. Alahan juga sebenarnya boleh terjadinya eyebag dan masalah lain bawah mata. Yang ini Ainy sarankan anda bberjumpa doktor untuk buat pemeriksaan alahan. Lain orang lain alahannya dan alhamdulillah Ainy tiada alahan langsung dengan makanan, ubat dan lain-lain.
Cara sapu Wrinkless Estetika?

credit photo from google.com

Bahagian bawah mata antara yang paling sensitif sekali di antara bahagian muka yang lain jadi sapuan krim Wrinkless Estetika pun kenalah dengan cara yang betul. Jadi untuk sapu Wrinkless Estetika ni, Ainy cuma dap-dap je krim ni kat bawah mata. Lepastu Ainy gunakan salah satu jari Ainy untuk buat urutan dari bawah mata yang bahagian tepi hidung ke penghujung mata berulang-ulang (seperti gambar di atas) sehingga krim tu terserap dengan baik. Tapi urutan ni tak boleh kuat tau, kena buat dengan lembut je.



Lepastu Ainy jugak akan sapu dan urut keliling mata Ainy dan bahagian tepi mata sebab kat situlah garis-garis halus paling ketara berkumpul. InshaAllah dengan urutan lembut ni akan bantu kurangkan kedutan, garis halus dan eyebag tu perlahan-lahan.

Waktu sesuai pakai Wrinkless Estetika?


Sepanjang Ainy pakai Wrinkless Estetika ni, Ainy amalkan pakai sehari sebanyak 2 kali - pagi dan malam. Kadang kalau Ainy rushing nak keluar pergi kerja, Ainy cuma pakai waktu malam je. Lepastu Ainy pakai Wrinkless Estetika ni sebagai produk terakhir selepas pakai toner dan moisturiser. Haa lepastu barulah Ainy pakai Wrinkless Estetika ni. Nak nampak kesan lebih baik dan Wrinkless Estetika tu bekerja dengan lebih cepat, Ainy amalkan sapu sebelum tidur. Masa kita tidur sebenarnya adalah masa yang sangat sesuai untuk tiap sapuan tu bertindakbalas tau. Haa jadi untuk malam, Ainy sarankan pakai tiap-tiap hari untuk nampak kesan lebih cepat.

Hasil pakai Wrinkless Estetika?


Hasil minima yang Ainy boleh nampak hasil pakai Wrinkless Estetika ni dalam tempoh 60 saat selepas sapuan. Cepat kan? Tapi ini cuma hasil dan kesan paling minima kalau anda gunakan cara sapuan yang Ainy terangkan kat atas. Tapi pakailah apa-apa produk pun, untuk nampak kesan dengan cepat kenalah konsisten. Paling kurang cuba amalkan sapu sehari sekali sehinggalah produk tu sebati elok dengan diri kita. InshaAllah dengan sapuan yang konsisten, cara sapuan yang betul, masalah bawah mata akan hilang perlahan-lahan.

Bagi anda yang nak cuba Wrinkless Estetika ni, boleh dapatkan dari Estetika Medispa. Info Estetika Medispa Ainy letak kat bawah ni ya.

ESTETIKA MEDISPA
017-209 0566

You May Also Like

0 comments