8 Rutin Wajib Tiap Kali Menyambut Hari Raya Aidilfitri

by - 11:46 AM


Assalamualaikum. Ainy nak ucapkan selamat hari raya kepada semua. Yah Ainy tahu Ainy dah terlambat seminggu lebih dah wish selamat hari raya tapi better late than never kan? So macamana dengan Ramadhan dan permulaan Syawal, okay ke? Ainy sama juga seperti tahun-tahun sebelumnya, berpuasa sorang-sorang di perantauan. Sobs! Walau jauh dari keluarga, Ainy harap kita semua dapat manfaatkan Ramadhan dengan baik di mana saja kita berada okay. Ramadhan kan setahun saja sekali jadi inilah peluangnya nak rebut seberapa banyak pahala dan moga Allah terima amalan kita semua. Amin.


Untuk cuti hari raya haritu, Ainy balik kampung 2 hari awal sebelum masuknya Syawal. Jadi sempatlah juga Ainy ambil peluang 2 hari tu untuk bersahur dan berbuka puasa dengan keluarga di kampung. Seronok hari-hari makan masakan yang dimasak sendiri lepastu makan pulak beramai-ramai 1 keluarga - makin beronok-ronoklah jadinya. Memandangkan kita masih dalam mood hari raya, Ainy nak kongsikan rutin wajib Ainy bila tiba Hari Raya Aidilfitri. Ini apa yang Ainy sendiri buatlah kan dan Ainy yakin ramai juga daripada anda semua yang mempunyai rutin yang sama dengan Ainy so here we go.

1) Kemas rumah di malam raya


Haaa yang ni Ainy yakin ramai di antara kita yang sibuk mengemas rumah di malam raya. Masa nilah nak pasang langsir baru, nak pasang pelita keliling rumah, nak pasang sarung kusyen, bentang karpet dan sebagainya. Ainy pun tak terkecuali tau dan kebiasaannya malam raya kami sekeliuarga akan bergotong-royong kemas rumah. Meriah lah rumah masa ni tau! Tangan dan mulut sama laju je masing-masing bila buat kerja.

Part paling best sekali bila sesi mengemas ni adalah part nak susun-susun kuih raya dalam balang. Biasanya Ainy yang akan ambil bahagian dalam bab susun-susun kuih ni sebab bolehlah sambil menyusun sambil makan sekali. Haha! Orang kata buat lepas teringin. Kan dah raya! 

2) Masak menu raya di malam raya



Tiap tahun biasanya Ainy dan Ma akan masuk dapur untuk masak menu raya pada malam raya. Itu memang dah jadi rutin wajib kami tiap kali raya. Tapi tahun ni memandangkan Ainy yang lead bahagian dapur untuk masak menu raya jadi Ainy ubah rutin tahunan tu. Haa tahun ni lepas solat Asar sehari sebelum raya tu Ainy dah standby kat dapur dah untuk memasak. Punyalah awal!

Ainy saja masak awal sebab nanti masing-masing boleh tidur awal. Kalau ikut rekod tahun-tahun sebelumnya, mana yang ambil bahagian masak memasak tu akan tidur jam 3-4 pagi. Setiap tahun tau macamtu! Jadi tahun ni Ainy nak Ainy sendiri dan Ma rehat dengan cukup sebab hari raya pertama Ainy dan Ma memang duduk rumah layan tetamu yang datang. Masa tu Ainy dan Ma nak rehat pun tak sempat dah tau sebab ramai orang datang. Nasib baik dah tidur cukup malam raya tu.

3) Makan beramai-ramai sebelum solat sunat hari raya



Ini jugak sebenarnya salah satu rutin wajib Ainy sekeluarga. Sebelum masing-masing pergi solat sunat hari raya, Ma akan pastikan anak, menantu dan cucu makan dulu di rumah. Kadang bila ada yang bersiap lambat, Ma akan datang bawak pinggan untuk suap anak menantu makan. Ma Ainy ni memang dari Ainy kecil macamni tau. Dia sangat menjaga perut anak-anak. Kadang kami adik beradik sibuk nak pergi kerja tak sempat makan pun, dia akan make sure dia suap kami makan atau bekalkan makanan dari rumah.

Jadi bila hari raya ni pun Ma masih jadi Ma yang sama seperti hari-hari lainnya. Tapi Ainy suka sebab masa makan beramai-ramai nilah macam-macam topik yang keluar. Sempatlah jugak borak pasal plan nak pergi beraya rumah siapa hari raya pertama, kedua dan seterusnya. 

4) Solat sunat hari raya


Tahun ni Ainy tak berpeluang untuk solat sunat hari raya di masjid sebab "Allah bagi cuti". Jadi Ainy seorang sajalah yang kena tinggal di rumah pagi raya tu masa semua keluarga yang lain pergi masjid. Masa tulah Ainy ambil peluang nak bersiap, nak prepare makanan atas meja untuk tetamu dan lain-lain.

Tapi kalau tahun-tahun yang Ainy boleh solat, inshaAllah memang akan usahakan diri pergi solat sunat hari raya di masjid. Itu moment paling best tau bila dengar bunyi takbir dan khutbah raya. Lepastu dapat jumpa jiran-jiran di masjid yang dah lama tak jumpa. Bestlaaa! Ainy harap next year Ainy berpeluang untuk solat sunat hari raya di masjid. Doakan ya!

5) Salam bermaaf-maafan di pagi raya



Lepas balik dari solat sunat hari raya dan masa ni semuanya dah lengkap berbaju raya, kami sekeluarga akan beratur untuk ambil giliran salam raya. Bermula dengan yang paling tua sehinggalah paling muda atau kecil dalam keluarga. Masa ni disekalikan dengan pembahagian duit raya untuk Ma dan anak-anak saudara. Ainy ada 9 orang anak saudara, inshaAllah tahun depan bertambah lagi seorang. Jadi sampul duit raya pun kena bertambah jugaklah ni. Haha!

By the way untuk salam mintak maaf ni tak perlu tunggu hari raya pun sebenarnya tapi feel dia masa salam di pagi raya tu lain sangat dari yang lain. Ainy yakin ramai yang berperasaan yang sama kan? Tapi apa pun, berbalik kepada niat kita jugak tau. Jangan salam sebab ikut-ikut orang tapi salam bermaaf-maafan tu biarlah ikhlas dari hati yang paling dalam. Lepastu bila dah maafkan, jangan sebut-sebut lagi dah okay?

6) Konvoi berhari raya di rumah saudara-mara (Kelantan dan Terengganu)



Setakat ni tiap kali hari raya, memang semua adik-beradik Ainy akan ada di kampung. Kalau tak boleh ada di hari raya pertama, inshaAllah hari raya kedua mesti ada. Haa masa semua adik-beradik ada barulah kami akan mulakan misi konvoi beraya di rumah saudara-mara. Biasanya Abang Chik Ainy yang rancang semua ni - rumah siapa yang nak pergi dulu, rumah siapa yang terakhir. Kami adik-beradik follow saja. Masa ni kami akan manfaatkan masa yang ada untuk jumpa saudara-mara yang jauh dan dekat.

7) Luangkan masa sehari berhari raya dengan kawan-kawan



Untuk berjalan raya dengan kawan-kawan biasanya bergantung pada jadual keluarga Ainy. Macam tahun ni, hari raya pertama Ainy teman Ma di rumah layan tetamu yang datang, lepastu raya kedua pergi beraya rumah saudara-mara. Selepas selesai yang itu, barulah Ainy dapat luangkan masa beraya dengan kawan-kawan pulak.

Dua-dua pun penting sebenarnya tapi Ainy cuba utamakan yang penting dari yang penting. Jadi keluarga mesti jatuh nombor 1 dululah baru kawan-kawan. Bila dah selesai part keluarga, nak keluar dengan kawan-kawan pun rasa tenang je. Tak adalah Ma Ainy duk mencari je Ainy nanti. Haha!

8) Buat atau penuhi jemputan open house raya



Ini salah satu perkara yang Ainy rasa semua orang excited bila tiba hari raya iaitu dapat banyak jemputan ke open house raya. Ainy pun tak terkecuali! Memandangkan tahun ni kami sekeluarga tak ada buat open house raya jadi Ainy akan usahakan untuk penuhi semua jemputan open house. Bila lagi nak jumpa saudara-mara, kawan-kawan, jiran-jiran kan. Lepastu part paling best bila berpeluang makan menu hari raya. Makanan ni semua kita cuma dapat jumpa masa Hari Raya Aidilfitri saja. Hari-hari lain manalah rajin nak buat kuih raya, ketupat, rendang, lemang semua tu kan. Dah lah dapat jumpa setahun sekali, jadi silalah simpan saja niat nak diet tu sebab rugi.

Perasan tak yang hari raya ni jaranglah orang hidangkan 1 lauk saja. Biasanya sampai berjenis-jenis lauk yang tersedia. Semuanya tu untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang. Tapi bila dah sibuk kat dapur masak, masa bersama keluarga dan tetamu terbuang macamtu saja. Jadi pada Ainy lah kan di hari raya ni sebaiknya kita fokus pada luangkan masa dengan keluarga, bab-bab makan ni bila ada rezeki lebih sebaiknya kita tempah saja dengan syarikat katering. Senang kerja! Tong-tong lah sikit sorang dengan adik beradik tu, dah dapat ambil servis katering dah. Ni Ainy nak sarankan 1 syarikat katering yang ada buat perkhidmatan katering untuk jamuan hari raya - Citra Nusantara Catering.

  • 3 pilihan pakej katering jamuan hari raya




Wahhh siap ada tiga (3) jenis pakej lagi untuk dipilih dari Citra Nusantara Catering ni. Bukan biashe biashe okay! Tiga (3) pakej ni ada pilihan menu istimewa hari raya. Kita tinggal pilih saja mana yang kita nak! Lepastu kan tiap pakej yang kita ambil tu dah termasuk dengan peralatan katering dan meja untuk hidang makanan. Jadi mana yang malas fikir nak cari meja nak letak makanan, nak buat jamuan hari raya untuk syarikat ke sekolah ke, boleh pilih pakej katering jamuan hari raya dari Citra Nusantara Catering ni. Menu pun menarik! Siap ada rendang, nasi impit, lemang semua tu. Haish!

  • Pakej makanan delivery untuk menu hari raya



Haa kalau anda tak nak pakej katering jamuan hari raya yang termasuk dengan keperluan dan peralatan katering tu, Citra Nusantara Catering juga ada sediakan pakej makanan delivery untuk menu hari raya sahaja. Yang ni anda boleh discuss dengan pihak Citra Nusantara Catering nak diorang masakkan menu apa, lepastu pihak Citra Nusantara Catering akan delivery makanan tu ke tempat anda. Senang kerja kan! Tak perlu dah nak pening-pening bangun awal pagi untuk masak banyak-banyak lauk untuk tetamu. Sekarang ni semua dah senang, tinggal tempah saja. Oh ya dan standby duit! Haha.

  • Minimum order dari 50 orang saja



Pada Ainy yang menariknya pakej katering dari Citra Nusantara Catering ni sebab kita boleh buat tempahan untuk minimum 50 orang. Untuk 50 orang pun diorang boleh masakkan apatah lagi untuk beribu-ribu orang. Jadi mana yang bajet kecil tu, bolehlah tempah untuk 50 orang makan saja. Tapi mana yang ada bajet tinggi, tempahlah terus untuk kuantiti yang banyak sebab tak rugi. Lagi banyak kuantiti tempahan tu lagi murah tau.

  • Kawasan delivery sekitar Selangor dan Kuala Lumpur



Buat masa sekarang ni Citra Nusantara Catering cover kawasan delivery sekitar Selangor dan Kuala Lumpur saja. Jadi sesiapa yang berdekatan yang perlukan khidmat katering untuk jamuan hari raya nanti, boleh hubungi diorang okay. Buat tempahan awal-awal sebab risau slot penuh. Haaa maklumat nanti Ainy kongsikan kat bawah nanti okay.

CITRA NUSANTARA SDN BHD
(juga dikenali sebagai Citra Nusantara Catering)
No. 36 & 38, Jalan Musytari AQ U5/AQ,
Subang Pelangi, Seksyen U5,
40150 Shah Alam, Selangor
Hotline: +6012-998 8650

You May Also Like

18 comments

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri yea! mmg betul belaka point2 tu semua hehe. good to know dh ada bnyk pilihan skrg ni kan unt catering open house raya, sng pon sng cmtu hehe.

    ReplyDelete
  2. ni musim orang sakan buat open house boleh la guna pihak katering je, tak payah susah hati kena masak. tuan rumah boleh layan tetamu je sambil bagi duit raya. aduh rindu nak makan sate & kuah kacang macam hari raya pertama. anyone buat open house sila roger BBL ye

    ReplyDelete
  3. mcm sama je rutin raya kita. haha cuma tahun ni saya macam sambut raya dalam suasana sederhana sebab baru kehilangan atuk pada awal tahun ni. sekarang mmg saya dapat byk jemputan untuk rumah terbuka. terima kasih share ya :)

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya ... Bagus sharing ni, informative dan boleh jadi rujukan mereka yang nak buat open house. Pesanan sebelum raya dan semasa hari raya pun sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  5. Lebih kurang sama rutin raya. Lagi meriah bila buat dwngan keluarga yang ramai kan. Memang rasa bertambah seronok dan heaven sungguh. Part open hluse tu kalau mampu masak sendiri kalau tak memang bagus buat tempahan katering kan

    ReplyDelete
  6. Setiap Raya memang best kalau spend masa dengan family. Lagi lah excited kalau tengok makanan Raya Hehe

    ReplyDelete
  7. Harga catering tu boleh tahan juga banyak bahan dan murah memang berbaloi kalau order ok lah nak cuba juga lah hehehe... Bila nak buat open house nya nak pergi ni wakakakkaa...

    ReplyDelete
  8. Best sangat dapat berkumpul dengan family dan kawan-kawan raikan Hari Raya. Best jugak menu dekat Nusantara Catering ni ea, ada delivery tu yang best. Murah pulak tu. Selamat Hari Raya Ainyy!

    ReplyDelete
  9. Its ok. Raya kan sebulan Ainy. Hehe. Mudah juga ada katering masa Raya. Buatnya juadah habis boleh order. Nak memasak banyak-banyak memang tak larat wei. Btw, Selamat Hari Raya Ainy.

    ReplyDelete
  10. kami pun dulu selalu tidur lewat sebab tak siap memasak. hehe..sekarang anak-anak yang ambik alih jadi lain la sikit.. bagus jugak kalau ada katering macam ni Ainy.. boleh jimat masa memasak kan.. tapi mujurlah area KL je..

    ReplyDelete
  11. Thanks for sharing you Raya routine, it's actually quite similar to what we do during Chinese New Year except the fasting part.

    ReplyDelete
  12. Liez since ada anak mmg xdpt nak pergi solat sunat raya. Anak2 kecik belum bahve lagi, yg besar boleh je g solat dgn atok opah diaorg.. mmg bila raya macam2 kerja kena buat, mengemas, memasak bertukang la mcm2 tapi itu baru la rayaaaaa

    ReplyDelete
  13. Kita dah start rasa rindu nak beraya dengan family kat kampung ni wak. Kemeriahan yg hanya boleh dirasa ketika raya je sebab time tu je semua ahli keluarga dapat balik. Rindu dahhh

    ReplyDelete
  14. Meriah ya your raya. My raya is dull by 90% in comparison to your celebration 😂 anyways selamat hari raya!

    ReplyDelete
  15. I believe a lot will find their routines similar to yours. Ha :D Still your routine looks fun and happening. Selamat Hari Raya tu you and your whole family. :)

    ReplyDelete
  16. Selamat Hari Raya! All the routine looks like very fun! I haven't enjoy Raya celebration and never been to any Raya open house too =P

    ReplyDelete
  17. selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin. terliur tengok menu-menu tu. salam dari rantauan, yang kempunan juadah raya huhuhu

    ReplyDelete
  18. kereen kak artikelnya, mampir2 ke blog saya juga yaa

    ReplyDelete