Itinerari 3 Hari 2 Malam di Padang, Indonesia

by - 11:45 PM


Assalamualaikum semua. Ainy dah lama dah simpan cerita ni sorang-sorang jadi hari ini Ainy nak kongsikan itinerari lengkap Ainy selama 3 hari 2 malam di Padang, Indonesia. Ini pertama kali Ainy ke Padang tau. Selama ni Ainy cuma tahu pasal Bukit Tinggi je, tak sangka pulak rupanya di Padang sendiri ada banyak tempat tarikan yang menarik untuk dilawati. InshaAllah nanti di bawah Ainy ceritakan satu persatu tempat-tempat menarik yang Ainy sempat singgah masa ke Padang bulan lepas.


Penerbangan Dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Padang, Indonesia



Untuk ke Padang, Indonesia, Ainy ambil flight direct dari Kuala Lumpur melalui penerbangan tambang murah iaitu AirAsia. Tak silap Ainy flight ke Padang dari Kuala Lumpur ada 3 penerbangan sehari iaitu pagi, tengahari dan petang. Untuk trip Ainy tu, Ainy pilih penerbangan pada waktu tengahari jadi sempatlah Ainy sarapan dulu di airport awal pagi tu. Alhamdulillah semua dipermudahkan dan Ainy pergi dengan 5 kawan Ainy yang lain.

Menginap di Hotel De 'Oxville, Padang



Masa trip tu, Ainy menginap di Hotel De 'Oxville, Padang. Hotel ni sebenarnya berdekatan dengan Kota Padang jadi sangat sesuai untuk sesiapa yang nak jadikan sebagai pilihan penginapan. Dah lah hotelnya pun cantik, ada kolam renang, lepastu dekat dengan bandar dan beberapa tempat menarik yang lain. Di hotel jugak ada sediakan sarapan yang dah termasuk sekali dalam pembayaran bilik.


10 Tempat Menarik di Padang, Indonesia yang Wajib di Lawati


1) Monumen Korban Gempa



Pada hari pertama Ainy sampai di Padang, Indonesia Ainy dibawa singgah melawat monumen korban gempa yang pernah berlaku pada tahun 2009 di kawasan Sumatera Barat. Monumen ni ditubuhkan bagi memperingati peristiwa gempa yang mencecah 7.9 skala ritcher dan mengorbankan banyak nyawa. Tak silap Ainy hampir 1000 lebih nyawa yang terkorban tau masa kejadian gempa ni. Jadi monumen ni selain menjadi tempat kunjungan pengunjung, ia juga jadi tempat kunjungan ahli keluarga mangsa gempa yang terkorban.


2) Kelenteng See Hin Kiong



Selepas tu, Ainy dibawa melawat kelenteng See Hin Kiong yang pada asalnya dah dibina pada tahun 1841 tapi kelenteng atau kuil ni musnah disebabkan gempa yang berlaku pada tahun 2009. Jadi kelenteng yang menjadi tempat ibadah orang Buddha ni dibina semula berdekatan dengan tempat asal binaannya pada tahun 2010. Tak silap Ainy kelenteng ni siap dibina sepenuhnya pada tahun 2013. Okay bila sebut kelenteng atau kuil, mestilah ada banyak patung di sekeliling kelenteng ni dan Ainy difahamkan yang tiap-tiap patung tu ada maksud dan kepercayaannya yang tersendiri.

3) Jembatan Siti Nurbaya



Dari Kelenteng See Hin Kiong tu Ainy dibawa singgah ke Jembatan Siti Nurbaya. Jembatan ni sebenarnya diberi nama Siti Nurbaya sebab dulu kisah Siti Nurbaya ni menjadi satu lagenda yang agak terkenal di kawasan Sumatera Barat. Ainy dimaklumkan yang kisah Siti Nurbaya ni agak sedih sebab dulu dikatakan yang kisah percintaan Siti Nurbaya dengan kekasih hatinya Samsul Bahri tidak kesampaian. Tapi cerita lanjut berkenaan kisah ni, Ainy tak berapa nak tahu sangat tau sebab ada banyak versi.


Selain kisah lagenda tu, jembatan Siti Nurbaya ni dibina untuk menghubungkan Kota Tua dan Gunung Padang. Lepastu apa yang Ainy paling suka kat sini adalah pemandangannya sangatlah cantik. Ainy boleh tengok perkampungan yang terletak di bawah kaki gunung Padang dan juga keindahan air Sungai Batang Arau yang mengalir kat bawah Jembatan Siti Nurbaya ni.

Lepastu bila waktu petang pulak, di Jembatan Siti Nurbaya ni akan penuh dengan gerai-gerai jualan makanan seperti jagung, kerepek dan lain-lain. Jadi suasananya lebih meriah dengan kunjungan penduduk Padang sendiri. Sambil layan view sungai, sambil makan jagung panas-panas uish sedapnya.

4) Pantai Air Manis



Dari Jembatan Siti Nurbaya, Ainy singgah pulak ke Pantai Air Manis. Pantai Air Manis ni jadi tarikan dan tempat beriadah untuk penduduk Padang. Selain pantainya yang cantik dan boleh tengok matahari terbenam, kat sini jugalah sebenarnya tersimpan kisah lagenda Malin Kundang. Kalau di Malaysia, lebih dikenali sebagai Si Tanggang.


Haa Malin Kundang ni dulu dikatakan pernah derhaka pada ibunya dan akhirnya disumpah menjadi batu. Kisah lagenda Malin Kundang ni dikatakan berlaku di Pantai Air Manis dan di sini juga terdapat batu sumpahan Malin Kundang dan kapal yang dinaiki Malin Kundang pada masa tu. Tapi sejauh mana kebenaran cerita tu, Ainy tak berapa nak pasti. Tapi apa pun, lebih baik untuk kita semua ambil pengajaran dari tiap apa yang berlaku tu.


Di Pantai Air Manis jugak, Ainy berpeluang naik ATV sebab dari pintu masuk Pantai Air Manis ke tempat lagenda Malin Kundang ni agak jauh jugak ray. Jadi Ainy sarankan anda untuk sewa ATV. Harga pun tak adalah mahal sangat dan ada banyak pilihan ATV pulak tu.

5) Kampung Budaya Limau Manis



Selepas dah balik hotel bersihkan diri, Ainy dibawa ke Kampung Budaya Limau Manis. Di sini Ainy dihidangkan dengan makanan tradisional Padang atau Minang. Sambil makan tu Ainy jugak disediakan dengan persembahan kebudayaan dari penduduk Kampung Budaya Limau Manis. Kebanyakan persembahan yang ditayangkan ni adalah persembahan tradisional Minang yang dijadikan sebagai persembahan untuk acara rasmi dan perkahwinan.


Ainy jugak diberi peluang untuk cuba sendiri cara mengetuk gendang mengikut rentak muzik yang dipasang. Satu pengalaman baru untuk Ainy walaupun boleh tahan berat jugaklah gendang tu. Haha.

6) Island Hopping di 3 Pulau


Hari kedua Ainy di Padang, Ainy banyak habiskan masa seharian Ainy dengan island hopping di 3 pulau tercantik di sini. Ainy nak sarankan kepada sesiapa yang merancang ke Padang, seeloknya sehari tu anda gunakan masa untuk island hopping. Memanglah island hopping ni dimana-mana pun boleh buat kan tapi sangatlah rugi kalau anda tak cuba island hopping di Padang ni sebab subhanallah pulau, pantainya sangatttt cantik. Untuk island hopping ni, Ainy naik bot dari jeti di Pantai Alvino yang mana ambil masa perjalanan dalam lebih kurang satu jam dari kota Padang. Okay antara 3 pulau yang Ainy pergi adalah;

Pulau Sirandah


Pulau Sirandah ni sebenarnya private island jadi untuk sesi island hopping, Ainy cuma lalu saja di depan Pulau Sirandah ni. Nak masuk tak boleh tau. Tapi anda boleh tengok sendiri kecantikan pulau ni. Siap ada gelongsor lagi depan pantai diorang tapi fasiliti ni hanya disediakan khas untuk pengunjung yang stay kat resort diorang. Jadi kami cuma dapat cuci mata dari atas bot jelah.


Pulau Pagang


Selepas tu, Ainy dibawa singgah ke Pulau Pagang. Pulau Pagang ni nampak saja macam sunyi, jeti pun macam nak runtuh tapi berbaloi sangat singgah. Haa sebabnya pantai, air, pasir kat sini subhanallah cantik sangat. Ainy diberi masa dalam 4 jam jugak di sini untuk buat aktiviti-aktiviti santai seperti mandi pantai, main buai sambil layan view pantai yang cantik, bergambar sebab tiap penjuru tempat pulau Pagang ni cantik. Ainy yang dah pergi sebulan lebih ni pun masih belum boleh move on dengan pulaunya.


Pulau Suwarnadwipa


Seterusnya Ainy dibawa ke Pulau Suwarnadwipa. Masa sampai kat pulau ni semua orang excited sebab ada resort yang cantik di pulau ni. Lepastu ada banyakkk aktiviti air yang dapat dibuat di sini, antaranya berkayak, mandi pantai, main buai dalam air, snorkeling dan bergambar di buaian yang dibuat di dalam air macamani. Menarik tau!

7) Pantai Padang



Untuk hari ketiga iaitu hari terakhir Ainy di Padang, Indonesia, Ainy dibawa ke Pantai Padang. Pantai Padang ni pada waktu pagi dan hari minggu memang sangat meriah dengan kedatangan dari penduduk Padang sendiri. Kebetulan masa Ainy pergi, ada pertandingan larian kat situ jadi memang penuh dengan orang dan jualan di tepi-tepi jalan. Sempat Ainy cuba street food diorang tau!


Dari Pantai Padang ni, Ainy diajar naik bas lawatan percuma atau digelar sebagai BIS city tour untuk ke Gunung Padang. Bas lawatan ni disediakan secara percuma pada tiap hari minggu dan cuti umum. Apa yang menariknya bas ni akan pergi ke tempat-tempat menarik yang Ainy ceritakan kat atas seperti monumen korban gempa, kelenteng See Hin Kiong, Gunung Padang dan banyak lagi. Boleh rujuk signboard macam dalam gambar ni untuk jadual trip.


8) Gunung Padang



Okay selepas naik BIS city tour tadi dari Pantai Padang ke Gunung Padang, kami decide untuk buat aktiviti mendaki pulak. Orang kata tak lengkap trip kalau tak mendaki di Gunung Padang ni. Jadi dengan berbekal air extra jos, kitorang mulakan aktiviti mendaki. Boleh tahan tinggi jugak Gunung Padang ni tau dan track pun agak curam dengan tangga sempit-sempit macamni. Tapi Ainy gigih demi nak tengok view cantik dari puncak Gunung Padang.


9) Makam Siti Nurbaya



Sebelum sampai ke puncak Gunung Padang, Ainy akan lalui lorong kecil untuk masuk ke Makam Siti Nurbaya ni. Makam ni terletak di celah-celah batu besar di Gunung Padang dan untuk masuk ke makam ni Ainy perlu bergilir-gilir dengan kawan Ainy. Tak boleh masuk ramai dalam satu-satu masa sebab lorongnya pun sempit dan ruang tepi makam pun agak kecil.


10) Masjid Raya Padang



Walaupun Ainy tak berpeluang singgah ke Masjid Raya Padang ni tapi Ainy share jugak di sini untuk rujukan anda. Masjid Raya ni selain jadi antara masjid utama dan terbesar di Padang, masjid ni jugak dibina dengan senibina yang sangat unik. Boleh nampak binaan seperti minangkabau pada bumbung masjid yang menjadikan masjid ni antara masjid rare dan cantik. Jadi kalau anda ke Padang, Ainy sarankan singgah solat dan santai petang di sini. Mesti best!

Tempat Makan Best di Padang, Indonesia



Ainy kalau ke tempat orang selain melawat tempat-tempat tarikan yang ada kat sana, Ainy ambil peluang ni jugak untuk cuba makanan rare diorang. Jadi masa ke Padang haritu, Ainy sempat singgah ke Rumah Makan Sederhana yang menyajikan menu masakan Padang atau Minang.


Okay itu saja perkongsian Ainy untuk trip Ainy ke Padang bulan lepas. Kesemua kandungan di dalam entry ini adalah pengalaman Ainy sendiri dan trip ini diuruskan sepenuhnya oleh pihak Dinas Pariwisata dan Kebudayaan Kota Padang. Terima kasih sudi membaca.

You May Also Like

2 comments

  1. CT tak pernah pegi Indonesia tapi kalo pegi memang Padang antara yang terawal nak terjah.
    masuk dalam list tu kira top jugalah =)

    ReplyDelete
  2. PENGKHIDMATAN SEWA KENDERAAN UNTUK LAWATAN YANG BERBALOI DENGAN FAMILY KAT PADANG DAN BUKITTINGGI

    Assalamualaikum Tuan/Puan.


    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :

    1. Amsyahril
    ( Director )

    Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

    2. Riko Adryansyah
    ( Tour & Transportation Manager )

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )

    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    ReplyDelete