Cara Mohon Permit Memandu Kereta Antarabangsa

by - 6:59 PM


Kadang bila pergi ke satu-satu negara, ada dari kita yang memilih menggunakan perkhidmatan travel agency. Jadi pengangkutan, penginapan semua dah termasuk dalam pakej sekali dah. Tapi kalau yang jenis suka explore sendiri tanpa travel agency, menggunakan pengangkutan awam atau memandu adalah 2 pilihan pengangkutan yang mereka ada.

Tapi tak semua negara yang terima lesen memandu Malaysia kita yang sekarang ni tau. Jadi sebelum merancang untuk memandu kereta antarabangsa, anda perlu buat permohonan permit atau kebenaran memandu kereta antarabangsa dahulu. Kalau dalam bahasa inggeris pulak International Driving Permit (IDP). IDP ni boleh dibuat di mana-mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Malaysia.

Perkara Penting yang Diperlukan untuk Permohonan Permit Memandu Kereta Antarabangsa



Okay ini perkara yang sangat penting Ainy nak highlight sebab masa Ainy ke JPJ haritu untuk buat permohonan ni, Ainy kena pergi dua kali disebabkan terlupa nak bawa salah satu dukomen seperti di bawah. Dah buang masa kat situ dah tau! Haha.

1) 1 gambar ukuran passport


Gambar ukuran passport ni cukup bawak 1 keping sahaja. Kalau tak ada, boleh buat dulu di mana-mana kedai gambar. Di JPJ sendiri pun tak silap Ainy ada kedai gambar untuk buat gambar ukuran passport tau.

2) Lesen memandu


Lesen memandu ni kena pastikan masih valid sekurang-kurangnya setahun tau. Kalau masa tu lagi 6 bulan lesen dah nak mati, Ainy sarankan anda renew dulu lesen tu okay. Renew dekat kaunter yang sama anda berurusan untuk buat IDP pun okay. InshaAllah diorang akan bantu uruskan proses renew lesen jugak.

3) Kad pengenalan diri


Kad pengenalan diri ni Ainy bawa yang original saja. Tak perlu bawak photocopy sebab nanti petugas kaunter JPJ tu yang akan tolong kita photocopy kad pengenalan.

4) Wang tunai sebanyak RM150


Yang ni penting giler! Sebab masa Ainy ke JPJ haritu, konfiden ingatkan boleh bayar pakai kad debit tapi bila sampai diorang cakap 'cash only'. Gigihlah keluar semula pergi cari mana-mana ATM yang berdekatan untuk keluarkan duit. Rasanya dah masuk tahun 2019 dah tapi sistem masih menggunakan cara lama. Okay done #ainyyzainbebel. Lol!

Tempoh Permohonan Permit Memandu Kereta Antarabangsa



Surprisingly, untuk buat permit memandu kereta antarabangsa ni cuma ambil masa dalam 15-20 minit sahaja bergantung kepada berapa ramai pengunjung yang datang ke JPJ masa tu. Permit ni macam booklet jelah sebenarnya. Jadi nanti booklet itulah anda perlu bawa masa nak travel ke luar negara.

Untuk permit ni, sebenarnya tak semua negara perlu tau. Jadi sebelum ke satu-satu negara tu dan merancang untuk memandu sendiri, Ainy sarankan anda buat research terlebih dahulu. Kemungkinan besar ada negara yang tidak terlalu ketat peraturannya dalam hal ni. Boleh jugak dapatkan maklumat senarai negara yang memerlukan permit dengan pihak JPJ. Moga bermanfaat dan selamat bercuti.

You May Also Like

2 comments