![]() |
Gambar semasa majlis pelancaran. |
Siapa Yusa Food?
Selain dapat mempelbagaikan jenis produk keluaran bumiputera, Ainy nampak usaha Yusa Food juga adalah untuk membantu usahawan bumiputera dengan platform membuka pendaftaran sebagai vendor. Ini salah satu usaha yang Ainy rasakan bagus sebab Ainy tahu ramai sebenarnya usahawan bumiputera yang mempunyai produk yang berkualiti di luar sana tapi tidak tahu bagaimana untuk pasarkan. Jadi apabila berniaga secara berjemaah ini inshaAllah impaknya lebih besar. Lagipun Yusa Food sendiri merupakan nama yang besar dan dikenali di Malaysia.
Produk-produk yang dipasarkan oleh Yusa Food?
![]() |
Pelbagai jenis cookies di bawah Yusa Food. |
![]() |
pelbagai jenis makanan Korea yang dah diubaisuai mengikut selera anak Melayu. |
![]() |
Spread pertama yang dikeluarkan oleh usahawan Bumiputera. Sedap tau! |
Ainy yakin bahawa produk-produk ini sebenarnya boleh dipasarkan secara meluas lagi. Sambutannya juga pasti menggalakkan. Oleh kerana itu jugalah Yusa Food memilih mereka menjadi sebahagian dari keluarga Yusa Food.
Ainy dimaklumkan yang syarat-syarat untuk jadi salah seorang vendor Yusa Food ni bukanlahsenang. Sebelum diterima masuk, usahawan ini perlu lalui beberapa tapisan dahulu. Semua ni adalah untuk memastikan produk-produk yang dijual di bawah Yusa Food adalah produk yang diyakini dan berkualiti.
![]() |
Poprice yang dikeluarkan dengan 3 perisa. |
Jadi apa yang anda lihat di dalam gambar dan di tiap kedai Yusa Food, kesemuanya adalah produk yang mempunyai pengikhtirafan halal oleh JAKIM. Jadi no wonder sehingga ke hari ini Yusa Food mendapat tempat di hari rakyat Malaysia dan telah berjaya membuka cawangan mereka yang kelima. Tahniah Yusa Food!
Cawangan-cawangan Yusa Food di Malaysia?
Selain cawangan baru yang dibuka di Sunway Putra Mall, Yusa Food juga mempunyai 4 lagi cawangan yang lain, antaranya di;
1) SACC Mall, Shah Alam
2) The Curve, Damansara
3) Publika, Solaris Dutamas
4) Melawati Mall, Wangsa Maju
![]() |
Pelbagai jenis kek jual ada dijual. |
![]() |
Paratha perisa original dan garlic pun ada. |
YUSA FOOD PRODUCTS SDN BHD
70, Jalan Bulan U5/172, Subang 2,
40150 Shah Alam, Selangor
pernah dengar tapi tak pernah pergi. menarik la one day nak pegi juga.
ReplyDeletebagus ada hub macam ni. kumpul semua setempat..