Followers:

Dec 5, 2018

Yusa Food Merupakan "One Stop Centre" untuk Produk Makanan Bumiputera

Gambar semasa majlis pelancaran.

Assalamualaikum semua. Baru-baru ni Ainy berkesempatan ke Majlis Pelancaran cawangan baru Yusa Food di Sunway Putra Mall. Ini adalah cawangan kelima Yusa Food. Majlis ni dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail. Meriah sangat majlisnya sebab didatangi oleh pelbagai usahawan makanan. Ainy juga sempat mencuba makanan-makanan yang dijual oleh mereka di sana. Meriah sangat!