Followers:

Sep 6, 2018

Pulau Ranoh di Batam, Indonesia Jadi Tarikan Baru Buat "Backpacker"


Baru-baru ni Ainy berpeluang join 1 FAM Trip anjuran Tourism Indonesia. Lokasi kami kali ini adalah ke negeri yang terkenal dengan kulinari iaitu Batam, Indonesia. Sebenarnya ini kali ketiga Ainy jejakkan kaki ke Batam. Walaupun dah 3 kali tapi banyak lagi rupanya tempat menarik di Batam yang Ainy belum explore dan salah satunya adalah Pulau Ranoh.

Masa FAM Trip yang lepas, Ainy dibawa pergi ke Pulau Ranoh. Jujur cakap keindahan Pulau Ranoh betul-betul buka mata Ainy tentang Batam. Rupanya di Batam ni ada juga tarikan yang menarik dan cantik seperti Pulau Ranoh ni. Baruku tahu! Haha.

Pulau Ranoh ni sebenarnya baru lagi dibuka tak sampai setahun di bawah pengurusan Adventure Ranoh Island. Kiranya Pulau Ranoh ni jadi salah satu tarikan baru untuk sesiapa yang berkunjung ke Batam. Jadi entry kali ni Ainy nak ceritakan keindahan Pulau Ranoh ni sendiri. Lets start!

Perjalanan dari Bandar Batam ke Adventure Pulau Ranoh



Memandangkan Ainy dari bandar Batam, Ainy perlu naik 2 jenis kenderaan iaitu kenderaan darat dan laut;

1) Kenderaan Darat


Untuk ke Pulau Ranoh ni dari Bandar Batam, Ainy kena pergi ke Pelabuhan Labon terlebih dahulu dengan menaiki van. Pelabuhan Labon ni pula terletak di Jambatan Barelang keenam di Batam. Haa sesiapa yang pernah ke Batam mesti tahu kan Jambatan Barelang ni? Jarak perjalanan dari Bandar Batam ke Pelabuhan Labon ni pula ambil masa dalam 1 jam. Tapi tak rasa pun 1 jam sebab sepanjang jalan tu Ainy disajikan dengan bandar Batam dan perkampungannya yang menarik.

2) Kenderaan Laut iaitu Bot


Sampai saja di Pelabuhan Labon, bot dah stanby untuk bawa Ainy ke Pulau Ranoh. Perjalanan naik bot pula hanya ambil masa dalam 20-30 minit saja. Untuk perkhidmatan bot ke Pulau Ranoh ni, anda boleh contact dengan pihak pengurusan Adventure Ranoh Island. Jangan main terjah saja tau risau tak ada bot nanti. Jadi better call awal-awal untuk book dan dapatkan schedule bot dari diorang okay.

2 Jenis Penginapan Bajet di Pulau Ranoh



Selepas Ainy dah lalui perjalanan yang panjang (walaupun sebenarnya tak adalah panjang sangat), akhirnya sampai juga Ainy ke Adventure Ranoh Island. Ainy dibawa pusing melihat jenis penginapan yang Adventure Ranoh Island sediakan iaitu bilik jenis dorm dan khemah. Kalau nak cari penginapan yang private dengan 1 bilik 2 orang tak ada tau di Pulau Ranoh ni. Sebab itulah Ainy mention awal-awal kat atas tadi; penginapan bajet. Konsep penginapan pula lebih kepada konsep backpack. Jadi sesuai untuk backpacker yang nak kan sesuatu percutian yang santai tapi mewah. Haa di Adventure Ranoh Island ni pasti jadi pilihan anda. Gituh!

1) Dorm



Bilik jenis dorm pula tak banyak tau cuma ada 2 bilik saja. Setiap bilik dilengkapi dengan 12 katil double-decker dan locker untuk simpan barang. Walaupun penginapan berkonsepkan backpack tapi diorang masih menjaga keselesaan pengunjung. Kenapa Ainy cakap macamtu? Sebab kesemua bilik ini dijaga rapi dan sangat bersih.

2) Khemah



Ini pula jenis penginapan yang berkonsepkan khemah. Boleh tidur ala camping kat Adventure Ranoh Island ni tau. Khemah ni dipacakkan di tengah-tengah halaman Pulau Ranoh secara bulatan. Di tengah-tengah khemah pula diorang letak unggun api untuk digunakan di waktu malam. Konsep yang santai juga dan lain dari yang biasa sebab boleh bagi pengalaman yang baru buat pengunjung terutama sekali Ainy lah kan.

Dah lah pantai tak jauh pun dari tapak khemah, jadi memang terasa sangatlah angin sepoi-sepoi bahasa bila waktu siang dan malam. Bila lagi nak rasa berkemah tengah-tengah pulau macamni kan.

Aktiviti yang Boleh Dibuat di Pulau Ranoh


Disebabkan Pulau Ranoh ini adalah pulau private, jadi pengurusan di sini sediakan banyak fasiliti dan aktiviti yang menarik buat pengunjung. Mungkin itu juga inisiatif diorang untuk menarik lebih ramai pengunjung ke Adventure Ranoh Island. Antara aktiviti yang boleh dibuat di Pulau Ranoh ni;

1) Snorkeling di Pulau Abang Batam



Tak lengkap trip bila ke sesuatu pulau tapi tak buat aktiviti snorkeling. Bila anda ke Adventure Ranoh Island ni anda juga dapat snorkeling di Pulau Abang Batam yang sangat cantik. Memang cantik! Coral boleh nampak jelas dari atas bot. Punyalah jenih air kat Pulau Abang Batam ni.

Untuk ke Pulau Abang Batam ni, Ainy perlu naik bot yang disediakan pihak Adventure Pulau Ranoh. Kelengkapan snorkeling pun diorang akan sediakan juga. Ainy dapat tahu kat kawasan snorkeling ni, boleh tengok penyu sekali tau. Jadi make sure bawa gopro untuk capture the moment tu okay.

2) Taman Tema Air



Bila Ainy sampai di Pulau Ranoh, benda pertama yang jadi perhatian Ainy adalah taman tema air yang disediakan oleh pihak pengurusan Adventure Ranoh Island. Satu kelainan juga sebab selain dapat snorkeling, dapat juga main taman tema air yang disediakan. Dahlah percuma je tau nak masuk taman tema air ni. Mainlah sepuasnya!

3) Santai di Hammock Sambil Hirup Udara Segar



Memandangkan di Pulau Ranoh ni sendiri ada banyak pokok kelapa jadi pihak Adventure Ranoh Island ambil peluang ni dengan pasang hammock banyak-banyak kat pokok kelapa ni. Dapatlah pengunjung santai kat hammock ni sambil hirup udara segar. Tenang je rasa bila dapat baring kat hammock ni tau. Lepastu pula siap dengan angin sepoi-sepoi bahasa boleh terlelap jugalah kalau terbaring kat sini..

4) Memanah



Haa bagi yang nak tunjukkan bakat terpendam tu, boleh cuba aktiviti memanah kat Adventure Ranoh island ni. Tapi Ainy nak bagitahu awal-awal yang diorang tak ada guide tau yang nak monitor kita main jadi make sure anda tahu basic memanah dulu sebelum nak main. Kalau tak nanti tersalah guna pula.

5)  Berkayak



Selain dapat snorkeling, boleh juga berkayak secara percuma di Pulau Ranoh ni. Boleh cuba kayak yang single atau double, kedua-duanya pun ada. Dapatlah pusing Pulau Ranoh dengan kayak ni kan. Dah lah air pantai di Pulau Ranoh ni tenang je jadi sangat sesuai untuk aktiviti berkayak.

6) Trendy Floating



Floating yang berbentuk angsa ni pun ada di Pulau Ranoh tau. Jadi boleh guna untuk kegunaan mandi-manda di pantai diorang. Selain tu dapat juga bergambar dengan floating angsa ni. Mesti cantik!

Sebenarnya selain keenam-enam aktiviti yang Ainy mention kat atas ni, ada banyak lagi aktiviti lain (berbayar dan tidak) di Pulau Ranoh ni tau. Sangat banyak! Ainy nak terangkan satu-satu pun banyak kot. Tapi overall memang best! Tak rugi langsung pergi Pulau Ranoh sebab pemandangan, pantai, air dan fasiliti sangat lengkap untuk kita sebagai pengunjung.


Jadi untuk tahu lebih lanjut berkenaan pakej day trip atau bermalam di Adventure Ranoh Island, anda boleh hubungi diorang atau mana-mana agensi pelancongan di Batam. Make sure anda sign up pakej dulu baru pergi tau sebab tak ada sistem walk-in kat Pulau Ranoh ni. Lagipun kalau dah booking awal, senanglah nak rancang perjalanan dan jadual bot untuk ke Pulau Ranoh. Tak adalah kelam kabut nanti kan!

Jadi dah tahu ke kalau ke Batam nak pergi mana? Jangan lupa ke Pulau Ranoh okay!

No comments:

Post a Comment