Followers:

Sep 8, 2018

Movie Animation Park Studios di Perak Bagi Pengalaman Menarik Buat Penggemar Animasi


Cuti merdeka haritu Ainy dan kawan-kawan luangkan masa ke Movie Animation Park Studios (MAPS) di Perak. Bangga Ainy nak bagitahu yang MAPS ni adalah taman tema animasi pertama di Asia tau. Jadi sangatlah sesuai untuk sesiapa yang nak ambil pengalaman baru dan juga yang penggemar animasi.

Entry kali ni Ainy nak kongsikan dengan anda berkenaan aktivti menarik yang wajib anda cuba bila ke MAPS Perak. Okay jom baca cerita Ainy, mungkin boleh jadi panduan untuk anda bila ke sini nanti.

Aktiviti Menarik yang Wajib Cuba di MAPS Perak


Tak silap Ainy, di dalam MAPS Perak ni ada 6 theme zone semuanya dengan 23 lebih attractions. Banyak kan? Jadi untuk memudahkan anda faham, Ainy ceritakan ikut jenis theme zone okay. 

1) Animation Square Zone



Okay zon Animation Square nilah di mana animasi Boboiboy ditempatkan dan juga jadi zon pertama yang Ainy jumpa bila masuk ke MAPS Perak. Kiranya dari jauh dah nampak dah deretan kedai dengan Center Stage kat tengah-tengah zon ni. Kat center stage jugak ada pelbagai jenis persembahan pada masa-masa tertentu. Jadi sebelum masuk MAPS, Ainy akan tengok jadual persembahan supaya Ainy tak terlepas semua persembahan best kat center stage ni.


Di kiri-kanan zon jugak ada Character Appearance yang mana karakter animasi macam Boboiboy, Mr. Peabody & Sherman dan The Smurfs akan berkeliaran di deretan-deretan kedai ni. Masa ni kena selalu get ready dengan kamera untuk ambil gambar dengan karakter animasi favourite anda.


Selain tu, kat zon ni Ainy dapat tengok Boboiboy 4D Adventure Theatre. Best giler teater dia! Siap Ainy dapat rasa kerusi bergerak-gerak masa persembahan teater tu berlangsung. Lepastu dapat rasa percikan air. Memang bestlaaa.

Masa Ainy pergi ada attraction baru bukak tau iaitu Haunted House! Ngam-ngam hari Ainy pergi tu adalah hari pertama diorang bukak. Haa yang ni antara yang real seramlah Ainy rasa. Ainy dah lah jenis penakut lepastu masuk pulak rumah hantu yang sempit dan siap boleh berselisih bahu lagi dengan hantu. Lepastu hiasan kiri-kanan dalam rumah hantu memang betul-betul buat kita rasa macam berada dalam rumah hantu yang betul.


Lepas dah selesai berjalan dalam Haunted House tu, Ainy akan keluar di Tok Aba Kokotiam. Haa siapa penggemar Boboiboy mesti tahulah kan Tok Aba Kokotiam ni. Kat dalam ni ada jual pelbagai jenis air dan roti jadi untuk lepaskan lelah dan dahaga tu bolehlah masuk ke Tok Aba Kokotiam ni. Harga pun tak adalah mahal sangat.

2) Fantasy Forest Zone


Zon ni sebenarnya lebih tertumpu kepada anak-anak umur 3 hingga 12 tahun. Tapi memandangkan Ainy terasa muda selalu jadi Ainy pun tak terkecuali cuba permainan yang ada dalam zon ni. Haha.


Di bahagian Cave of Wonders ada senibina di kiri-kanan seperti berada di tamadun zaman dulu kala. Dalam ni kita boleh memulakan perjalanan menyelusuri gua untuk meneroka peradaban dunia yang pada Ainy menakjubkan. Kat dalam ni jugak kita boleh tengok alat-alatan kegunaan seharian mereka semasa zaman dulu kala sebelum betul-betul terwujud apa yang kita sedang nikmati sekarang ni macam kemudahan telefon, peralatan perang dan lain-lain. Menariklaa sebab selain dapat explore, kita jugak dapat belajar sesuatu yang baru.


Selain tu, kat zon ni ada Fantasy Forest Treehouse yang cantik sebab di kiri-kanan ada hutan kecil untuk hidupkan suasana rumah di atas pokok yang sebenar. Dah lah rumahnya cantik. Dapatlah Ainy bergambar kat tiap penjuru treehouse ni.


Sesiapa yang bawak anak kecil, boleh biarkan anak-anak bermain bebas di Coliseum Water Play ni. Kat sini ada air pancur yang keluar dari mata-mata patung Rom ni untuk anak-anak berlari dan bermain. Masa ni kena standby baju spare untuk anak-anak ya. 


Selain tu ada rides untuk kanak-kanak jugak tau macam Fantasy Carousel ni. Lepastu boleh pilih nak duduk atas haiwan yang mana sambil biarkan ia berpusing beberapa pusingan. Ainy suka betul! Kalau kanak-kanak mestilah lagi suka kan.


Lepastu boleh jugak naik Red Baron ni kengkonon macam kita tengah bawak helikopter kat udara. Ainy pun tak terkecuali untuk cuba jugak naik Red Baron ni.


Kat sini selain ada rides biasa-biasa macam Ainy mention kat atas ni, ada jugak rollercoaster yang sesuai untuk kanak-kanak macam Zugo’s Crystal Quest. Tahap kelajuan pun biasa saja sebab tu sesuai untuk kanak-kanak. 


Lepastu kat zon ni ada satu-satunya saja tempat yang ada aircond iaitu Coral Kingdom. Dalam ni macam indoor theme park untuk kanak-kanak main panjat-panjat. Apa yang menariknya di Coral Kingdom ni rekaan dalaman dia buatkan kita rasa seperti berada dalam hidupan laut. Ada ketam, ikan lepastu bangunan ni pun dicat dengan warna biru buatkan Ainy rasa bila masuk sini macam ada dalam air dengan hidupan laut yang lain. Banyak spot bergambar yang cantik jugak tau dalam ni.

3) Lakeside Zone


Kat sini kenapa dipanggil Lakeside Zone sebab kesemua attraction di zon ni terletak betul-betul sebelah tasik. Kat sini ada 3 attractions je tau tapi ketiga-tiganya tahap extreme yang tinggi. Pendek kata kat zon ni sesuai untuk orang dewasa jelah sebab rides semua jenis yang pusing-pusing laju sampai rasa nak gugur jantung. Haha.


Benda pertama Ainy cuba masa masuk zon ni adalah Space X-Plopers. Yang ni macam kita duduk atas kerusi dalam 1 bulatan besar lepastu dia hayunkan kita ke kiri kanan sehinggalah kita berada kat atas sekali macam dalam gambar ni. Menjerit jugaklah Ainy masa naik ni sebab gayat.


Lepastu Ainy cuba pulak naik yang Hypersin ni. Mula-mula pergerakan slow je tau tapi lama-lama makin laju. Bestlaa! Tapi lepas dah turun rasa pening sikit kepala dan jalan pun terhuyung-hayang. Tapi itu normal bila naik benda pusing-pusing.


Ada lagi 1 yang extra extreme yang Ainy sendiri tak berani nak naik iaitu Asteroid Attack. Yang ni maaflah Ainy memang tarik diri awal-awal dari naik. Macamanalah orang kat dalam tu kan bila benda alah tu berpusing ke bawah macamtu? Haaa Ainy tak boleh nak bayangkan macamana. Tapi kalau anda jenis yang suka aktiviti extreme terlampau macamni cubalah dan ia pasti bagi anda 1 pengalaman yang baru.

4) Live Action Zone



Kat zon ni ada 1 attraction sahaja iaitu Stunt Legends. Stunt Legends ni macam pertunjukan kerata dan motor cuma ada aksi-aksi stunt yang mengerikan. Ainy tengok pun seram wey! Siap ada aksi kereta berjalan 2 tayar. Takut pulak Ainy tengok.

5) Blast Off Zone


Zon ni lebih kepada zon animasi The Smurfs jadi banyaklah bahagian The Smurfs macam The Smurfs Party Land. Kat Part Land ni dapatlah kengkonon macam berada di dalam rumah The Smurfs. Ada kerusi meja untuk duduk bersantai.

Lepastu ada bahagian The Smurfs Clubhouse ‘Meet & Greet’. Ada masa-masanya The Smurfs akan buat persembahan dan bolehlah bergambar sekali dengan The Smurfs diakhir persembahan tu. Kanak-kanak mesti suka dapat bergambar dengan The Smurfs dengan lebih dekat.


Lepastu bahagian yang Ainy paling suka dan Ainy rasa kanak-kanak pun mesti suka bila masuk ke The Smurfs Theatre. Kat sini kanak-kanak boleh berinteraksi dengan The Smurfs tau. Bestlaaa. Jadi kalau datang bawak anak-anak, ambillah barisan paling depan sekali untuk diorang. Diorang pun mesti enjoy je sepanjang persembahan.


Selain ada bahagian-bahagian The Smurfs ni, ada jugak bahagian The Adventurers Bumper Blast. Ini macam bumper car yang mana kita naik kereta yang disediakan lepastu main langgar-langgar kawan kat kereta sebelah tu. Dewasa dan kanak-kanak pun boleh main tau. 

6) Trick & Thrill Zone



Kat zon ni jugak hanya ada 1 attraction saja iaitu Tower Drop. Ini attraction yang mencabar jadi Ainy tarik diri jugak dari cuba sebab takut. Haha. Masa naik ni kita akan dibiarkan berada kat atas tu dengan ketinggian 52 meter lepastu dilepaskan laju-laju dalam tempoh 3 saat. Boleh bayangkan tak macamana lajunya? Fuhh mencabar!

Harga Tiket Promo Dari 18 Ogos hingga 17 September



Dah baca kan kesemua attraction di tiap zon diorang kan? Haaa best tak? Kalau anda pergi sendiri lagilah berganda-ganda best sebab dapat rasai pengalaman untuk tiap attraction tu. Sekarang ni MAPS tengah adakan jualan tiket promo yang pada Ainy sangat murah berbanding dari harga biasa. Promosi pulak dah bermula dari 18 Ogos lagi sebenarnya dan bakal tamat pada 17 September ni. Jadi anda masih ada masa nak grab harga promo ni.

Weekend Entrance Ticket: RM61 seorang

Weekdays Entrance Ticket: RM50 seorang

Evening Pass: RM35 seorang


MOVIE ANIMATION PARK STUDIOS (MAPS)
Persiaran Meru Raya 3, Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh, Perak

No comments:

Post a Comment