Followers:

Sep 27, 2018

Min'z Sambal Hitam Pahang Kini Boleh Dibeli di Potboy Groceries


Siapa kat sini peminat sambal hitam? Haaa kali ni Ainy nak kongsikan dengan anda berkenaan dengan salah satu jenama produk sambal hitam yang jadi favourite Ainy iaitu Min'z Sambal Hitam Pahang. Ainy dulu tak reti pun nak makan sambal hitam ni tau tapi bila cuba sekali makan produk keluaran Min'z Sambal Hitam Pahang ni rasa best pulak. Sedap tau! Lepastu sekarang dah jadi menu favourite Ainy kat rumah dan bila travel.

Apa Produk di Bawah Min'z Sambal Hitam Pahang?


Inilah pengasas Min'z Sambal Hitam Pahang; Kak Min.

Untuk anda yang tak tahu, Min'z Sambal Hitam Pahang ni diasaskan oleh Puan Siti Aminah binti Samsudin (Kak Min) yang berasal dari Raub, Pahang. Kak Min dapat resepi sambal hitam Pahang ni dari nenek moyang lagi tau. Kiranya resepi turun temurunlah ni sebab tulah agaknya sedap. Jadi dengan resepi tu Kak Min keluarkan 3 jenis produk di bawah jenama Min'z Sambal Hitam Pahang, antaranya;

1) Sambal hitam Pahang ikan bilis kering



Sambal hitam Pahang ni bertekstur seakan serunding. Jadi sesuai untuk dimakan dengan roti, nasi goreng panas dan lain-lain hidangan mengikuti kreativiti masing-masing. Tapi Ainy memang selalu makan sambal hitam Pahang ikan bilis kering ni dengan roti untuk sarapan pagi. Sedap!

2) Sambal hitam Pahang ikan bilis basah


Sambal hitam Pahang ni pula versi original dari resepi turun temurun keluarga Kak Min di Raub, Pahang. Kiranya menggunakan resepi original seperti masakan ibu di rumah. Sesiapa yang dari Pahang mesti tahu berkenaan ni dan untuk lepaskan rindu dengan masakan ibu anda, boleh cuba sambal hitam Pahang ikan bilis basah ni. Tak mengecewakan!

3) Sambal hitam Pahang ikan talang


Sambal hitam Pahang ikan talang ni pula diinovasi sendiri oleh Kak Min dengan menggunakan ikan talang jeruk berkualiti tinggi. Kiranya dah diolah supaya nampak lain dari yang lain tapi rasanya memang masih sama. Haa kalau anda nak tahu sambal hitam Pahang ikan talang ini jadi antara yang palinggg favourite Ainy sebab bila makan Ainy dapat rasa ketulan ikan talang dalam sambal hitam ni tau. Sedaplaaa.

Apa Keistimewaan Min'z Sambal Hitam Pahang?



Bila sebut sambal hitam Pahang, banyak jenama sambal hitam Pahang di luar sana tapi tiap dari mereka punya keistimewaan yang tersendiri dan begitulah jugak dengan Min'z Sambal Hitam Pahang ni. Setakat ni Ainy pernah cuba yang Min'z Sambal Hitam Pahang je dan di sini Ainy kongsikan keistimewaan Min'z Sambal Hitam Pahang pada pendapat Ainy sendiri secara peribadi;

1) Produk yang sedia dimakan


Produk di bawah Min'z Sambal Hitam Pahang ni adalah produk sedia dimakan. Ainy cuma perlu buka penutup botol dan sedia dihidangkan. Buat yang jenis bekerja dan kerap travel macam Ainy ni sangatlah menjimatkan masa. Apatah lagi buat golongan ibu kat luar sana yang bekerja yang tiada masa untuk memasak. Haaa produk di bawah Min'z Sambal Hitam Pahang ni boleh jadi salah satu menu express untuk makan.

2) Produk yang tahan lama


Selain sedia dimakan, produk di bawah Min'z Sambal Hitam Pahang jugak semua jenis yang tahan lama. Ainy beli dah berbulan-bulan pun masih boleh tahan lagi sehingga sekarang. Jadi untuk yang malas nak order satu-satu tu, boleh order terus banyak-banyak dan buat stok kat rumah. InshaAllah tahan lama dan rasa masih sama macamana yang anda baru beli.

3) Boleh dijadikan perencah masakan


Sphagetti aglio olio yang diletakkan sambal hitam Pahang ikan talang. Pergh sedap!

Sebelum ni Ainy tak tahu pun yang produk Min'z Sambal Hitam Pahang ni boleh dijadikan perencah masakan sehinggalah Ainy tengok sendiri Kak Min masak pelbagai jenis menu dengan sambal hitam Pahang ni. Dah lah senang lepastu sedap pulak tu. Bayangkan nak masak sphagetti aglio olio pun boleh masukkan sambal hitam Pahang sebagai perencah. Sedap!!

4) Boleh dimakan dengan pelbagai jenis makanan


Haa selain makan dengan nasi panas, produk Min'z Sambal Hitam Pahang pun boleh dimakan dengan pelbagai jenis masakan macam roti bakar, bubur ayam dan lain-lain. Kiranya boleh jadi macam penambah selera tiap kali makan. Dapat makan panas-panas ni memang sedaplaaa.

Min'z Sambal Hitam Pahang Boleh DiBeli di Potboy Groceries


Ainy dan kawan-kawan di majlis food testing Min'z Sambal Hitam Pahang anjuran Potboy Groceries.

Buat anda yang tak tahu Potboy Groceries ni adalah sebuah pembelian barang-barang dapur atas talian yang mana anda boleh shopping apa saja jenis barang-barang dapur dengan Potboy Groceries. Lepastu diorang akan hantar direct barang-barang tu ke rumah anda. Haa memandangkan produk di bawah Min'z Sambal Hitam Pahang ni makin hari makin dikenali jadi dengan itu Potboy Groceries melamar Min'z Sambal Hitam Pahang ni untuk bekerjasama dengan diorang. Jadi buat anda yang nak dapatkan penghantaran secara percuma di rumah, boleh beli Min'z Sambal Hitam Pahang di Potboy Groceries okay. Senang dan cepat!

Selain tu, anda juga boleh dapatkan Min'z Sambal Hitam Pahang di maklumat kat bawah ni okay;

Min'z Sambal Hitam Pahang

1 comment: