Skip to main content

Majlis Pelancaran Koleksi Zadia Crystal Hijab dari Zadia Hijab


Beberapa bulan lepas Ainy ada terima jemputan ke Majlis Pelancaran Koleksi Baru Zadia Hijab di Flora Terrace, Hamspire, Kuala Lumpur. Antara koleksi baru yang dilancarkan adalah Zadia Crystal Hijab. Untuk anda yang tak tahu, Zadia Hijab ni pengeluar tudung jenis shawl dan bawal tau. Sekarang diorang ada dalam lebih 10 koleksi hijab dan ditambah pulak dengan koleksi baru diorang iaitu Zadia Crystal Hijab.

Majlis pelancaran ni berjalan lancar dan meriah dengan kadatangan rakan blogger, artis dan keluarga Zadia Hijab sendiri. Ainy pun dapat kenal dengan ramai orang masa kat majlis pelancaran tu.


Apa Istimewanya Koleksi Zadia Crystal Hijab?


Berbeza dengan koleksi-koleksi yang lain, Zadia Crystal Hijab ni dikeluarkan dengan gabungan batu kristal di atas hijab tu sendiri. Gabungan batu kristal ni memang menampakkan lagi ciri-ciri eksklusif pada Zadia Crystal Hijab tu sebab itulah ia berbeza dengan koleksi Zadia Hijab yang lain.

Walaupun berbeza tapi kualiti kain yang digunakan masih sama. Ainy ada sehelai koleksi Zadia Hijab ni tau dan apa yang Ainy sangat suka dengan hijab ni adalah materialnya yang jenis senang bentuk. Bila pakai tu terletak elok je kat muka Ainy ni.


Setuju tak Ainy cakap yang dalam pemilihan tudung, material antara yang paling utama kita akan ambil beratkan betul tak? Ainy pun samalaaa. Kalau tudung tak terletak elok tu boleh moody tau seharian. Haha! Tapi koleksi Zadia Hijab ni baik yang lama atau baru semuanya menggunakan material yang premium jadi memang senang sangat nak digayakan. Harga pun berpatutan.



Buat yang penggemar bawal dan shawl yang bercorak atau plain, bolehlah dapatkan 1 koleksi Zadia Hijab ni. InshaAllah tak mengecewakan. Boleh tengok sendiri gambar-gambar Ainy tu kan, tudung pun terletak elok kat muka even seharian kat majlis pelancaran.

Terima kasih Zadia Hijab sebab jemput Ainy. Tahniah atas pelancaran koleksi Zadia Crystal Hijab. Cantik sangat! Moga sukses dan dapat bagi tambahnilai dalam kehidupan ramai orang dengan perniagaan tudung yang dijalankan sekarang. Amin.

Comments

Popular posts from this blog

9 Rutin Penjagaan Kulit Muka

Jarang Ainy nak share berkenaan kecantikan ni sebab Ainy sendiri pun masih belajar. Bila Ainy share ni tak bermakna kulit muka Ainy cantik, flawless kebabom macam instafamous tu tau tapi alhamdulillah getting better dari sebelum ni. Jadi nah Ainy nak kongsikan 9 rutin penjagaan kulit muka yang biasa Ainy amalkan di rumah untuk anda. Biar kita sama-sama sihat dan cantik ya.

Percutian ke Pulau Kapas, Terengganu yang Penuh Dengan Aktiviti Menarik

Baru-baru ni Ainy dan kawan-kawan berpeluang bercuti ke Pulau Kapas. Kalau anda nak tahu, Ainy ni jenis suka dengan apa saja jenis pulau dan pantai. Suka sangat! Tapi yang tak suka bila balik dari pulau atau pantai ni mesti kulit sunburn teruk. Grrhhh! Tapi tak pernah serik pun sebab tu bila kawan-kawan ajak ke Pulau Kapas ni, Ainy tak menolak malah excited!

Pengalaman Buat Rawatan Muka di Estetika Medispa (Rawatan Pertama)

PENGALAMAN BUAT RAWATAN MUKA DI ESTETIKA MEDISPA (RAWATAN PERTAMA) | Assalamualaikum dan selamat pagi semua. InsyaAllah hari ini Ainy nak berkongsi pengalaman Ainy sendiri buat rawatan muka di Estetika Medispa. Best ke tak best? Berkesan ke tak, semua itu Ainy akan kongsikan di bawah nanti okay. InsyaAllah.