Followers:

Sep 5, 2018

Big Tas'Tea antara Kedai Makan Pertama yang Buat Konsep "Drive-Thru" di Perlis


Baru-baru ni masa Ainy ke Perlis, Ainy sempat singgah berbuka puasa di salah satu kedai makan western di Arau, Perlis iaitu Big Tas'Tea. Ainy dimaklumkan yang Big Tas'Tea ni pernah viral di media sosial sebab jadi antara salah satu kedai makan PERTAMA yang buat konsep drive-thru. Alaa drive-thru yang macam KFC, McD, Pizza semua tu. Tapi yang ini lebih istimewa sebab kedai makan ni dimiliki oleh penduduk local sendiri. Hebat tak? Pada Ainy sesuatu yang perlu dibanggakan dan disokong oleh kita semua. Kalau bukan kita yang menyokong orang kita siapa lagi kan?


Ainy sempat berbual dengan pemilik Big Tas'Tea ni macamana beliau bermula dan sebagainya. Katanya lokasi kedai makan yang berada di tepi jalan ni buatkan beliau berfikir untuk buat konsep drive-thru. Semuanya sebenarnya untuk memudahkan pelanggan yang datang membeli tanpa perlu turun dari kereta. Very practikal sebab kadang orang malas nak parking, jadi bila ada konsep macamni bolehlah order dan tunggu pesanan dari dalam kereta je kan.

Antara Menu yang Menarik di Big Tas'Tea


Big Tas'Tea ni sebenarnya serve menu-menu barat macam pizza, kentucky, burger dan lain-lain. Ainy sempat cuba beberapa menu yang ada di kedai diorang antaranya;


Bila dah sebut drive-thru dan pernah viral pulak tu, mestilah akan ada air yang rare yang dijual. Haa kalau anda nak tahu, signature air di Big Tas'Tea semuanya jenis yang big cup macam dalam gambar ni. Ainy pun dah lihat sendiri yang beratur panjang-panjang untuk order tu semuanya mesti akan order air big cup ni. Jadi Ainy pun cubalah air ni jugak. Bahan dan topping pun padat tau! Kenalah dengan selera Ainy.


Ini pula pizza ala-ala macam Pizza Hut tapi ditambahbaik dengan resepi tersendiri. Habis 2 kotak pizza ni Ainy dan kawan-kawan makan. Haha punyalah sedap! Terasa sangat isi ayam pada pizza ayam tu tau.


Burger ni pun Ainy cuba jugak tau dan ayam dia paling best sebab terasa sangat perapan ayam tu. Lepastu isi ayam ni pun besar-besar dan crispy. Ainy pula jenis yang suka burger, itu yang bila cuba burger ni rasanya lain dari yang lain. Roti burger tu sama je tapi ayam dia tu yang lain. Lain yang sedaplah!


Selain ada makanan ringan, Big Tas'Tea juga ada sediakan menu "Full Plater" macamni. Menu ni sesuai untuk sesiapa yang nak makan makanan berat sebab dalam menu ni ada telur, sosej yang besar, isi ayam dan daging. Lepastu makan pulak dengan sos istimewa yang kena dengan menu ni. Memang menambahkan lagi selera makan anda.


Untuk penghujung hidangan, Ainy order aiskrim kelapa pulak. Apa yang buatkn Ainy kagum sebab aiskrim kelapa ni sebab ianya pun dibuat dengan menggunakan resepi diorang yang tersendiri. Sedap wey! Dah lah rasanya just nice lepastu ada jelly sikit sebagai topping untuk tambahnaikkan selera bila makan. Pendek kata semua sedaplah.

Untuk warga Perlis atau sesiapa yang berkunjung ke Perlis tapi tak tahu nak makan kat mana, anda wajib cuba makan di Big Tas’Tea ni. Rasa yang tak menghampakan. Info lanjut, boleh klik link di bawah ni okay;

BIG TAS’TEA
Bumbung Lima, Batas Liku, 02600 Arau, Perlis

No comments:

Post a Comment