Skip to main content

Berat Badan Turun Sebanyak 600gm Selepas Buat "Treatment" Di Panacea Spa


Untuk entry kali ni Ainy nak kongsikan dengan anda semua berkenaan dengan satu spa yang Ainy pernah pergi buat treatment beberapa bulan lepas iaitu Panacea Spa. Panacea Spa ni terletak di Bangi. Haa untuk anda yang tak tahu, treatment di Panacea Spa ni lebih kepada tujuan untuk kuruskan badan, nak kembalikan BMI yang tak normal dan juga untuk buangkan toksin yang berlebihan dalam badan.

Jadi Ainy ke sana baru-baru ni untuk buang toksin yang tersembunyi dalam badan yang tak nak keluar ni ha. Tapi dah alang-alang tu terus buat full slimming treatment sebab sesi pembuangan toksin pun dah termasuk dalam pakej tu dah. Jadi jom baca perkongsian Ainy macamana Ainy boleh turun sebanyak 600gm untuk sekali treatment. Okay ini review ikhlas beserta bukti tau. Ainy tak tipu!

6 Proses Perlu Dilalui Semasa Buat Treatment di Panacea Spa



Sebenarnya Ainy kena lalui 6 proses semasa buat treatment ni tau jadi Ainy ceritakan satu-satu supaya anda nampak macamana prosesnya dan juga macamana treatment ni boleh bantu turunkan berat badan Ainy. Okay let's start!

1) Sauna



Untuk sauna ni Ainy diberi masa dalam tempoh 20 minit dengan suhu yang bersesuaian dengan badan Ainy. Kiranya beautician Panacea Spa ni boleh adjust suhu supaya Ainy rasa selesa semasa bersauna. Kalau terlampau panas pun tak best jugak kan. Sauna ni pulak tujuan sebenarnya untuk memanaskan badan dan bagi liang kulit kita terbuka. Jadi bila dah terbuka, kulit dalam keadaan bersedia untuk teruskan proses yang seterusnya. Masa sesi sauna ni best sangat sebab bila dah selesai tu Ainy akan rasa satu badan Ainy lebih fresh dari sebelumnya.

2) EMS Machine



Ini pula proses kedua untuk treatment di Panacea Spa yang mana Ainy dibiarkan terbaring atas katil dengan sambungan beberapa wayar di bahagian badan Ainy yang berlemak. Jadi wayar tu nanti akan keluarkan getaran pada lemak-lemak tepu untuk memecahkan lemak dan membina otot badan. Haa kiranya getaran tu nantilah yang bantu pecahkan lemak yang berlebihan dalam badan kita. Proses ni tak silap Ainy dalam 20 minit juga sama seperti sauna.

3) Wrapping Body


This part yang Ainy paling suka sebab bestlaa satu badan kena wrapping. Haha tak pernah kan wrapping badan sekali buat rasa selamat je sebab dapat rasakan satu badan tengah rehat dari bergerak aktif. Okay proses ni pulak untuk membentuk tubuh badan dan melangsingkan badan tau. Jadi masa sesi wrapping tu, beautician akan sapukan krim untuk bakar lemak jugak dan proses ni tak lama pun dalam 10 minit saja. Semasa kena wrap tu, anda akan rasa macam panas-panas satu badan kesan krim pembakar lemak tu. Jadi nampaklah kat situ yang krim sedang bekerja.

4) Hot Blanket



Okay ini pulak part yang mana Ainy kena baring atas katil dan diselimutkan dengan hot blanket selama hampir 20 minit. Sempat Ainy tertidur masa Ainy buat proses ni tau, punyalah syok kena selimut dengan rasa suam-suam macamni. Proses ni pulak sebenarnya untuk bantu tingkatkan metabolisma dalam badan dan jugak untuk membakar lemak-lemak yang berlebihan. Jadi bila Ainy terbaring tu, hot blanket ni bekerja untuk bagi darah Ainy mengalir dengan lebih baik lagi. Segar sangat lepas dah selesai tu tau.

5) Toxin Flush


Okay tibalah part yang Ainy nak sangat iaitu buang toksin dalam badan dengan toxin flush. Proses ni selain bantu buang toksin yang berlebihan, ia jugak bantu menegangkan kulit tau. Sebab tulah kita kena amalkan buang toksin dalam badan kita. Selain dia memberi masalah pada pencernaan, jugak membuatkan kulit kita tua dari usia asal. Nak muda selalu kenalah amalkan toxin flush ni okay.

6) Diet Menu


Dah selesai kelima-lima proses tadi, proses akhir Ainy akan diberi consultation secara percuma dari beautician Panacea Spa berkenaan menu diet yang bersesuaian. Haa nak kurus, nak cantik kenalah disiplin menjaga pemakanan. Kalau tak, buatlah treatment apa pun nanti kembali semula pada yang asal.


Dalam salah satu menu diet yang disarankan oleh beautician Panacea Spa ni, Ainy suka nak kongsi satu produk yang beautician bagi iaitu Dr. Burn. Dr. Burn ni sesuai untuk pengambilan setiap hari untuk bantu buang segala toksin dan makanan yang berlebihan dalam badan kita. Lepastu bantu jugak bagi kita hilang selera makan jadi tak adalah lagi kita rasa nak makan je kan. Dapatlah kawal supaya dapat capai target untuk kurus.

Keputusan Treatment yang Mengejutkan & Berat Badan Turun Sebanyak 600gm



Dalam Ainy cuba buat suka-suka dan sekadar buat untuk buang toksin saja sebenarnya, tak sangka pula tau yang berat Ainy turun sebanyak 600gm. Ini cuma satu kali treatment je tau! Kalau anda konsisten ikut jadual treatment yang ditetapkan oleh Panacea Spa mesti boleh turun lagi banyak. Lepastu amalkan pulak menu diet yang disarakan oleh beautician Panacea Spa, inshaAllah berkesan.

Walaupun Ainy dah sedia kurus tapi Ainy saja nak kongsikan untuk anda yang kat luar yang nak kurus. Sebab Ainy sendiri tak sangka rupanya slimming treatment ni membantu jugak untuk kuruskan badan. Selama ni tak pernah tahu pun tau. Bila dah buat sekali dan nampak hasilnya itu yang Ainy kongsikan kat sini. Moga bermanfaat untuk anda yang tengah dalam usaha nak turunkan berat badan.


Bagi sesiapa nak dapatkan info berkenaan harga pakej untuk treatment yang Ainy buat ni dan nak dapatkan consultation secara percuma dari Panacea Spa, boleh contact diorang di bawah okay;

PANACEA SPA
No. 10-01, Jalan Puteri 2A/1,
Bandar Puteri Bangi,
43000 Kajang, Selangor

Comments

  1. bestnyaaa berat dia 40KG lebeh jaaa. hurm bilala berat kite nak jadi cemtuuu hahaha..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Percutian ke Pulau Kapas, Terengganu yang Penuh Dengan Aktiviti Menarik

Baru-baru ni Ainy dan kawan-kawan berpeluang bercuti ke Pulau Kapas. Kalau anda nak tahu, Ainy ni jenis suka dengan apa saja jenis pulau dan pantai. Suka sangat! Tapi yang tak suka bila balik dari pulau atau pantai ni mesti kulit sunburn teruk. Grrhhh! Tapi tak pernah serik pun sebab tu bila kawan-kawan ajak ke Pulau Kapas ni, Ainy tak menolak malah excited!

Borneo Natural Sukau Bilit Resort, Sabah antara Lokasi Percutian yang Sesuai Buat Pencinta Alam

Baru-baru ni Ainy berpeluang bercuti ke Sabah dan Ainy dan kawan-kawan pilih untuk ke Sukau, Sabah. Untuk anda yang tak tahu, percutian Ainy ke Sukau, Sabah agak berbeza dari percutian Ainy yang biasa sebab kali ni Ainy lebih pada bercuti untuk connect dengan nature. Dah macam kira percutian; back to nature dah tau. Untuk percutian ni, Ainy dan kawan-kawan pilih untuk menginap di Borneo Natural Sukau Bilit Resort, Sabah. Bila Google nama resort ni, anda akan jumpa gambar resort dia yang cantik dan unik. Sebab tulah Ainy dan kawan-kawan pilih resort ni dari resort-resort yang lain. Okay jom baca kisah Ainy kat bawah ni sepanjang kat sana okay.

Aspiro Tawar Perkhidmatan Perniagaan Global Pertama di Malaysia

Baru-baru ni Ainy menyertai pelancaran "Aspiro Global Business Services Centre" dan apa yang menariknya tentang Aspiro ni rupanya diorang adalah Pusat Perkhidmatan Perniagaan Global Pertama di Malaysia. Aspiro yang berstatus MSC ini memilih Malaysia untuk dijadikan sebagai headquaters menawarkan khidmat terbaik dalam pengurusan sumber manusia, teknologi maklumat, akaun dan kewangan kepada lebih 80,000 pengguna yang mempunyai perniagaan di Indonesia dan China.