Followers:

May 31, 2018

Buffet Ramadhan 2018: Hotel Hilton, Petaling Jaya


Memandangkan baru lepas berbuka kan, sajalah nak kongsi salah satu buffet Ramadhan di Hotel Hilton, Petaling Jaya yang Ainy pernah pergi sebelum ni. Sesiapa yang selalu lalu federal highway tu, mesti perasan bangunan hotel ni kat tepi jalan kan?

Komik Tempatan Lawak Kampus dan Animasi Boboiboy Bergabung Terbitkan Satu Komik Edisi Istimewa


Baru-baru ni Ainy menyertai satu majlis pra-pelancaran anjuran penerbit komik tempatan Lawak Kampus dan pemaju kandungan animasi Boboiboy yang bakal melancarkan satu komik edisi istimewa 'Lawak Kampus X Boboiboy Galaxy: Superior' di Atria Gallery. Ramai sangat orang yang datang semasa pra-pelancaran tu dan majoritinya adalah peminat tegar Lawak Kampus dan Boboiboy. Meriah sangat! Dah lah semasa pelancaran tu semua orang dapat bergambar dan minta tandatangan dari artis komik tu sendiri. Haa yang sejenis fanatik memang berpusu-pusulah datang untuk tak lepaskan peluang.

Haze Moisturizer antara Produk 3 Dalam 1 yang Sesuai Buat Para "Traveller"


Bila travel ni, kita memang tak boleh lari dari terkena sunburn kan. Dah lah susah nak hilang pulak tu bila dah sunburn. Sebelum ni pun kulit muka dan tangan Ainy sunburn teruk disebabkan back-to-back trip dan travel. Terpaksalah bertabah keluar rumah pergi meeting dalam keadaan kulit yang sunburn.

Sehinggalah satu hari ni, Ainy dikenalkan dengan satu produk pelembap dari seorang kawan. Katanya pelembap ni ada 3 fungsi dalam 1 produk yang bagus untuk kulit muka. Alhamdulillah sehingga hari ini dah nak masuk sebulan Ainy pakai Haze Moisturizer ni.

May 18, 2018

Mood Republik Bakal Menggegarkan Malaysia dengan Back to Back Raya Galore Festival 2018

Ini gambar di Press Conference sempena Back to Back Raya Galore Festival 2018.

Siapa yang tak kenal dengan Mood Republik kan? Mood Republik merupakan salah satu event yang mengumpulkan usahawan yang kecil dan besar di bawah satu bumbung melalui penjualan booth. Mood Republik yang berdaftar di bawah syarikat Mood Great Ideas Sdn Bhd ni bukan lagi satu nama yang asing malah dah terkenal dan menjadi bualan ramai seluruh Malaysia dengan kejayaan diorang dalam mengadakan Mood Republik di serata negeri di Malaysia. Ramai sangat orang yang datang berpusu-pusu semata untuk ke Mood Republik dan shopping di booth yang disediakan.

May 17, 2018

Buffet Ramadhan 2018: Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur


Assalamualaikum dan salam 1 Ramadhan untuk semua muslim di seluruh Malaysia. Apa cerita separuh hari berpuasa, okay ke? Ainy pula alhamdulillah okay dan tak sabar nak masak untuk menu berbuka puasa nanti. Hari pertama ni biasanya perasaan excited tu lain sikit kan. Haha.

May 4, 2018

Aspiro Tawar Perkhidmatan Perniagaan Global Pertama di Malaysia


Baru-baru ni Ainy menyertai pelancaran "Aspiro Global Business Services Centre" dan apa yang menariknya tentang Aspiro ni rupanya diorang adalah Pusat Perkhidmatan Perniagaan Global Pertama di Malaysia. Aspiro yang berstatus MSC ini memilih Malaysia untuk dijadikan sebagai headquaters menawarkan khidmat terbaik dalam pengurusan sumber manusia, teknologi maklumat, akaun dan kewangan kepada lebih 80,000 pengguna yang mempunyai perniagaan di Indonesia dan China.