Followers:

Apr 4, 2018

Borneo Natural Sukau Bilit Resort, Sabah antara Lokasi Percutian yang Sesuai Buat Pencinta Alam


Baru-baru ni Ainy berpeluang bercuti ke Sabah dan Ainy dan kawan-kawan pilih untuk ke Sukau, Sabah. Untuk anda yang tak tahu, percutian Ainy ke Sukau, Sabah agak berbeza dari percutian Ainy yang biasa sebab kali ni Ainy lebih pada bercuti untuk connect dengan nature. Dah macam kira percutian; back to nature dah tau. Untuk percutian ni, Ainy dan kawan-kawan pilih untuk menginap di Borneo Natural Sukau Bilit Resort, Sabah. Bila Google nama resort ni, anda akan jumpa gambar resort dia yang cantik dan unik. Sebab tulah Ainy dan kawan-kawan pilih resort ni dari resort-resort yang lain. Okay jom baca kisah Ainy kat bawah ni sepanjang kat sana okay.

Perjalanan dari Sandakan ke Sukau, Sabah


Untuk trip sepanjang di sana, Ainy ambil ground package dengan pihak Borneo Natural Sukau Bilit Resort memandangkan ground package yang ditawarkan dah termasuk dengan transport dari Sandakan ke Sukau. Jadi senanglah kerja Ainy. Tak perlu fikir lagi nak cari transport dari Sandakan. Dah lah perjalanan dari Sandakan untuk ke Sukau ambil masa dalam 2 jam lebih perjalanan.

Bila ambil pakej ni, Ainy cuma tunggu saja dan semuanya diuruskan oleh pihak resort. Jadi Ainy diminta oleh pihak resort untuk berkumpul di Hotel Sandakan. Waktu berkumpul yang ditetapkan adalah jam 11 pagi.


Jadi jam 11 pagi, pihak resort dah tunggu kami di hotel Sandakan dengan bas mini. Jadi sepanjang jalan, Ainy tidur je tau sebab penat yang terlampau. Malam sebelum bertolak tu Ainy tak dapat rehat yang cukup jadi sepanjang jalan tu memang Ainy tidur jelah. Tahu-tahu je dah sampai resort. Haha.

Penginapan yang Dikelilingi Hutan Hujan Tropika


Tiba di Borneo Natural Sukau Bilit Resort, Ainy dan kawan-kawan disambut dengan iringan lagu tradisional orang Sabah dan juga welcome drink dari pihak resort. Rasa macam VVIP pula bila disambut dari turun bas sehingga ke ruang makan.


Rupanya resort ni berada di pinggir Sungai Kinabatangan yang mana sungai ni adalah sungai kedua terpanjang di Malaysia. Untuk anda yang tak tahu, Sungai Kinabatangan ni ada buaya liar tau jadi aktiviti mandi-manda dilarang di sungai ni. Dan Ainy pun terpaksalah batalkan niat nak mandi bila dapat tahu ada buaya liar di sini.


Selepas minum dan dengar sedikit taklimat berkenaan aktiviti, Ainy dibawa masuk ke bilik untuk check-in. Sepanjang untuk ke bilik, Ainy perlu berjalan di atas jambatan kayu yang unik. Malah di kiri-kanan sepanjang untuk ke bilik dan di bilik ini sendiri dikelilingi dengan hutan hujan tropika dan pokok-pokok besar yang dah mencecah usia 100 tahun. Dah macam menginap dalam hutan dah tau bila kiri-kanan penuh pokok-pokok besar macamni. Tapi jujur cakap rasa tenang sangat. Lupa kejap segala masalah kerja kat ofis tu.


Ainy diberi bilik jenis triple yang boleh memuatkan 3 dewasa dalam 1 bilik. Bilik jenis ni mempunyai 1 katil bersaiz Queen dan 1 katil bersaiz Single. Lepastu disediakan sekali dengan bilik air yang unik dan menarik. Kalau anda nak tahu, dekorasi bilik ni nampak tradisional dengan ukiran kayu di dinding, bumbung dan katil bilik ni sendiri. Lepastu bilik air pula lengkap dengan air hujan, pemanas air dan toiletries dah tau. Ainy dah tak perlu nak bawa semua barang tu. Guna saja yang dah disediakan oleh pihak resort ni.


Bahagian dalam bilik yang Ainy paling suka selain dekorasi dia adalah beranda. Buka saja pintu belakang bilik, Ainy disajikan dengan hutan hujan tropika yang menenangkan jiwa. Boleh duduk santai dekat beranda ni sambil hirup udara hutan hujan tropika. Alahai tenangnya!


Aktiviti yang Boleh Dibuat di Borneo Natural Sukau Bilit Resort, Sabah


Memandangkan Ainy dah ambil pakej dengan pihak resort, maka semua aktiviti sepanjang Ainy kat sana pun dah diuruskan oleh diorang. Jadi Ainy nak kongsikan pula aktiviti menarik yang Ainy buat kat sana selama 3H2M.

1) 2 x Morning & 2 x Evening River Cruise



Banyaknya aktiviti river cruise yang dah dijadualkan untuk Ainy dan kawan-kawan. Nampak saja banyak tapi jujurnya Ainy sendiri rasa tak puas sebab ada banyak lagi hidupan liar yang Ainy tak sempat tengok. Sesi river cruise ni dibuat adalah untuk melihat hidupan liar yang terdapat di hutan hujan tropika ni tau. Bila sebut hidupan liar jadi janganlah simpan impian tinggi sangat untuk dapat tengok semua sekali dalam satu-satu masa. Sebab tulah sesi river cruise ni dijadualkan sebanyak 4 kali.

Macam Ainy sendiri ada beberapa hidupan liar yang Ainy tak dapat tengok depan mata dan antaranya adalah orang utan dan gajah. Setiap kali sesi river cruiseguide akan bawa Ainy dan kawan-kawan pergi kat sarang dan tempat yang binatang ni biasa duduk tapi sayangnya waktu Ainy pergi tu kami tak berpeluang untuk tengok. Kata guide Ainy tu mungkin diorang pergi cari makan.



Selain dapat tengok pelbagai jenis hidupan liar, Ainy juga disajikan dengan sunrise dan sunset tiap kali sesi river cruise. Pandai tau pihak resort susun jadual supaya setiap kali river cruise, kita dapat lihat sunrise dan sunset yang subhanaAllah cantiknya.


2) Night Walk


Night Walk ni dijadualkan pada hari pertama Ainy stay di resort dan semasa night walk, Ainy diminta untuk pakai kasut getah sebagai keselamatan diri. Kasut getah ni anda boleh sewa nanti dengan resort. Tak silap Ainy bayaran RM5-10 sahaja untuk sehari penggunaan. Jadi kalau rasa malas nak bawa dari rumah, boleh sewa saja dengan resort okay. Untuk sesi night walk Ainy dibawa masuk ke hutan hujan tropika dan melihat hidupan liar kat dalam hutan tu. Paling menarik, Ainy jumpa banyakkkk hidupan liar dan berbisa sepanjang night walk. Bunyi macam seram tapi inshaaAllah semuanya dikawal dengan baik oleh guide yang bertugas.

Tapi yang lagi best sepanjang sesi night walk tu Ainy ditemani dengan bintang yang penuh di dada langit. Tak tahulah macamana malam tu bintang penuh kat langit. Cantik sangat! Tapi sayang pula Ainy tak dapat capture moment tu sebab gelap lepastu ramai yang tak bawa handphone masa tu. Nak harapkan Iphone Ainy, memang tak cantiklah gambar waktu malam.

Sesi night walk ni tak ambil masa lama pun tau. Dalam 1 jam berjalan je tapi dalam tempoh tu Ainy dapat jumpa pelbagai jenis hidupan liar. Best! Bab keselamatan pula, anda tak perlu risau sebab track yang guide bawa Ainy pergi tu adalah track biasa yang mereka bawa customer lain juga. Jadi inshaaAllah selamat dan dikawal baik oleh pihak resort okay. Jangan risau!

3) Jungle Trekking



Jungle trekking pula dijadualkan pada hari kedua iaitu sesi morning river ruise. Guide yang bertugas bawa Ainy dan kawan-kawan masuk hutan dengan misi mencari hidupan liar kat sana pula. Selain tu, Ainy juga dikenalkan dengan pelbagai jenis pokok-pokok yang cantik dan unik. Maklumlah dalam hutan kan jadi banyaklah pokok yang jarang Ainy jumpa kat bandar yang tumbuh secara meliar kat situ. Dapatlah juga Ainy belajar sesuatu yang baru sepanjang trekking.

4) Ronda Kampung Bilit, Sukau, Sabah



Selepas sesi jungle trekking, guide yang bawa kitorang bagi bonus dengan bawa Ainy ronda kampung Bilit. Dapat tengok cara hidup penduduk sini dan anak-anak yang bermain tanpa fikir masalah atau fikirkan gadjet rasa seronok sangat tau. Diorang ni hidup tanpa gadjet sebab kat Kampung Bilit ni tiada line telefon tau. Memang bebetul connect dengan nature dan connect each other tanpa perlu fikir nak scroll socmed. Haha.

Harga Pakej 3H2M di Borneo Natural Sukau Bilit Resort, Sabah



Memandangkan Ainy di sana dah siap ambil pakej ground yang lengkap, jadi Ainy nak kongsikan sekali harga pakej yang resort sediakan. Terdapat 3 jenis pakej mengikut jenis bilik yang ditawarkan tau, antaranya;

RM385 / seorang untuk bilik jenis Dormitory
RM477 / seorang untuk bilik jenis Cottage
RM530 / seorang untuk bilik jenis Deluxe


Pakej termasuk;
1) Pengangkutan pergi balik dari Hotel Sandakan ke Borneo Natural Sukau Bilit Resort, Sabah.
2) 2 malam penginapan di jenis bilik yang dipilih (refer pada harga kat atas untuk jenis bilik).
3) 2 kali tea break, 2 kali breakfast, 1 kali makan tengahari dan 1 kali makan malam.
4) 4 kali sesi River Cruise (2 kali pagi dan 2 kali petang).
5) 1 kali sesi Night Walk.
6) 1 kali sesi Jungle Trekking.


Best kan harga dia? Dah lah murah lepastu dah termasuk dengan aktiviti dan makan-minum sepanjang kat sana sekali dah. Kalau anda nak buat tempahan atau nak tahu lebih lanjut lagi berkenaan pakej ni, boleh hubungi pihak resort di bawah ni okay;

BORNEO NATURAL SUKAU BILIT RESORT, SABAH
Hotline: 017-972 9128

20 comments:

  1. menarik.. tq share info dan pengalaman

    ReplyDelete
  2. Haahha woww bestnya wakkk dapat g sukau ! Untunglah kan .. Eh hahah rindu sukau., tak move on tengok percutian kita yg back to nature, back to kampung life.. Well tak cukup rasanya bercuti kat sana. resort dia cantik. makan sedap2, ada trabsport disediakan. dengan pakej yang ada... mmg murah kan kak wei

    ReplyDelete
  3. Menarik la tempat ni. Memang pertama kali amir tengok buaya yang betul real depan mata.Siap mak buaya lagi kot! Tapi korang mesti tak tengok kan sebab korang bangun lewat masa tu.hahaha

    ReplyDelete
  4. tak pernah sampai dekat sini lagi. first time dengar, tapi baguslah kalau dapat dihebahkan, banyak tempat menarik di sabah rupanya

    ReplyDelete
  5. Borneo is a nice place to explore as the scenery is peaceful and natural. I have not step until Sabah but I personally love to travel to Kota Kinabalu if I have the privilege.

    ReplyDelete
  6. cantiknya tempat ni. sha pun suka jugak tempat tempat nature ni.hotel tu pun nampak cantik!! terus nak masukkan sabah dalam wishlist satu hari nanti.

    ReplyDelete
  7. Tak pernah sampai ke sini. Tempat yang menarik kerana kita dapat bersatu dengan alam semulajadi. Aktiviti tengok sunset tu subhanallah cantiknya permandangan. Romantik sangat. Hati pun tenang je sebab dapat melihat kehijauan alam semulajadi.

    ReplyDelete
  8. Bestnya pergi sabah. Penuh aktiviti. Yang best semua dah disusun oleh organizer. Tak payah pening-pening nak buat aktiviti apa kan. Gambar and tempat penginapan pon cantik.

    ReplyDelete
  9. Relax je ainny dekat tepi sungai. Kak irra risau buaya datang je..kuss semangat... Cantiknya resort tu.. bestnye ainny berjalan sana sini

    ReplyDelete
  10. eh ainy ni guna phone ke? serius cantik gambar dia . pakai phone apa

    ReplyDelete
  11. Saya kagum dengan angle Ainy ambil gambar. Semuanya menarik dan terfokus.
    Lepas nie melancong la ke Sarawak pula ye. Hehe

    ReplyDelete
  12. First time tahu tentang kewujudan sukau ni. Serious selama ni tak tahu pun. Good info la. Next time nak ke sabah boleh consider sukau as one of the place to visit.

    ReplyDelete
  13. Tak pernah tahu pasal ni. Bertuahnye dapat visit tempat macam ni. Close to nature and get to know one culture. Tempat penginapan Tu memang best.

    ReplyDelete
  14. Tempat tidur biliknya.unik ya, ada kelambunya. Berkunjung ke Sabah aku blom pernah. Moga suatu hari nanti bisa kesana. Pangling lihat foto2nya bagus2 semua. Ada sungai kecil dan aku suka itu.

    ReplyDelete
  15. Jarang orang kita nak melancong tempat-tempat gini kan. Selalunya orang bertumpu kat kawasan bandar ataupun laut. Tapi sekali sekala best juga dapat bercuti kat dalam hutan macam ni. Dapat jugak dekatkan diri dengan alam semulajadi kan. Ni kalau pi kena bawak lens pjg ni. sedap teropong hidupan kat situ

    ReplyDelete
  16. Boleh lah nak masukkan Sukau dalam Bucketlist lepas ni. Suka juga dengan nature sekali sekala kita rapat dengan keindahan alam ni kan. Dari terperuk dengan jem je. Dah mula rindu nak travel ni.


    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  17. Seronok dapat pergi ke suatu tempat berbeza dari bandar. Sebab suasana dia best. Tenang, nyaman dan dapat tengok Flora dan fauna. Hehe. Bukan senang nak lakukan aktiviti begini. Kena ada minat dan jenis lapang dada belajar perkara baru. Kalau tak suka, mesti asyik la mencari line telefon. Hehe

    ReplyDelete
  18. Amboi gambar temenung tu jangan menung jauh sangat hehehehe Tapi cantik tempat ni dan memang very natural lah suka nak datang tengah tengok masa.

    ReplyDelete
  19. Sabah memang dalam bucket list nak pegi. Boleh follow itinerary ni nanti.

    ReplyDelete
  20. I really wanna go Sabah la... The only bucket list on 2017 not fulfilled... This year must fulfill it...

    ReplyDelete