Followers:

Apr 27, 2018

Percutian ke Pulau Kapas, Terengganu yang Penuh Dengan Aktiviti Menarik


Baru-baru ni Ainy dan kawan-kawan berpeluang bercuti ke Pulau Kapas. Kalau anda nak tahu, Ainy ni jenis suka dengan apa saja jenis pulau dan pantai. Suka sangat! Tapi yang tak suka bila balik dari pulau atau pantai ni mesti kulit sunburn teruk. Grrhhh! Tapi tak pernah serik pun sebab tu bila kawan-kawan ajak ke Pulau Kapas ni, Ainy tak menolak malah excited!

Apr 4, 2018

Borneo Natural Sukau Bilit Resort, Sabah antara Lokasi Percutian yang Sesuai Buat Pencinta Alam


Baru-baru ni Ainy berpeluang bercuti ke Sabah dan Ainy dan kawan-kawan pilih untuk ke Sukau, Sabah. Untuk anda yang tak tahu, percutian Ainy ke Sukau, Sabah agak berbeza dari percutian Ainy yang biasa sebab kali ni Ainy lebih pada bercuti untuk connect dengan nature. Dah macam kira percutian; back to nature dah tau. Untuk percutian ni, Ainy dan kawan-kawan pilih untuk menginap di Borneo Natural Sukau Bilit Resort, Sabah. Bila Google nama resort ni, anda akan jumpa gambar resort dia yang cantik dan unik. Sebab tulah Ainy dan kawan-kawan pilih resort ni dari resort-resort yang lain. Okay jom baca kisah Ainy kat bawah ni sepanjang kat sana okay.

Apr 2, 2018

Manjakan Diri di Rumah dengan Skrub Lulur dari Asianic


Bagi wanita yang bekerjaya, masa untuk diri sendiri sangatlah terhad. Kadang nak pergi gunting rambut dan manjakan diri di spa pun boleh kira dengan jari berapa kali saja dalam setahun. Samalah juga dengan kerja Ainy yang memerlukan Ainy travel sana-sini almost every week. Tapi dengan Asianic, anda tak perlu lagi risau untuk ke spa semua tu. Buat kat rumah saja lebih senang dan menjimatkan masa tau.