Memandangkan Ainy ke Melaka selain untuk Jalan Jalan Cari Makan, Ainy juga ambil peluang untuk berehat santai di hotel dari memikirkan soal kerja. Jadi Ainy memilih untuk menginap di salah satu hotel yang terdapat di Jalan Ujong Pasir iaitu The Settlement Hotel, Melaka. Hotel yang mempunyai kadar rating empat (4) bintang ini selain nampak eksklusif, ia juga mempunyai dekorasi yang sangat klasik.
BILIK PENGINAPAN
Di The Settlement Hotel, Melaka terdapat pelbagai jenis bilik yang boleh dipilih, antaranya Deluxe Room Twin, Deluxe Room Queen, Junior Suite King, Junior Suite Twin, Junior Villa, Luxury Villa dan The Settlement Suite.
Bilik yang Ainy pilih semasa ke Melaka tempohari adalah Luxury Villa. Apa yang menariknya, bilik jenis ini yang sangat luas cuma memuatkan dua (2) orang ahli sahaja. Memang tampak mewah apatah lagi disediakan dengan katil bersaiz king. Malah binaan vila yang berkayu menampakkan lagi keunikan dan ciri-ciri tradisional pada vila ini.
Katil bersaiz king yang disediakan ini sangat besar dan memberi keselesaan kepada Ainy dan kepada semua pengunjung. Malah selain sesuai untuk keluarga, vila ini juga sesuai untuk dijadikan sebagai lokasi menginap bagi yang mahu berbulan madu ke Melaka.
Dilengkapi dengan meja solek dan meja bersantai yang berukiran kayu ini menjadikan percutian Ainy begitu santai. Malah bila waktu petang, Ainy dapat luangkan masa membuat kerja di ruang santai yang mewah ini.
Selain itu, terdapat juga televisyen bersaiz 36" yang disediakan di dalam vila ini dengan pelbagai jenis siaran. Bila terasa malas hendak keluar berjalan di Melaka, Ainy juga banyak luangkan masa di bilik dengan menonton televisyen.
Malah bilik air yang didatangkan dengan bathub yang unik beri Ainy rasa kelainan daripada penginapan yang biasa Ainy pernah menginap sebelum ini. Bathub atau lebih dikenali sebagai kolah ini sesuai untuk dijadikan tempat mandian beramai-ramai bagi mereka yang mempunyai anak-anak kecil.
Selain itu, terdapat juga televisyen bersaiz 36" yang disediakan di dalam vila ini dengan pelbagai jenis siaran. Bila terasa malas hendak keluar berjalan di Melaka, Ainy juga banyak luangkan masa di bilik dengan menonton televisyen.
FASILITI HOTEL
Selain vila yang unik dan selesa, terdapat banyak fasiliti yang menarik di hotel ini, antaranya ada kolam renang, spa, ruang makan yang luas untuk sarapan dengan pelbagai menu yang menarik, gazebo untuk bersantai dan banyak lagi. Ini lah sebabnya kenapa Ainy katakan hotel ini family friendly!
Bahagian yang Ainy paling suka adalah bahagian kafe yang terdapat di The Settlement Hotel, Melaka. Ini kerana terdapat pelbagai jenis menu yang sedap dan menarik disajikan buat Ainy dan pengunjung yang lain. Malah konsep kafe yang dibuat secara indoor dan outdoor ini sangat sesuai untuk dijadikan pilihan pengunjung samada mahu makan di luar atau di dalam bangunan ruang makan yang berbumbung. Menarik! Malah kelihatan lebih santai.
Pendapat Ainy secara peribadinya, The Settlement Hotel, Melaka ini adalah hotel yang sangat family-friendly. Malah dekorasi yang tidak sarat dan klasik ini menjadikan percutian ini sesuai untuk sesiapa yang ingin bercuti dan merehatkan diri bersama keluarga. Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan The Settlement Hotel, Melaka, boleh hubungi mereka di talian di bawah;
Sewaktu Ainy melangkah masuk ke The Settlement Hotel, Melaka, Ainy menuju ke lobi hotel yang sangat luas dan selesa. Malah pekerja kaunter juga sangat peramah dan profesional dalam bekerja.
Selain itu, terdapat juga gazebo yang berkonsepkan klasik moden terletak di depan pintu masuk hotel yang menjadi tarikan utama pengunjung bila ke sini. Dapat bersantai di gazebo klasik ini dan bergambar bersama rakan-rakan dan keluarga suatu kemestian. Bila lagi hendak berpeluang untuk merasai bersantai di gazebo yang tampak mewah ini.
Kolam renang yang berkeluasan sederhana ini boleh dijadikan juga sebagai ruang untuk bersantai bersama keluarga dan yang tersayang. Malah Ainy juga berpeluang untuk memanjakan diri di The Library Spa yang terdapat bersebelahan kolam renang ini. Harga treatment yang ditawarkan adalah sangat berpatutan.
Selain itu, di perkarangan hotel juga disediakan tandas awam khusus untuk pengunjung hotel. Tandas ini dijadikan kemudahan untuk pengunjung membersihkan diri selepas bermandi-manda di kolam sebelum masuk ke bilik untuk berehat.
Bahagian yang Ainy paling suka adalah bahagian kafe yang terdapat di The Settlement Hotel, Melaka. Ini kerana terdapat pelbagai jenis menu yang sedap dan menarik disajikan buat Ainy dan pengunjung yang lain. Malah konsep kafe yang dibuat secara indoor dan outdoor ini sangat sesuai untuk dijadikan pilihan pengunjung samada mahu makan di luar atau di dalam bangunan ruang makan yang berbumbung. Menarik! Malah kelihatan lebih santai.
Pendapat Ainy secara peribadinya, The Settlement Hotel, Melaka ini adalah hotel yang sangat family-friendly. Malah dekorasi yang tidak sarat dan klasik ini menjadikan percutian ini sesuai untuk sesiapa yang ingin bercuti dan merehatkan diri bersama keluarga. Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan The Settlement Hotel, Melaka, boleh hubungi mereka di talian di bawah;
THE SETTLEMENT HOTEL, MELAKA
Cantik biliknya. Puas hati la kalau menginap di bilik yang cantik,mewah begini.
ReplyDeleteKlasik la interior hotel ni..menarik..macam kat Bali or Jakarta plak rasanya...boleh la terjah hotel ni nanti
ReplyDeletemenarik & cantik sangat dekorasi hotel ni. Family Friendly tu best sebab ye lah bila bercuti memang seronon spend time dgn family semua. baru boleh release stress!
ReplyDeletewow boleh nampak family friendly lengkap dengan swimming pool dan menarik deko jenis kayu... eh rasa macam perlu menginap kat sini kalau ke sana nanti nampak macam muat 2 keluarga..
ReplyDeleteSesuai bagi penginapan seisi keluarga. Nampak mewah tapi masih mengekalkan ciri-ciri tradisi. Bilik pun kemas dan sangat selesa. Boleh lah check in dekat sini lepas ni sebab tiap2 tahun ana akan ke melaka utk bercuti.
ReplyDeleteTak sangka dalam luxury nya... memang bagus ada chance stay dalam hotel macam ni...
ReplyDeleteIt's a great pleasure to stay in unique hotel like this~
Eksklusifnya hotel nie ye Ainy. Mesti tenang je dpt spend masa di sini. Jauh drpd bingit kota. Nak pergi jugaklah nanti !
ReplyDeleteCantiknya hotel settlement tu.suasana pun tenang bilik pun cantik.. mmg sesuai utk yg ada family..melaka pun mmg port best utk bervcuti sbb byk tempat best
ReplyDeleteBathtub tu nampak macam kecil je. Boleh ke muat tu? Ke kolah? Ruang gazebo tu cantik. Ekslusif ya 4 bintang. Bagi yg nak kelainan dekorasi bolehlah menetap kat sini kan. Macam suasana hotel kat Bali pakai kayu-kayan klasik
ReplyDeleteSaya sangat suka akan konsep katil yang macam tu bestnya teringin nak beli untuk bilik sendiri hehehe tapi nampak tempat ni cantik dan kemas.
ReplyDeleteWah..mcm menarik ni...
ReplyDeleteTetiba rindu gila kt melaka..maklum lah 6 thun duduk kt melaka dulu belajar kan...boleh tau rate utk vila tu?mcm best je
this place looks really cosy....and i am loving the ambient of the area...woody with minimal concrete...nice touch for sure!
ReplyDeleteAgak vintage juga.. if honeymoon sesuai sangat... siap ada spa lagi sebelah kolam.. menarik juga nie
ReplyDeleteHotel ni mcm style ala2 kampung..mesti best kan..bathtub dia tu nmpk sgt unik betul..teringin nak try..nnt singgah melaka blh la stay sini
ReplyDeleteThis hotel seems cool. Have the heritage feel and feels like living in the village ya. Can't wait to check this hotel.
ReplyDeleteRacheal
Menariknya setting hotel nie buat Rawlins rasa nak ajak kengkawan stay kat situ plak. Memang terasa seperti di kampung-kampung kan
ReplyDeleteLama dah tak jalan-jalan cari makan kat Melaka ni, nanti nak cari masa terluanglah untuk ke sana. Bolehlah nanti sis menginap kat sini..nampak menarik tempat ni
ReplyDeleteThis is one of the hotel that my friend recommend as the hotel feature the tradisi of the decoration. The whole hotel is instagramable.
ReplyDeleteWhat a beautiful stay you had, the villa is beautiful and well equipped, wonder what is the price for it thou, hopefully it doesn't cost a bomb so I'll get a chance to try it out in the future.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHello! Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
I never knew that Melaka had this sort of hotel. Was looking at some when I went there last but didn't manage to come across this one. Looks good though, so will definitely try staying here when I head there next.
ReplyDeleteperghhh
ReplyDeleteserius cantik
wahhh.... makanan dia.. buat rasa macam nak makan semua sekali
ReplyDelete