Skip to main content

5 Sebab Balm dari Tasneem Naturel Jadi Pilihan Ibu Bapa


Sejak seminggu dua ini, wall media sosial Ainy dihujani dengan posting berkenaan Tasneem Naturel  dari kawan-kawan sehingga terdetik di hati Ainy untuk mendapatkan info berkenaannya. Rupanya Tasneem Naturel adalah pengeluar balm untuk bayi dan anak-anak kecil. Walaupun Ainy tiada anak, Ainy sangat faham bahawa penjagaan anak kecil bukanlah semudah yang kita bayangkan. Ainy sendiri mempunyai sembilan (9) anak saudara yang rata-ratanya dari kecil punya ragam dan masalah kesihatan yang berbeza.

Kadang sebagai ibu bapa, selain usaha memberi didikan yang terbaik buat anak perlu juga kreatif dalam pemilihan produk untuk kegunaan seharian. Bila anak sihat dan senang diurus, tugas sebagai ibu bapa juga jadi lebih mudah dan tersusun. Jadi Ainy nak sarankan anda untuk menggunakan balm dari Tasneem Naturel sebagai penyelesai masalah anak-anak anda dan antara sebab-sebab anda perlu memilikinya adalah;

1) Terdapat empat (4) jenis balm mengikut situasi


Bila sebut balm, rata-rata terbayangkan balm yang digunakan untuk semuaaaa masalah. Pendek kata; all-in-one! Tapi tahukah anda bahawa balm yang seperti ini tidak memfokuskan secara terperinci pada tiap masalah kerana tiap penyelesai masalah dan penyakit perlulah datang sekali dengan bahan-bahan kandungan yang bersesuaian. Dengan itu, Tasneem Naturel mengeluarkan empat (4) jenis balm mengikut situasi dan permasalahan, antaranya;

1) CF-Rub



CF-Rub berfungsi sebagai penyelesai masalah anak demam, batuk dan selsema. Bahan-bahan yang terdapat di dalam CR-Rub seperti eucalyptus oil, cypress, tea tree dan lemon bantu melegakan pernafasan, mengurangkan batuk, mencairkan kahak dan mengurangkan suhu badan anak-anak anda yang mengalami demam. Cara penggunaannya pun sangat mudah, anda cuma perlu sapukan balm ini di tapak kaki, dada, tekak dan tulang belakang anak-anak. Senang kan?

2) Calm Time



Calm Time pula berfungsi memberi keselesaan kepada anak-anak anda. Minyak pati tulen yang diadun di dalam Calm Time seperti lavender, bergamot, frankinsense dan marjoram bantu anak-anak anda jadi lebih tenang dan ceria. Pendek kata; tidak terlalu hyper-active. Susah jugak untuk menguruskan anak-anak yang hyper ini sebenarnya jadi bila anda lihat anak-anak kelihatan hyper dari biasa, sapukan saja Calm Time di tapak kaki, nadi, belakang telinga dan tulang belakang. Selain itu, jangan putus doa moga Allah bagi ketenangan pada anak-anak kita supaya kita sebagai ibu bapa juga senang dalam menguruskannya.

3) Sleep Time



Masalah utama ibu bapa yang mempunyai anak kecil adalah kerap berjaga malam kerana anak masih aktif dan belum menunjukkan tanda-tanda mahu tidur. Bila setiap hari tidur lambat, kesihatan anda sendiri pula yang terjejas. Jadi Sleep Time ni berfungsi untuk membantu anak-anak supaya mudah lena di malam hari dan bangun pula dalam keadaan mood yang ceria. Pati-pati tumbuhan seperti cedarwood, vetiver, roman chamomile dan ylang-ylang akan membantu anak-anak untuk mendapat tidur yang berkualiti. InshaaAllah. Jadi selepas ini tiada lagi masalah ibu bapa berperang dengan anak-anak tiap malam untuk mereka tidur. 

4) Tummy Time



Perut anak-anak kecil sangat sensitif pada makanan. Di dalam fasa awal untuk melatih anak anda untuk makan, penggunaan Tummy Balm ini sangat bagus kerana fungsinya bantu melegakan perut kembung, sembelit dan membuang angin yang berlebihan pada badan. Selain tu, Tummy Balm juga bantu masalah penghadaman dengan kandungan bahan-bahan utama yang terdapat di dalam Tummy Balm seperti fennel, ginger, lemongrass dan anise. Anda boleh sapukan balm ini di tapak kaki dan perut anak anda dan disarankan untuk membuat urutan seperti urutan "I Love You" bagi memastikan anak anda merasa lebih selesa.

2) Selamat digunakan kerana tiada kandungan bahan kimia



Bila melibatkan produk penjagaan untuk diri kita sendiri dan anak-anak, benda utama yang dititikberatkan adalah kandungan yang terdapat pada produk tersebut. Untuk balm dari Tasneem Naturel ini inshaaAllah dijamin selamat digunakan kerana tiada sebarang bahan kimia seperti paraben, SLS dan pewarna. Malah balm ini juga mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

3) Packaging yang senang di bawa kemana-mana



Apa yang Ainy perhatikan, bagi mereka yang bergelar ibu ini beg tangan ibu itulah tempat simpanan barang anak-anak. Mana nak simpan barang make-up ibu-ibu lagi, selepas itu nak ditambah dengan barang keperluan anak-anak pula. Jadi packaging yang sesuai dan senang dibawa mula jadi benda pertama perlu difikirkan setiap ibu dan anda tak perlu risau kerana balm dari Tasneem Naturel ni semuanya dalam botol yang cute, ringan dan senang dibawa. Letak di dalam beg tangan ibu-ibu pun tidak menggunakan banyak ruang.

4) Tesktur yang tidak melekit



Bila sebut balm atau minyak, mesti kita dah terbayangkan teksturnya yang melekit kan? Tapi balm dari Tasneem Naturel ni tidak melekit. Ibu bapa nak sapu bila-bila pada anak pun tak ada masalah kerana lepas saja disapu balm ni akan menyerap pada kulit. Jadi tidak perlu risau nak basuh atau lap selepas menggunakannya.

5) Tahan lama



Walaupun packaging balm ni bersaiz cute comel tapi ianya boleh bertahan sehingga 3-4 bulan dengan kekerapan penggunaan setiap hari. Ini kerana teksturnya yang ringan yang menjadikannya lebih tahan lama. Di situ anda sudah boleh berjimat.

Ainy tak terkecuali mempunyai keempat-empat jenis balm ini dan inshaaAllah Ainy rancang nak bagi tiap satu (1) balm pada keluarga Kak Long Ainy, keluarga Kak Ngah, keluarga Abang Chik dan keluarga teammates Ainy. Moga kelebihan dan kebaikan dari balm ini dapat digunakan pada anak-anak mereka. InshaaAllah.

Bagi ibu bapa di luar sana yang bercadang untuk mendapatkan balm ini, boleh berhubung direct dengan pihak Tasneem Naturel;

TASNEEM NATUREL NETWORK

Comments

  1. Salam Ainny.. KakYa singgah sini jenguk2 balm comel hehehe.. Wahh bestnya sejak guna balm tasneem ni.. macam2 kegunaan untuk setiap botol.. kena dapatkan semua set untuk keperluan seisi rumah kan Ainny.. KakYa suka semua tapi paling suka yang hijau hehehe.. Ada masa jemput la singgah blig KakYa jugak..
    http://www.akifimtiyaz.com/2018/01/tasneem-naturel-balm-balm-pilihan-keluarga-kami.html

    ReplyDelete
  2. Bestkan semua balm ni. Masing-masing ada keistimewaan. Ibu-ibu wajib ada balm ni dalam simpanan untuk waktu yang tak diduga

    ReplyDelete
  3. bau balm ni memang menenangkan rasanya..hehehe

    ReplyDelete
  4. cik timm pun suka btoi dengan balm ni, sentiasa letak dalam bag..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Percutian ke Pulau Kapas, Terengganu yang Penuh Dengan Aktiviti Menarik

Baru-baru ni Ainy dan kawan-kawan berpeluang bercuti ke Pulau Kapas. Kalau anda nak tahu, Ainy ni jenis suka dengan apa saja jenis pulau dan pantai. Suka sangat! Tapi yang tak suka bila balik dari pulau atau pantai ni mesti kulit sunburn teruk. Grrhhh! Tapi tak pernah serik pun sebab tu bila kawan-kawan ajak ke Pulau Kapas ni, Ainy tak menolak malah excited!

Borneo Natural Sukau Bilit Resort, Sabah antara Lokasi Percutian yang Sesuai Buat Pencinta Alam

Baru-baru ni Ainy berpeluang bercuti ke Sabah dan Ainy dan kawan-kawan pilih untuk ke Sukau, Sabah. Untuk anda yang tak tahu, percutian Ainy ke Sukau, Sabah agak berbeza dari percutian Ainy yang biasa sebab kali ni Ainy lebih pada bercuti untuk connect dengan nature. Dah macam kira percutian; back to nature dah tau. Untuk percutian ni, Ainy dan kawan-kawan pilih untuk menginap di Borneo Natural Sukau Bilit Resort, Sabah. Bila Google nama resort ni, anda akan jumpa gambar resort dia yang cantik dan unik. Sebab tulah Ainy dan kawan-kawan pilih resort ni dari resort-resort yang lain. Okay jom baca kisah Ainy kat bawah ni sepanjang kat sana okay.

Aspiro Tawar Perkhidmatan Perniagaan Global Pertama di Malaysia

Baru-baru ni Ainy menyertai pelancaran "Aspiro Global Business Services Centre" dan apa yang menariknya tentang Aspiro ni rupanya diorang adalah Pusat Perkhidmatan Perniagaan Global Pertama di Malaysia. Aspiro yang berstatus MSC ini memilih Malaysia untuk dijadikan sebagai headquaters menawarkan khidmat terbaik dalam pengurusan sumber manusia, teknologi maklumat, akaun dan kewangan kepada lebih 80,000 pengguna yang mempunyai perniagaan di Indonesia dan China.