Skip to main content

Lima (5) Kubah Menarik di Expo Negaraku 2017

LIMA (5) KUBAH MENARIK DI EXPO NEGARAKU 2017 | Assalamualaikum semua. Siapa tahu berkenaan dengan pameran Expo Negaraku yang sedang berlangsung sekarang di Dataran Merdeka? Untuk makluman anda actually Expo Negaraku ni adalah pameran berskala besar yang membawakan projek-projek infrastruktur dan rancangan pembangunan masa hadapan dalam bentuk interaktif dan informatif. Haaa Ainy pun baru tahu juga berkenaan dengan Expo Negaraku. Alhamdulillah diberikan rezeki masa untuk ke sana minggu lepas dan lihat sendiri apa yang menarik di sana.


Jadi hari ini Ainy nak kongsikan dengan anda apa yang menariknya di Expo Negaraku dan Ainy nak ajak anda juga ke sana sebab serius langsung tak rugi. Malah pameran ni juga bermanfaat untuk semua golongan (muda atau tua). Bila sebut berkenaan dengan pembangunan negara, kadang kita cuma tutup sebelah mata saja. Sebab pada kita tak perlu pun kita ambil tahu. Tapi bila ada pameran sebegini yang memaparkan tentang rancangan kemajuan negara, pada Ainy tak salah kalau kita sekali-sekala sibuk untuk ambil tahu. Dari situ timbulnya rasa SAYANG pada negara sebab kita nampak apa progres dan pembangunan negara untuk kebaikan kita bersama.

Okay di Expo Negaraku ni ada lima (5) bahagian pameran yang diasingkan atau lebih dikenali sebagai kubah. Jadi tiap-tiap kubah ni ada tarikan yang tersendiri. Jadi Ainy mulakan perkongsian dengan tiap-tiap kubah okay supaya anda senang faham. Okay let’s start!

Kubah 1: Tuah Dikongsi Bersama


Ini kubah pertama yang Ainy akan lalui bila beratur di pintu masuk. Kat sini Ainy dipaparkan dengan cerita yang mengisahkan tentang kehidupan seorang perempuan muda bernama Alia. Ainy dapat tengok jalan cerita Alia di skrin besar yang disediakan. Menarik! Tapi siapa Alia ni? Ha yang tu anda kena datang sendiri tengok tau.


Kubah 2: Kemudahan Infrastruktur


Kat kubah kedua ni, antara ruangan pameran yang Ainy palingggg suka. Bayangkanlah Ainy masuk dalam kubah kedua ni, Ainy dipaparkan dengan simulator pembikinan lorong MRT dan SMART. Ainy juga berpeluang untuk rasai sendiri bagaimana buruh kasar yang bersusah payah dalam menyiapkan terowong ni untuk kemudahan kita bersama. Siap disediakan dengan uniform dan topi keselamatan lagi tau.


Selepas tu, terdapat juga simulator MRT yang pada Ainy sangat menarik. Ainy dapat masuk MRT tu dan rasai sendiri bagaimana menaiki MRT. Dah macam naik MRT real punya tau. Memang sangat best!


Terdapat juga simulator kapal terbang dan lain-lain yang boleh Ainy cuba. Bawa anak-anak saudara mesti diorang suka ni.




Kubah 3: Kehidupan & Kesejahteraan


Kubah ketiga ni banyak memaparkan kemudahan seperti hospital, perumahan, penggunaan alat telekomunikasi, tanam-tanaman dan banyakkkk lagi. Di sini Ainy dapat lihat sendiri pelbagai inisiatif yang membantu pertumbuhan ekonomi Malaysia dan secara tak langsung menambahbaik tahap kehidupan dan kesejahteraan rakyat.



Kubah 4: Gaya Hidup Malaysia


Kubah keempat ni pula terdapat air terjun buatan, dapat feeling-feeling seakan menaiki menara PNB118 dan melihat bandaraya Pulau Langkawi dari puncak kereta kabel. Selain tu, Ainy juga berpeluang melihat infrastruktur moden sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan. Dah macam pergi bercuti pula bila masuk ke kubah keempat ni.



Kubah 5: Masa Depan Gemilang


Ini adalah kubah terakhir yang mana Ainy dapa melihat sendiri paparan visual berkenaan dengan masa depan Malaysia. Masa ni rasa kagum sangat dengan tiap perancangan yang sedang dibuat oleh Malaysia. Good job Malaysia!


Menarik tak? Masih belum terlambat tau untuk anda pergi dan lihat sendiri pameran yang Ainy ceritakan tadi. Masuk pula PERCUMA tau. Jadi boleh bawa satu keluarga pergi.

EXPO NEGARAKU
Tarikh: 15 Nov - 15 Dis 2017
Waktu Operasi: 10 pagi - 10 malam
Tempat: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Untuk info lanjut berkenaan Expo Negaraku, anda boleh layari laman media sosial Expo Negaraku;

Instagram: @exponegaraku
Facebook: /exponegaraku2017

Comments

  1. Wahh bestnya kak! Setiap kubah sangat unik dan menarik! Kena pergi sebelum terlambat ni!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Percutian ke Pulau Kapas, Terengganu yang Penuh Dengan Aktiviti Menarik

Baru-baru ni Ainy dan kawan-kawan berpeluang bercuti ke Pulau Kapas. Kalau anda nak tahu, Ainy ni jenis suka dengan apa saja jenis pulau dan pantai. Suka sangat! Tapi yang tak suka bila balik dari pulau atau pantai ni mesti kulit sunburn teruk. Grrhhh! Tapi tak pernah serik pun sebab tu bila kawan-kawan ajak ke Pulau Kapas ni, Ainy tak menolak malah excited!

Borneo Natural Sukau Bilit Resort, Sabah antara Lokasi Percutian yang Sesuai Buat Pencinta Alam

Baru-baru ni Ainy berpeluang bercuti ke Sabah dan Ainy dan kawan-kawan pilih untuk ke Sukau, Sabah. Untuk anda yang tak tahu, percutian Ainy ke Sukau, Sabah agak berbeza dari percutian Ainy yang biasa sebab kali ni Ainy lebih pada bercuti untuk connect dengan nature. Dah macam kira percutian; back to nature dah tau. Untuk percutian ni, Ainy dan kawan-kawan pilih untuk menginap di Borneo Natural Sukau Bilit Resort, Sabah. Bila Google nama resort ni, anda akan jumpa gambar resort dia yang cantik dan unik. Sebab tulah Ainy dan kawan-kawan pilih resort ni dari resort-resort yang lain. Okay jom baca kisah Ainy kat bawah ni sepanjang kat sana okay.

Aspiro Tawar Perkhidmatan Perniagaan Global Pertama di Malaysia

Baru-baru ni Ainy menyertai pelancaran "Aspiro Global Business Services Centre" dan apa yang menariknya tentang Aspiro ni rupanya diorang adalah Pusat Perkhidmatan Perniagaan Global Pertama di Malaysia. Aspiro yang berstatus MSC ini memilih Malaysia untuk dijadikan sebagai headquaters menawarkan khidmat terbaik dalam pengurusan sumber manusia, teknologi maklumat, akaun dan kewangan kepada lebih 80,000 pengguna yang mempunyai perniagaan di Indonesia dan China.