Followers:

Nov 27, 2017

Lima (5) Kubah Menarik di Expo Negaraku 2017

LIMA (5) KUBAH MENARIK DI EXPO NEGARAKU 2017 | Assalamualaikum semua. Siapa tahu berkenaan dengan pameran Expo Negaraku yang sedang berlangsung sekarang di Dataran Merdeka? Untuk makluman anda actually Expo Negaraku ni adalah pameran berskala besar yang membawakan projek-projek infrastruktur dan rancangan pembangunan masa hadapan dalam bentuk interaktif dan informatif. Haaa Ainy pun baru tahu juga berkenaan dengan Expo Negaraku. Alhamdulillah diberikan rezeki masa untuk ke sana minggu lepas dan lihat sendiri apa yang menarik di sana.


Jadi hari ini Ainy nak kongsikan dengan anda apa yang menariknya di Expo Negaraku dan Ainy nak ajak anda juga ke sana sebab serius langsung tak rugi. Malah pameran ni juga bermanfaat untuk semua golongan (muda atau tua). Bila sebut berkenaan dengan pembangunan negara, kadang kita cuma tutup sebelah mata saja. Sebab pada kita tak perlu pun kita ambil tahu. Tapi bila ada pameran sebegini yang memaparkan tentang rancangan kemajuan negara, pada Ainy tak salah kalau kita sekali-sekala sibuk untuk ambil tahu. Dari situ timbulnya rasa SAYANG pada negara sebab kita nampak apa progres dan pembangunan negara untuk kebaikan kita bersama.

Nov 21, 2017

Dua (2) Tarikan Baru di Lost World of Tambun, Perak


DUA (2) TARIKAN BARU DI LOST WORLD OF TAMBUN, PERAK | Bila sebut saja Lost World of Tambun, mesti anda terbayangkan taman tema yang besar dan menyoronokkan? Tapi sekarang ada dua (2) tarikan baru yang terdapat di dalam Lost World of Tambun yang pasti menamahbahkan keseronokan bila anda berkunjung ke Lost World of Tambun nanti, antaranya:

1) Hippo Kingdom


Hippo Kingdom ni terletak jauh ke dalam sikit berbanding dengan tarikan yang lain sebab ianya terletak di dalam Lost World Adventure Park, bersebelahan dengan glamping. Apa yang menariknya, hippo kat sini diberi nama Juwita. Comel je. Kalau anda nak tengok Juwita ni dengan lebih dekat, anda perlu turun ke bahagian Underwater View (rujuk gambar bawah ni).

Pintu masuk ke Hippo Kingdom.


Nov 13, 2017

Staycation yang Penuh Aktiviti Menarik di De Palma Eco Resort, Kuala Selangor


STAYCATION YANG PENUH AKTIVITI MENARIK DI DE PALMA ECO RESORT, KUALA SELANGOR | Assalamualaikum semua. Baru-baru ni Ainy berpeluang staycation di De Palma Eco Resort, Kuala Selangor. Kenapa Ainy pilih De Palma Eco Resort, Kuala Selangor sebab memang Ainy nak 'lari' jauh sikit dari kesibukan kota. Jadi memang sesuai sangat Ainy pilih De Palma Eco Resort kat Kuala Selangor ni sebab konsep resort ni pun 'back to nature'.

Dalam banyak-banyak jenis chalet dan vila yang ada di De Palma Eco Resort ni, Ainy pilih chalet sebab lebih privacy. Chalet pun jenis sebiji-sebiji macamtu tapi bersebelahan. Tak silap Ainy ada 48 chalet dan 12 vila kat sini dengan rekaan dalamnya yang moden. Nampak je luar macam biasa tapi bila masuk dalam, rasa selesa sangat.

Nov 4, 2017

Pengalaman Sertai Aktiviti 6th Mile Tunnel di Lost World of Tambun, Perak

PENGALAMAN SERTAI AKTIVITI 6TH MILE TUNNEL DI LOST WORLD OF TAMBUN, PERAK | Siapa di sini yang suka dengan aktiviti lasak? Okay Ainy angkat tangan dulu boleh? Hehe. Ainy ni walaupun berpurdah tapi Ainy sangat suka buat sesuatu yang baru. Antaranya aktiviti lasak dan yang jadi pilihan Ainy kali ini adalah 6th Mile Tunnel di Lost World of Tambun, Perak.

Bila sebut tunnel je mesti anda terbayangkan terowong kan? Sebelum Ainy cerita lanjut salasilah terowong tu, Ainy ceritakan dulu cabaran-cabaran yang Ainy dan kawan-kawan perlu hadapi sebelum tiba di pintu 6th mile tunnel. Sangat mencabar tau!