Skip to main content

Pengalaman Buat Rawatan Muka di Estetika Medispa (Rawatan Pertama)

PENGALAMAN BUAT RAWATAN MUKA DI ESTETIKA MEDISPA (RAWATAN PERTAMA) | Assalamualaikum dan selamat pagi semua. InsyaAllah hari ini Ainy nak berkongsi pengalaman Ainy sendiri buat rawatan muka di Estetika Medispa. Best ke tak best? Berkesan ke tak, semua itu Ainy akan kongsikan di bawah nanti okay. InsyaAllah.



Sebenarnya Ainy dah agak lama Ainy tak buat rawatan muka. Salah satu sebab utamanya; dah pindah Shah Alam lepastu malas nak cari pusat rawatan muka yang baru. Haha Ainy ni nama je dah duduk Shah Alam hampir 1 tahun tapi kalau tanya selok belok Shah Alam, sangatlah sikit pengetahuan Ainy sebab tak suka nak buang masa kat luar. Kalau Ainy keluar rumah pun sebab kerja, meeting, usrah, program kat masjid, event blogger dan lain-lain. Tapi kalau tak ada apa-apa, Ainy lebih suka pilih duduk kat rumah. 

Dulu masa di Johor Bahru, Ainy ni pelanggan setia salah satu rawatan muka ni (nama dirahsiakan sebab agak famous jugak rawatan muka ni) dan even sekarang pun Ainy masih ada berbaki 5-6 treatment yang belum selesai. Tapi jujur cakap, Ainy agak kurang suka dengan rawatan muka tersebut. Rasa macam pergi dengan tak pergi pun sama je. Tak ada banyak perubahan yang berlaku kat muka. Itu yang berbaki lagi 5-6 treatment sebab dah malas nak pergi.

Itu yang bila Ainy dah tinggal di Shah Alam ni dan bila dah terdetik nak jaga balik muka, Ainy jadi agak cerewet dalam pemilihan pusat rawatan. Iyalah nanti bayar mahal-mahal, hasilnya sama. Buat habis duit je kan. Jadi Ainy banyak buat research melalui carian di Google berkenaan pusat rawatan terbaik di Shah Alam. Kebetulan pula baru-baru ni Ainy ada terima jemputan untuk ke majlis pembukaan cawangan baru Estetika Medispa. Bila dapat jemputan tu dan bila dengar nama Estetika Medispa ni, namanya agak familiar tau. Tapi tak silap Ainy Estetika Medispa ni beroperasi kat Terengganu. Rupanya bila Ainy sendiri datang ke majlis pembukaan cawangan baru mereka di Shah Alam ni, barulah Ainy tahu yang rupanya Estetika Medispa ni ada banyakkkkk cawangan di Malaysia. Antaranya; Klang, Bangi, Terengganu dan alhamdulillah yang baru dibuka tak sampai sebulan ni di Shah Alam pula.

Sewaktu di majlis pembukaan cawangan baru Estetika Medispa

Ha ini gambar di majlis pembukaan cawangan baru Estetika Medispa yang Ainy pergi baru-baru ni. Alhamdulillah ramai beautician dari Estetika Medispa yang Ainy jumpa dan banyak juga tip-tip kecantikan yang Ainy dapat dari mereka. Selain tu, Rozita Che Wan dan Zain Saidin pun antara tetamu VVIP pada majlis pembukaan tu dan sempatlah juga Che Ta berkongsi tip kecantikan dari dia sendiri pula.

Ainy cakap laju sangat ke sampai Che Ta tengok macamtu sekali? Hehe.

Lepas balik dari majlis tu, Ainy ada buat research sikit pasal Estetika Medispa ni. Alhamdulillah banyak feedback baik yang Ainy jumpa dekat carian Google. Malah ramai artis-artis yang menggunakan servis mereka tau. Jadi Ainy akhirnya decide untuk cuba rawatan muka kat Estetika Medispa dan Ainy pilih Estetika Medispa cawangan Shah Alam sebab sangatlah dekat dengan rumah dan ofis Ainy.

Sebelum Ainy datang ke Estetika Medispa ni, Ainy dah buat appointment siap-siap nak datang pukul berapa. Bila sampai di Estetika Medispa ni, Ainy dilayan baik oleh beautician mereka. Sebelum nak mulakan rawatan, beautician akan check dulu kulit muka kita menggunakan mesin (rujuk gambar kat bawah okay). Bila Ainy scan muka Ainy kat situ, terpapar besar-besar kt skrin masalah kulit Ainy. Hhmm sedih pula bila rupanya selama ni kulit muka Ainy nipis dan agak sensitif (cepat merah). Patutlah bila Ainy nak buang white head guna masker kat rumah, terasa pedih tu lain macam pula kat bahagian pipi. Lepastu beautician cakap kulit muka Ainy sunburn teruk dan nampak banyak dot-dot bahagian muka yang sunburn teruk tu. Jadi beautician cadangkan Ainy hilangkan sunburn dulu dan minta Ainy buat rawatan Primadona Gold. Rawatan ni selain untuk sunburn, bagus untuk glow kan balik muka Ainy yang kusam sebab sunburn tu.

Mereka akan minta scan muka macam dalam gambar ni.

Jadi bermulalah rawatan Ainy selama hampir dua (2) jam. Banyak sangat step dia dari pakai mask, sedut white head dan black head, pakai masker gold, sapu krim gold dan ada lagi beberapa step lain yang Ainy lupa. Tapi selama hampir dua (2) jam tu Ainy rasa rileks sangat. Lupa kejap dengan segala kerja kat ofis bila ada orang duk layan muka kita, lepastu dengan lagu yang dipasang yang mendayu-dayu memang boleh buat Ainy terlelap berkali-kali. Haha.

Bilik rawatan pun selesa kan?

Peralatan yang digunakan semasa rawatan.

Antara peralatan yang digunakan juga.

Sebenarnya Ainy ada ambil gambar sebelum dan selepas rawatan tau tapi Ainy tak dapat nak tunjuk hasil dia. Tapi pada pendapat peribadi Ainy sendiri dengan rawatan pertama (sebab insyaAllah Ainy akan datang lagi untuk rawatan kedua, ketiga dan seterusnya) ni, memang best sangat. Boleh nampak perbezaan sebelum dan selepas walaupun tak banyak nampak tapi Ainy dapat 'rasa' lainnya bila lepas rawatan. Kulit muka Ainy yang sunburn pun dah berkurang sedikit, nampak lebih cerah, glowingggg (yang ni paling ketara nampak), tak jumpa dah mana pergi lubang pori-pori Ainy sebab bila gosok tu rasa lembut je.

Sebelum balik Ainy sempat minta pendapat dengan beautician situ berkenaan parut hitam kecil di tepi hidung Ainy ni. Parut tu dah lama sebenarnya jadi Ainy tanyalah kot lah Estetika Medispa ada rawatan untuk hilangkan terus parut hitam lama tu dan guess what dia cakap adaaaa. Siap bagitahu Ainy lagi rawatan yang mana sesuai untuk parut degil dan lama macam Ainy. InsyaAllah next Ainy nak fokus pada hilangkan parut hitam kecil tu dulu dan Ainy akan cerita pula okay nanti bila Ainy dah pergi lagi buat rawatan kedua kat Estetika Medispa.

Oh ya sebelum Ainy terlupa nak cerita, bayaran untuk kesemua rawatan di Estetika Medispa ni MAMPU MILIK tau. Jadi anda tak perlu risau nak datang. Tak pun datang saja dulu check muka sebab ianya FREE lepastu boleh tengok-tengok jenis rawatan dan harganya sekali. InsyaAllah kos rawatan tak membebankan anda.

Comments

Popular posts from this blog

Percutian ke Pulau Kapas, Terengganu yang Penuh Dengan Aktiviti Menarik

Baru-baru ni Ainy dan kawan-kawan berpeluang bercuti ke Pulau Kapas. Kalau anda nak tahu, Ainy ni jenis suka dengan apa saja jenis pulau dan pantai. Suka sangat! Tapi yang tak suka bila balik dari pulau atau pantai ni mesti kulit sunburn teruk. Grrhhh! Tapi tak pernah serik pun sebab tu bila kawan-kawan ajak ke Pulau Kapas ni, Ainy tak menolak malah excited!

Borneo Natural Sukau Bilit Resort, Sabah antara Lokasi Percutian yang Sesuai Buat Pencinta Alam

Baru-baru ni Ainy berpeluang bercuti ke Sabah dan Ainy dan kawan-kawan pilih untuk ke Sukau, Sabah. Untuk anda yang tak tahu, percutian Ainy ke Sukau, Sabah agak berbeza dari percutian Ainy yang biasa sebab kali ni Ainy lebih pada bercuti untuk connect dengan nature. Dah macam kira percutian; back to nature dah tau. Untuk percutian ni, Ainy dan kawan-kawan pilih untuk menginap di Borneo Natural Sukau Bilit Resort, Sabah. Bila Google nama resort ni, anda akan jumpa gambar resort dia yang cantik dan unik. Sebab tulah Ainy dan kawan-kawan pilih resort ni dari resort-resort yang lain. Okay jom baca kisah Ainy kat bawah ni sepanjang kat sana okay.

Aspiro Tawar Perkhidmatan Perniagaan Global Pertama di Malaysia

Baru-baru ni Ainy menyertai pelancaran "Aspiro Global Business Services Centre" dan apa yang menariknya tentang Aspiro ni rupanya diorang adalah Pusat Perkhidmatan Perniagaan Global Pertama di Malaysia. Aspiro yang berstatus MSC ini memilih Malaysia untuk dijadikan sebagai headquaters menawarkan khidmat terbaik dalam pengurusan sumber manusia, teknologi maklumat, akaun dan kewangan kepada lebih 80,000 pengguna yang mempunyai perniagaan di Indonesia dan China.