Skip to main content

Pelbagai Jenis Masakan Western di Port Bujang, Junction @ 11


PELBAGAI JENIS MASAKAN WESTERN DI PORT BUJANG, JUNCTION @ 11 | Assalamualaikum semua. Hari ini Ainy nak kongsikan satu (1) kedai makan masakan western yang jadi tempat favourite Ainy iaitu Port Bujang, Junction @ 11. Kebetulan kawan-kawan blogger ajak makan di sini lepastu dekat pula dengan rumah Ainy, jadi kira ON jelah kan. Lagipun Ainy bab makan ni, insyaAllah ON je sentiasa. Hihi.




Apa yang menariknya Port Bujang ni? Haaa yang ni anda perlu baca sampai habis sebab ada banyak gambar yang Ainy nak kongsikan kat bawah ni tau.

1) Tempat yang selesa dengan ruang makan yang besar. Port Bujang ni terletak di dalam kawasan Junction @ 11 dan Junction @ 11 ni pula kedai makan yang berkonsepkan food court. Jadi ruang tempat makan di Junction @ 11 ni sangat besar. Boleh muatkan ramai orang dalam satu-satu masa. Jadi nak ajak family besar datang makan pun tak ada masalah sebab ruang besar.

Ini Ainy ambil gambar lebih kurang dalam pukul 8 malam dan masih belum ramai orang lagi masa ni. Jadi nampaklah banyak ruang kosong kat tiap meja tu.

Yang ni pula dah nak dekat pukul 11 malam. Penuh dah semua meja sampai tak cukup meja pula. Ramai sangat!

2) Terdapat pelbagai jenis masakan western. Boleh rambang mata kalau datang ke sini sebab terlalu banyak masakan western yang semuanya sedap-sedap belaka. Antaranya; ayam, kambing dan boleh pilih juga campuran ayam dan kambing. Kedua-dua ni anda boleh pilih nak grill atau digoreng rangup.

Antara menu yang terdapat di Port Bujang.

Antara menu yang terdapat di Port Bujang.
Dalam banyak-banyak menu tu, Ainy dan kawan-kawan berpeluang merasa pelbagai jenis menu juga dan mashaAllah semuanya sedap-sedap dan yang menjadi favourite Ainy ialah hotdog bujang daging kaw. Tak boleh lupa Ainy dengan rempah daging dia tu. Memang kaw!

Ini ha hotdog bujang daging kaw diaaaa. Sedapp!

Di bawah ni pula Ainy kongsikan gambar makanan lain yang terdapat di Port Bujang. Banyak tak kami makan? Ha jangan tak percaya yang kami berjaya habiskan kesemua makanan ni. Haha.










3) Pelbagai pilihan menu selain western di gerai bersebelahan. Ha ni untuk anda yang tak suka western atau dah jemu makan western dan nak cuba menu lain, boleh juga order di gerai-gerai bersebelahan dengan Port Bujang ni. Selain Port Bujang ada dalam hampir 10 gerai juga kat Junction @ 11 ni yang menjual pelbagai jenis masakan. Kiranya datang satu tempat tapi dapat makan pelbagai jenis masakan. Tak payah dah pening-pening nak pergi cari lain-lain tempat.

Ini antara deretan gerai yang terdapat di dalam Junction @ 11. Gerai Port Bujang kat tengah-tengah tu.





4) Lokasi yang sangat senang nak dicari. Ainy yang tak pernah ke sini pun, bila datang langsung tak sesat. Alhamdulillah. Kalau guna maps pun, maps tu terus je bawa sampai sini. Untuk carian dalam maps pula, anda boleh pilih nak guna "Port Bujang 1.0" atau "JUNCTION 11". Dua-dua pun sama sebab lokasi yang sama.



Waktu beroperasi: 6.30 petang hingga 12.00 tengah malam.

Ha banyak dah info Ainy bagi kat atas ni. Sesiapa yang jenis suka makan macam Ainy ni, bolehlah jadikan Port Bujang sebagai lokasi pilihan selepas ni. InsyaAllah berbaloi-baloi. Lagipun harga untuk tiap menu pun murah dan mampu milik.

Terima kasih kerana sudi membaca. Moga bermanfaat untuk semua.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Percutian ke Pulau Kapas, Terengganu yang Penuh Dengan Aktiviti Menarik

Baru-baru ni Ainy dan kawan-kawan berpeluang bercuti ke Pulau Kapas. Kalau anda nak tahu, Ainy ni jenis suka dengan apa saja jenis pulau dan pantai. Suka sangat! Tapi yang tak suka bila balik dari pulau atau pantai ni mesti kulit sunburn teruk. Grrhhh! Tapi tak pernah serik pun sebab tu bila kawan-kawan ajak ke Pulau Kapas ni, Ainy tak menolak malah excited!

Borneo Natural Sukau Bilit Resort, Sabah antara Lokasi Percutian yang Sesuai Buat Pencinta Alam

Baru-baru ni Ainy berpeluang bercuti ke Sabah dan Ainy dan kawan-kawan pilih untuk ke Sukau, Sabah. Untuk anda yang tak tahu, percutian Ainy ke Sukau, Sabah agak berbeza dari percutian Ainy yang biasa sebab kali ni Ainy lebih pada bercuti untuk connect dengan nature. Dah macam kira percutian; back to nature dah tau. Untuk percutian ni, Ainy dan kawan-kawan pilih untuk menginap di Borneo Natural Sukau Bilit Resort, Sabah. Bila Google nama resort ni, anda akan jumpa gambar resort dia yang cantik dan unik. Sebab tulah Ainy dan kawan-kawan pilih resort ni dari resort-resort yang lain. Okay jom baca kisah Ainy kat bawah ni sepanjang kat sana okay.

Aspiro Tawar Perkhidmatan Perniagaan Global Pertama di Malaysia

Baru-baru ni Ainy menyertai pelancaran "Aspiro Global Business Services Centre" dan apa yang menariknya tentang Aspiro ni rupanya diorang adalah Pusat Perkhidmatan Perniagaan Global Pertama di Malaysia. Aspiro yang berstatus MSC ini memilih Malaysia untuk dijadikan sebagai headquaters menawarkan khidmat terbaik dalam pengurusan sumber manusia, teknologi maklumat, akaun dan kewangan kepada lebih 80,000 pengguna yang mempunyai perniagaan di Indonesia dan China.