Skip to main content

Peluang Menarik untuk Percutian Yang Seronok


Ada sesiapa yang plan nak pergi holiday dekat utara Malaysia kita ni tak? Ainy memang ada banyak tempat yang Ainy boleh suggest kat korang semua macam alor setaq, sungai petani, langkawi, pulau pinang, tapi kali ni Ainy nak cerita kat korang pasal Bukit Merah. Salah satu resort yang sangat best untuk duduk adalah Bukit Merah Laketown Resort. Haa mesti korang tertanya-tanya apa yang best kat resort ni kan? Ini yang Ainy nak bagitahu so korang baca bebelan panjang Ainy kat bawah ni okay.

kit Merah Laketown Resort ni korang boleh check in pada pukul 3 petang dan check out 12 tengah hari so sama dengan tempat lain juga. Memang best untuk bawak satu family sebab hotel ini ada swimming pool untuk korang yang nak berlatih untuk sukan olimpik nanti ataupun untuk train anak-anak korang jadi anak orang laut. Haha. Kalau tak nak bawak satu family nak pergi sorang-sorang pon tiada masalah sebab tempat ni agak privacy. So korang dapat tenangkan fikiran yang kusut sebab Ainy faham, dalam dunia yang moden ni korang kena kerja kuat. So tempat ni boleh dikatakan tempat untuk dapatkan semangat semula nak harung rintangan hidup ini.


Kalau korang ada plan nak buat event untuk syarikat korang juga boleh sebab ada facilities yang banyak dan sesuai untuk aktiviti yang korang plan nak buat. Function room dia ada pelbagai jenis, kot-kot ada yang nak buat meeting ke dan sebagainya. Kalau masuk group mesti dapat harga yang best dari pihak hotel. Tempat ni sangat menyenangkan, jauh dari kesibukan bandar, so rasa ala-ala nak duduk luar bandar boleh jadikan ini salah satu port korang untuk bercuti. Haa siapa kata tak boleh bercuti dalam negara kan? Hehe.

Staff kat sini memang tiptop, memang ada review yang menarik, diorang memang mementingkan keselesaan korang, dan akan buatkan korang tak dapat nak komplen. Betul Ainy tak tipu! Servis memang tip top sesuai dengan nama gahnya di mulut setiap orang Malaysia. Kaunternya pulak dibuka 24 jam sehari so kalau korang nanti terkunci bilik korang pukul 3 pagi jangan segan silu untuk kacau orang kat kaunter, diorang memang akan dapat tolong korang setelkan masalah tu nanti. Cuma Ainy nak pesan kalau nak keluar tu tolonglah bawak kunci sekali ya.



salah satu view dalam bilik yang nampak mewah.
view dari balkoni bilik. privacy kan? alaahh ini yang buat Ainy nak pergi lagi sekali ni.
Kalau plan nak duduk lama sikit tapi tak nak bawak banyak baju jangan risau sebab kat sini ada laundry service. Nak hantar dry cleaning pon boleh. Bilik pula ada aircon, bagi untuk sesiapa yang tak tahan sejuk boleh adjust temperature aircon tu. Ada fridge, pengering rambut bagi korang yang rambut susah nak kering, TV dan shower untuk keselesaan korang. Selain tu kat Bukit Merah Laketown Resort ni juga ada waterpark, memang sesuai kalau korang nak bawak anak-anak. Parking pun confirm tak perlu nak rebut dengan orang lain sebab memang cukup untuk penginap resort unless satu bilik bawak 10 kereta haa yang tu Ainy susah sikit nak cakap.


Kat sini juga ada restoran untuk korang cari tempat nak penuhkan selera korang. Nak bawak maggi pon tiada masalah, nak makan kat restoran pon Ainy tak marah. Internet no worries sebab ada Wifi kat sini, kalau nak cucuk duit ada juga ATM yang berdekatan. Kalau korang nak jalan jauh sikit, korang boleh pergi ke Zoo Taiping yang ada Night Safari lebih kurang dalam 18km dari tempat korang stay ni. So kalau rasa-rasa dah boring bolehlah try night safari, lawat zoo pada waktu malam. Wahh best tu! Resort ini juga mesra OKU so boleh bawak family, kawan yang OKU untuk bercuti sekali. Kat Traveloka korang boleh find the best price of Bukit Merah Laketown Resort dan Ainy jamin korang takkan menyesal. Kot-kot ada rezeki korang untuk dapat bilik yang murah mana tahu la kan.

Moga membantu dan terima kasih kerana sudi membaca.

Comments

  1. pernah duduk sekali di Bukit Merah tapi bukan yang resort.. yang hotel tepi carpark tu je.. lama sangat dah dulu2.. hehe..

    CT follow sini..
    jemput singgah www.sitiyangmenaip.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Percutian ke Pulau Kapas, Terengganu yang Penuh Dengan Aktiviti Menarik

Baru-baru ni Ainy dan kawan-kawan berpeluang bercuti ke Pulau Kapas. Kalau anda nak tahu, Ainy ni jenis suka dengan apa saja jenis pulau dan pantai. Suka sangat! Tapi yang tak suka bila balik dari pulau atau pantai ni mesti kulit sunburn teruk. Grrhhh! Tapi tak pernah serik pun sebab tu bila kawan-kawan ajak ke Pulau Kapas ni, Ainy tak menolak malah excited!

Borneo Natural Sukau Bilit Resort, Sabah antara Lokasi Percutian yang Sesuai Buat Pencinta Alam

Baru-baru ni Ainy berpeluang bercuti ke Sabah dan Ainy dan kawan-kawan pilih untuk ke Sukau, Sabah. Untuk anda yang tak tahu, percutian Ainy ke Sukau, Sabah agak berbeza dari percutian Ainy yang biasa sebab kali ni Ainy lebih pada bercuti untuk connect dengan nature. Dah macam kira percutian; back to nature dah tau. Untuk percutian ni, Ainy dan kawan-kawan pilih untuk menginap di Borneo Natural Sukau Bilit Resort, Sabah. Bila Google nama resort ni, anda akan jumpa gambar resort dia yang cantik dan unik. Sebab tulah Ainy dan kawan-kawan pilih resort ni dari resort-resort yang lain. Okay jom baca kisah Ainy kat bawah ni sepanjang kat sana okay.

Aspiro Tawar Perkhidmatan Perniagaan Global Pertama di Malaysia

Baru-baru ni Ainy menyertai pelancaran "Aspiro Global Business Services Centre" dan apa yang menariknya tentang Aspiro ni rupanya diorang adalah Pusat Perkhidmatan Perniagaan Global Pertama di Malaysia. Aspiro yang berstatus MSC ini memilih Malaysia untuk dijadikan sebagai headquaters menawarkan khidmat terbaik dalam pengurusan sumber manusia, teknologi maklumat, akaun dan kewangan kepada lebih 80,000 pengguna yang mempunyai perniagaan di Indonesia dan China.