Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2017

Causeway Link: Melancarkan Travel Bus Pass untuk Kemudahan Berjalan-jalan di Johor Bahru

Assalamualaikum semua. By the way hari ini Ainy nak cerita pasal Johor Bahru. Siapa yang pernah pergi kedua-dua lokasi ini? Untuk makluman korang, banyak sangat tempat-tempat menarik di Johor Bahru yang kita semua boleh pergi. Ainy yang pernah tinggal di Johor Bahru hampir lebih 7 tahun pun belum sempat nak cover semua tempat-tempat menarik di sana. Terlampau banyak dan memang sangat sesuai untuk dijadikan lokasi percutian bersama keluarga dan kawan-kawan. Oleh itu, ha nak bagitahu sekali yang Causeway Link ada melancarkan Travel Bus Pass untuk sesiapa yang nak pusing-pusing Johor Bahru tapi malas nak drive sendiri ke satu tempat ke satu tempat. Ini bentuk Travel Bus Pass yang korang akan terima nanti kalau beli dengan Causeway Link.

ERYA by Suria: Penjenamaan dan Perlantikan Saharul Ridzwan sebagai Duta Korporat

Assalamualaikum semua. Baru-baru ni Ainy terima jemputan ke Majlis Penjenamaan Suria, Sidang Media dan Perlantikan Duta di Suria Resort, Bentong Pahang. Program yang selama 2 hari 1 malam ni memang sangat menarik sebab terdapat banyak aktiviti yang Ainy, rakan blogger dan media yang lain buat, antaranya; treasure hunt, sesi memasak bersama duta baru dan banyak lagi. Ainy sendiri dah lama bersama dengan Hotel Suria sebenarnya sebab Ainy bekerja dalam bidang pelancongan jadi salah satu Hotel Suria di Johor Bahru tu dah macam jadi rumah kedua Ainy. Setiap customer Ainy yang nak ke Singapura dan ke Johor Bahru sendiri, Ainy akan letakkan di Hotel Suria Johor Bahru. Harga berpatutan sangat. Sekarang ni bila Hotel Suria nak buat penjenamaan semula nama hotel mereka, Ainy tertarik juga nak tahu. Ha sekarang ni dah tak boleh panggil Hotel Suria lagi dah, nama barunya; ERYA by Suria. Jadi semua cawangan hotel di Malaysia dan satu di luar negara iaitu London juga bertukar nama.