Skip to main content

Idaman Villa, Melaka: Homestay Besar dan Selesa di Bandaraya Melaka


Assalamualaikum semua. Siapa kat sini yang ada masalah nak cari tempat menginap untuk buat gathering family? By the way Ainy selalu ada masalah ni sebab bila buat family gathering ni, jumlah pesertanya ramai. Jadi satu masalah pula nak cari konsep hotel apartment atau homestay yang boleh muat group yang ramai.

Baru-baru ni Ainy dan rakan-rakan blogger buat short trip ke Melaka. Dari asalnya hanya beberapa orang, kami dapat kumpulkan dalam 14 orang semuanya dengan bantuan Emas Putih (blog: www.kisahemasputih.com). Bila dah ramai macamni, mulalah pening nak cari penginapan kan. Kalau nak ambil hotel, boleh muat paling ramai pun 4 orang. Lepastu belum tentu dapat bilik sebelah-sebelah. Jadi Uzu decide untuk book homestay yang besar, yang boleh muat 14 orang dan lebih iaitu Idaman Villa, Melaka.

Ainy pun tak sangka juga rupanya ada homestay yang boleh tampung ramai orang macamni. Rupanya Idaman Villa ni, sejenis homestay yang berkonsep rumah teres tiga (3) tingkat. Patutlah boleh muat ramai.

Ini gambar luar Idaman Villa, Melaka.

APA YANG MENARIK IDAMAN VILLA, MELAKA NI?

Ini Ainy nak kongsikan dengan korang - keistimewaan kalau korang menginap di Idaman Villa, Melaka.

Ruang Legar: Actually ruang legar di Idaman Villa ni memang sangat luas. Sesuai lah untuk beraktiviti bersama keluarga besar di luar ni - main badminton ke, bola ke. Sangat sesuai!

Photo credit: www.idamanvilla.com

Laman dan BBQ Pit: BBQ Pit ni memang pakej sekali dengan bayaran sewa homestay ni. Jadi korang boleh plan untuk adakan BBQ dan berisitirehat santai di laman dia yang besar tu. Boleh main lari-lari lagi ha kat laman tu.

Photo credit: www.kisahemasputih.com

Ruang Dapur yang Lengkap dengan Peralatan Memasak: Ini Ainy paling suka! Masa Ainy dan rakan-rakan blogger datang haritu, kitorang main masak-masak kat sana. Setiap orang ada bahagian kerja masing-masing dan Ainy pula masak Sayur Lemak Kobis. Apa yang menariknya, korang tak perlu pening nak angkut periuk, kuali ke Idaman Villa ni sebab semuanya lengkap. Pinggan mangkuk, cawan, perkakas senduk semua pun ada. Korang tinggal beli bahan untuk memasak sahaja. Ha jimatlah ruang bonet kereta korang kan. Jadi kalau yang datang ramai-ramai dengan keluarga besar, dah boleh jadikan aktiviti memasak ni sebagai aktiviti mengeratkan hubungan. Mesti seronok memasak ramai-ramai kat dapur kan.

Photo credit: www.idamanvilla.com

Ruang Tamu yang Luas: Ruang tamu memang luas sangat sebab even kami beramai-ramai duduk kat ruang tamu tu pun, masih lagi ada ruang untuk muatkan 5-10 orang di situ dalam satu-satu masa. Maksudnya memang luaslah. Lepastu ada TV dengan lebih 50 siaran dan WiFi selaju 30Mbps. Sempatlah Ainy update blog tengah-tengah malam tu time semua orang tidur. Haha.

Photo credit: www.mawardiyunus.com

Dilengkapi Tujuh (7) Bilik: Part bilik Ainy rasa benda yang sangat penting sekali kalau nak buat family gathering. Bila group ramai, jadi kita perlukan bilik yang banyak. Idaman Villa ni memang sesuai sangat lah untuk korang buat family gathering sebab ada tujuh (7) bilik dalam satu (1) rumah tu. Lepastu dalam setiap bilik, dilengkapi dengan TVwater heater, penghawa dingin dan tandas peribadi. Memang sangat-sangat selesa dan lebih terjaga dalam bab aurat. Yerlah bila buat family gathering ni, kita tinggal sekali dengan abang ipar, sepupu dan sebagainya. Kalau stay kat Idaman Villa ni tak perlu korang nak berkongsi toilet. Nak bersiap dan tidur pun lebih terjaga sebab bilik banyak jadi boleh buat pengagihan bilik untuk tiap-tiap keluarga.

Meh Ainy kongsikan satu-satau gambar bilik yang ada. Memang cantik dan selesa!

Bilik 1.1 (Tingkat 1 - Paling Bawah):

Photo credit: www.idamanvilla.com

Bilik 2.1 (Tingkat 2):

Photo credit: www.mawardiyunus.com

Bilik 2.2 (Tingkat 2):

Photo credit: www.mawardiyunus.com

Bilik 2.3 (Tingkat 2):

Photo credit: www.mawardiyunus.com

Bilik 3.1 (Tingkat 3):

Photo credit: www.mawardiyunus.com

Bilik 3.2 (Tingkat 3):

Photo credit: www.mawardiyunus.com

Bilik 3.3 (Tingkat 3):

Photo credit: www.mawardiyunus.com

INFO TAMBAHAN TENTANG IDAMAN VILLA, MELAKA

1) Terletak di Kota Syahbandar, Melaka.
2) Terletak di tengah-tengah bandar Melaka.
3) 5 minit ke Jonker Walk.
4) 8 minit ke Taming Sari.
5) 9 minit ke Dataran Pahlawan.
6) 11 minit ke The Stadthuys.
7) 12 minit ke A Famosa.
dan berdekatan dengan banyakkkk lagi tempat-tempat menarik di Melaka.

Mostly tempat-tempat menarik dekat dengan Idaman Villa, jadi kira lokasi homestay ni antara lokasi yang sangat strategik untuk korang yang rancang bercuti ke Melaka. Kebetulan sekarang Idaman Villa tengah buat promosi harga sewa tau. Hanya dengan RM900 / sehari, korang dah boleh menginap di Idaman Villa ni dengan bawa family besar korang. Ha bawa 20 orang pun masih muat lagi tau nak masukkan dalam Idaman Villa ni. Dah pergi contact owner homestay ni cepat-cepat sebab tak silap Ainy homestay diorang memang 'terlajak laris' bila musim cuti sekolah.

Ini lah gambar Ainy dan rakan-rakan blogger masa menginap di Idaman Villa, Melaka.
Photo credit: www.eazyizzuddin.com

HUBUNGI IDAMAN VILLA UNTUK TEMPAHAN HOMESTAY DI MELAKA

IDAMAN VILLA, MELAKA (BANDARAYA MELAKA)
Contact: Encik Bari ( 012-2118246 )

Terima kasih Idaman Villa, Melaka untuk hospitaliti yang lengkap.

Comments

  1. Wow! memang luas sangat ni Ainy!!! berbaloi kalau pegi ramai-ramai.

    ReplyDelete
  2. berbaloi kalau group trip ke sini, harga pon boleh tahan

    ReplyDelete
  3. wah menariknya. semua serba serbi lengkap. Memang best kalau dapat berkumpul beramai-ramai dengan keluarga kan. InshaAllah boleh masuk dalam planning tahunan kami ni buat di sini :)

    ReplyDelete
  4. waaaah.. ramai boleh muat dalam serumah memang berbaloi yang amat =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Percutian ke Pulau Kapas, Terengganu yang Penuh Dengan Aktiviti Menarik

Baru-baru ni Ainy dan kawan-kawan berpeluang bercuti ke Pulau Kapas. Kalau anda nak tahu, Ainy ni jenis suka dengan apa saja jenis pulau dan pantai. Suka sangat! Tapi yang tak suka bila balik dari pulau atau pantai ni mesti kulit sunburn teruk. Grrhhh! Tapi tak pernah serik pun sebab tu bila kawan-kawan ajak ke Pulau Kapas ni, Ainy tak menolak malah excited!

Borneo Natural Sukau Bilit Resort, Sabah antara Lokasi Percutian yang Sesuai Buat Pencinta Alam

Baru-baru ni Ainy berpeluang bercuti ke Sabah dan Ainy dan kawan-kawan pilih untuk ke Sukau, Sabah. Untuk anda yang tak tahu, percutian Ainy ke Sukau, Sabah agak berbeza dari percutian Ainy yang biasa sebab kali ni Ainy lebih pada bercuti untuk connect dengan nature. Dah macam kira percutian; back to nature dah tau. Untuk percutian ni, Ainy dan kawan-kawan pilih untuk menginap di Borneo Natural Sukau Bilit Resort, Sabah. Bila Google nama resort ni, anda akan jumpa gambar resort dia yang cantik dan unik. Sebab tulah Ainy dan kawan-kawan pilih resort ni dari resort-resort yang lain. Okay jom baca kisah Ainy kat bawah ni sepanjang kat sana okay.

Aspiro Tawar Perkhidmatan Perniagaan Global Pertama di Malaysia

Baru-baru ni Ainy menyertai pelancaran "Aspiro Global Business Services Centre" dan apa yang menariknya tentang Aspiro ni rupanya diorang adalah Pusat Perkhidmatan Perniagaan Global Pertama di Malaysia. Aspiro yang berstatus MSC ini memilih Malaysia untuk dijadikan sebagai headquaters menawarkan khidmat terbaik dalam pengurusan sumber manusia, teknologi maklumat, akaun dan kewangan kepada lebih 80,000 pengguna yang mempunyai perniagaan di Indonesia dan China.