Skip to main content

Travel: 5 sebab kenapa perlu pilih touristguide.com.my?

Assalamualaikum semua.


Baru-baru ni Ainy terima jemputan ke Majlis Pelancaran Laman Web touristguide.com.my. Majlis ni dirasmikan oleh Encik Mohd Akbal Setia (Pengarah Tourism Malaysia), Encik Devan Kumar (Pengarah Urusan touristguide.com.my), Encik Azlan Hussain (Pengerusi Kuala Lumpur Tour Guide Association - KLTA) dan Encik Akim Ahmad (Penyanyi Popular Malaysia).


Apa itu touristguide.com.my?

Untuk makluman semua, touristguide.com.my ini merupakan medium buat syarikat agensi pelancongan dan perhotelan untuk mempromosikan perkhidmatan dan pakej mereka. Bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Misi mereka adalah untuk membina Travel Network yang terbesar dengan memperluaskan lagi network dan database di seluruh dunia. Jadi sesiapa yang memang nak bercuti, Ainy sarankan buka sahaja laman web touristguide.com.my - semua pakej ke seluruh dunia ada di sana.

Apa yang menariknya, touristguide.com.my juga telah membina hubungan yang baik dengan syarikat penerbangan, hotel dan pengusaha pelancongan di Malaysia dan luar negara. Oleh itu, mereka menawarkan pakej pelancongan dengan harga yang sangat baik.

Daftar keahlian di touristguide.com.my secara PERCUMA.

touristguide.com.my juga menawarkan pendaftaran keahlian di laman web mereka secara percuma. Tiada yuran keahlian, malah sesiapa yang menggunakan perkhidmatan mereka dapat pakej percutian jauh lebih murah dan juga dapat mengumpul point tanpa had. Mana tahu rezeki dapat pula bercuti secara percuma.

Jadi apa tunggu lagi, pergi daftar di touristguide.com.my sekarang!


5 sebab kenapa perlu pilih touristguide.com.my?

Okay part ni Ainy suka nak cerita dekat semua. Ada 5 sebab kenapa Ainy sangat sarankan awak semua untuk memilih touristguide.com.my.

1) Tempahan hotel lebih murah dan berbaloi

touristguide.com.my telah menandatangi MOU dengan pengusaha hotel untuk menyediakan perkhidmatan tempahan hotel di laman web mereka dan terdapat lebih 75.000 pilihan hotel di seluruh dunia ada di sini. Malah kebanyakan harga adalah lebih MURAH dari pakej-pakej yang ada di luar sana.

2) Tempahan tiket penerbangan

touristguide.com.my dalam fasa perbincangan dengan syarikat penerbangan di Malaysia. Sebaik sahaja selesai, awak semua dapat menempah tiket penerbangan di laman web mereka dan juga mengumpul mata untuk melayakkan diri mendapat tiket penerbangan secara PERCUMA.

3) Pengkalan data pelancong

touristguide.com.my juga membuat database pelancong seluruh dunia dengan target sasaran seramai 100,000 traveller di Malaysia sebelum memperluaskan rangkaian ke negara-negara lain. Dengan kelebihan database yang banyak, touristguide.com.my mempunyai kelebihan untuk menawarkan pakej yang jauh lebih murah dari harga pasaran di luar sana.

4) Menghubungkan semua pelancong dalam satu rangkaian

Sehingga sekarang, seramai 3,000 ahli telah mendaftar di bawah touristguide.com.my dan mensasarkan lebih ramai lagi di Malaysia dan luar negara. Selain dapat berhubung dengan pelancong lain, awak semua juga dapat mengumpul mata untuk melayakkan diri mendapat pakej percutian secara PERCUMA. 

5) Tawaran diskaun pakej pelancongan sehingga 75%

Yang paling menarik sekali dan Ainy pasti semua akan menyukainya adalah touristguide.com menawarkan diskaun pakej percutian sehingga 75%. Bukan sahaja mensasarkan pakej di Malaysia, malah di luar negara juga. Ainy kongsikan di bawah beberapa promosi pakej percutian yang sedang berjalan. Check it out!






Okay itu sahaja info pasal touristguide.com.my yang Ainy nak kongsikan pada semua. Jom daftar sebagai ahli sekarang dan untuk info lebih lanjut, awak semua boleh hubungi mereka di talian di bawah.

INFINITY VACATION SDN BHD (1141826-T)
Suite A25-3A, Sentral Business Park,
Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan
Toll Free: 1800 38 3338
Office Hours: 9AM - 6PM. (Mon - Fri)
 
Website: http://www.touristguide.com.my/

Facebook: http://www.facebook.com/myTouristGuide
Instagram: http://www.instagram.com/touristguide.com.my

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Percutian ke Pulau Kapas, Terengganu yang Penuh Dengan Aktiviti Menarik

Baru-baru ni Ainy dan kawan-kawan berpeluang bercuti ke Pulau Kapas. Kalau anda nak tahu, Ainy ni jenis suka dengan apa saja jenis pulau dan pantai. Suka sangat! Tapi yang tak suka bila balik dari pulau atau pantai ni mesti kulit sunburn teruk. Grrhhh! Tapi tak pernah serik pun sebab tu bila kawan-kawan ajak ke Pulau Kapas ni, Ainy tak menolak malah excited!

Borneo Natural Sukau Bilit Resort, Sabah antara Lokasi Percutian yang Sesuai Buat Pencinta Alam

Baru-baru ni Ainy berpeluang bercuti ke Sabah dan Ainy dan kawan-kawan pilih untuk ke Sukau, Sabah. Untuk anda yang tak tahu, percutian Ainy ke Sukau, Sabah agak berbeza dari percutian Ainy yang biasa sebab kali ni Ainy lebih pada bercuti untuk connect dengan nature. Dah macam kira percutian; back to nature dah tau. Untuk percutian ni, Ainy dan kawan-kawan pilih untuk menginap di Borneo Natural Sukau Bilit Resort, Sabah. Bila Google nama resort ni, anda akan jumpa gambar resort dia yang cantik dan unik. Sebab tulah Ainy dan kawan-kawan pilih resort ni dari resort-resort yang lain. Okay jom baca kisah Ainy kat bawah ni sepanjang kat sana okay.

Aspiro Tawar Perkhidmatan Perniagaan Global Pertama di Malaysia

Baru-baru ni Ainy menyertai pelancaran "Aspiro Global Business Services Centre" dan apa yang menariknya tentang Aspiro ni rupanya diorang adalah Pusat Perkhidmatan Perniagaan Global Pertama di Malaysia. Aspiro yang berstatus MSC ini memilih Malaysia untuk dijadikan sebagai headquaters menawarkan khidmat terbaik dalam pengurusan sumber manusia, teknologi maklumat, akaun dan kewangan kepada lebih 80,000 pengguna yang mempunyai perniagaan di Indonesia dan China.