Skip to main content

Tanggalkan whitehead dan blackhead dengan Masker Vietnam


Bila bercakap tentang whitehead dan blackhead, ramai yang mula mengeluh kerana kurang selesa dengan adanya masalah yang satu ini pada wajah mereka. Baik lelaki mahupun perempuan, pasti mempunyai masalah ini apabila wajah terlalu kerap terdedah pada udara luar.

Di sini saya terangkan sedikit apa itu whitehead dan blackhead. Whitehead adalah bintik-bintik kecil berwarna putih yang terjadi dari pembentukan sebum atau minyak di pori-pori kulit. Manakala blackhead pula adalah bintik-bintik kecil berwarna hitam yang terjadi akibat kumpulan whitehead yang tidak dibersihkan.

Sesiapa yang mempunyai masalah whitehead pada wajah berkemungkinan mempunyai blackhead yang lebih teruk. Perlu diingat bahawa blackhead sukar untuk dibersihkan kerana ianya sudah sebati dengan wajah oleh kerana whitehead yang dibiarkan lama tanpa pembersihan. Satu perkara yang perlu anda tahu bahawa whitehead dan blackhead ini menyebabkan wajah anda menjadi kasar. Malah golongan wanita terutamanya juga mengalami masalah untuk menatarias wajah mereka. Ini kerana whitehead dan blackhead menjadikan liang roma pada wajah menjadi besar, yang menyebabkan foundation dan compact powder yang disapu pada wajah akan menjadi 'bercapuk' dan tidak sekata.

Saya juga mengalami masalah whitehead dan blackhead. Sehingga saya merasa tidak selesa dan kerap menggunakan kuku untuk membersihkannya. Dan untuk makluman anda, penggunaan kuku adalah tidak digalakkan kerana kuku mempunyai bakteria dan akan menyebabkan kulit wajah mudah ditumbuhi jerawat. Malah penggunaan kuku juga akan menyebabkan bahagian wajah anda mengalami luka kecil dan pedih yang boleh meninggalkan parut.

Selepas mencuba pelbagai jenis produk, akhirnya saya menemui Masker Vietnam yang sangat berkesan untuk menanggalkan whitehead dan blackhead. Malah masker ini boleh menanggalkan whitehead dan blackhead yang degil sehingga ke akar. Cara penggunaannya juga sangat mudah dan di bawah ini adalah cara penggunaan saya sendiri sebagai pengguna:

1) Sapukan cecair masker pada wajah yang terdapat whitehead dan blackhead.
2) Selepas itu, tutup sapuan cecair pada wajah tadi dengan kertas masker yang disediakan.
3) Tunggu sehingga 15 minit atau sehingga cecair kering, bolehlah mula menarik kertas tadi dengan perlahan-lahan.
4) Lihat berapa banyak whitehead dan blackhead yang terdapat pada kertas masker.
5) Bersihkan wajah dengan air atau pencuci.
6) Biarkan wajah dalam keadaan lembab dan sapukan toner. Ini bertujuan menutup liang roma yang tadinya terbuka.

Masker ini tidak perlu digunakan setiap hari. Cukup memadai anda menggunakannya apabila anda merasa whitehead dan blackhead mula tumbuh pada wajah anda. Kesan yang paling ketara selepas penggunaannya, anda merasakan kulit wajah lebih bersih dan licin bila disentuh. Jom sama-sama kita ber'masker' dengan Masker Vietnam! Untuk mendapatkannya, anda cuma perlu Google sahaja dengan keyword "Masker Vietnam", pasti ramai penjual online yang akan anda temui. Selamat ber'masker' semua & selamat tinggal whitehead dan blackhead!

Comments

  1. wow.. teruja tengok result dia...
    shad follow sini, :D

    SHAD
    http://akuvsdiashadhira.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. jalan2 sambil follow #30
    wahhh bestnyaa, boleh guna juga ni.

    ReplyDelete
  3. Tak pernah try lagi yang nie ... Ada tester ker :-p

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum awak..saya dah follow awak..jemput lah follow saya balik ye...
    www.jemarinurmenari.blogspot.my tq darling :)

    ReplyDelete
  5. Wah terbaikk lah.. Kesannya jelas nyata

    Done follow #43

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Percutian ke Pulau Kapas, Terengganu yang Penuh Dengan Aktiviti Menarik

Baru-baru ni Ainy dan kawan-kawan berpeluang bercuti ke Pulau Kapas. Kalau anda nak tahu, Ainy ni jenis suka dengan apa saja jenis pulau dan pantai. Suka sangat! Tapi yang tak suka bila balik dari pulau atau pantai ni mesti kulit sunburn teruk. Grrhhh! Tapi tak pernah serik pun sebab tu bila kawan-kawan ajak ke Pulau Kapas ni, Ainy tak menolak malah excited!

Borneo Natural Sukau Bilit Resort, Sabah antara Lokasi Percutian yang Sesuai Buat Pencinta Alam

Baru-baru ni Ainy berpeluang bercuti ke Sabah dan Ainy dan kawan-kawan pilih untuk ke Sukau, Sabah. Untuk anda yang tak tahu, percutian Ainy ke Sukau, Sabah agak berbeza dari percutian Ainy yang biasa sebab kali ni Ainy lebih pada bercuti untuk connect dengan nature. Dah macam kira percutian; back to nature dah tau. Untuk percutian ni, Ainy dan kawan-kawan pilih untuk menginap di Borneo Natural Sukau Bilit Resort, Sabah. Bila Google nama resort ni, anda akan jumpa gambar resort dia yang cantik dan unik. Sebab tulah Ainy dan kawan-kawan pilih resort ni dari resort-resort yang lain. Okay jom baca kisah Ainy kat bawah ni sepanjang kat sana okay.

Aspiro Tawar Perkhidmatan Perniagaan Global Pertama di Malaysia

Baru-baru ni Ainy menyertai pelancaran "Aspiro Global Business Services Centre" dan apa yang menariknya tentang Aspiro ni rupanya diorang adalah Pusat Perkhidmatan Perniagaan Global Pertama di Malaysia. Aspiro yang berstatus MSC ini memilih Malaysia untuk dijadikan sebagai headquaters menawarkan khidmat terbaik dalam pengurusan sumber manusia, teknologi maklumat, akaun dan kewangan kepada lebih 80,000 pengguna yang mempunyai perniagaan di Indonesia dan China.