Dua sifat penting yang harus ada pada seorang hamba yang bernama mukmin ialah 'khauf' (perasaan takut) dan 'raja'' (pengharapan).
Sepertimana seekor
burung yang terbang tinggi memerlukan dua sayapnya untuk merentasi langit biru,
begitulah juga halnya dengan kita. Memerlukan kedua-dua sifat tadi untuk
menghadapi hari-hari mendatang yang penuh dengan cabaran dan ujian.
Adakalanya, mungkin
kita terlupa. Kita terlalu bangga dengan apa yang kita telah capai dan
perolehi. Sangkaan kita, dek kerana usaha yang sehabis baik itulah kita akan
memperolehi apa yang dihajati. Kita sebenarnya terlalu 'mengagung-agungkan'
usaha kita tadi. Lantas apabila natijah yang diharapkan tidak seindah yang
diimpikan, kita mula lemah, longlai, hampa dan seterusnya berasa putus asa.
Lupakah kita?
Bilamana Allah sendiri menyebut bahawa sesungguhnya segala yang berlaku
terhadap seorang hamba itu adalah mengikut kepada sangkaannya kepada Allah?
"Aku adalah
sepertimana sangkaan hambaKu, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati
Aku. Jika ia ingat kepadaKu di dalam hatinya, Aku ingat kepadanya di dalam
hatiKu. Dan jika ia ingat kepadaKu di khalayak ramai, nescaya Aku pun ingat
kepadanya dalam khalayak ramai lebih baik. Dan jika ia mendekati kepadaKu
sejengkal, Aku pun mendekatinya sehasta. Dan jika ia mendekatiKu sehasta,
nescaya Aku mendekatinya sedepa. Dan jika ia datang kepadaKu berjalan, maka Aku
datang kepadanya sambil berlari." - Hadith Qudsi riwayat Syaikhan,
Tirmidzi dan Abu Hurairah R.A.
Lihatlah burung!
Untuk ia terbang tinggi ke udara, ia akan mengepakkan kedua sayapnya dengan
saksama iaitu ama laju, sama kuat. Namun, tatkala ia ingin membelok ke kanan
atau ke kiri, nescaya salah satu dari dua sayapnya tadi memerlukan kekuatan
yang lebih berbanding sebelah sayap yang perlu direhatkan sementara bagi
memandu ia ke arah yang dituju.
Begitulah juga
halnya dengan kita. Bayangkan sahaja, dua sayap burung tadi merupakan sayap
kita. Sebelahnya merupakan sayap 'usaha seorang
hamba yang daif' dan sebelahnya lagi merupakan sayap 'rahmat
Allah yang amat luas'. Ada masanya, kita perlu mengerah sepenuhnya sayap
'usaha' tadi dengan sekuat yang boleh. Lantas, selepas itu rehatkanlah ia dan
gunakan pula sayap yang sebelah lagi sebaik mungkin iaitu sayap 'doa dan
tawakkal'.
Mari kita
muhasabah. Mungkin selama ini kita hanya bergantung kepada sayap 'usaha' tadi,
tanpa kita manfaatkan sayap yang kedua ataupun sebaliknya kita terlalu
bergantung kepada sayap 'doa dan tawakkal' tadi tanpa dimulai dengan usaha yang
bersungguh-sungguh. Sepertimana burung yang tidak akan mampu terbang dengan
sebelah sayap, begitulah juga keadaannya dengan kita.
Oleh yang
demikian, jangan biarkan sayap itu patah mahupun tercedera. Kelak akan jatuhlah
burung tadi menyembah bumi. Hargai dan manfaatkan kedua sayap agar kita juga
mampu terbang tinggi seperti burung tadi.
Seandainya satu
saat kita merasa lelah, letih dan berasa putus asa. Maka,ucapkanlah :
"HASBUNALLAHU
WA NI'MAL WAKIL"
''Cukuplah Allah
sebagai penolong kami dan Dialah sebaik-baik pelindung"
Perkongsian
daripada : http://lailahanna.blogspot.com/2011/12/ibarat-seekor-burung.html?m=1
usaha dan tawakkal insyaAllah peroleh kejayaan. :) Aminn..
ReplyDelete#jenjalaan sini , nnt jemputlah ke blog kitee ^_^